PETANDA JATUH CINTA PADA SESEORANG - sayidahnapisahdotcom PETANDA JATUH CINTA PADA SESEORANG
LightBlog

PETANDA JATUH CINTA PADA SESEORANG


PETANDA KITA JATUH CINTA PADA SESEORANG


PETANDA JATUH CINTA PADA SESEORANG
IMAGE GOOGLE


"Kau masih tak ada sikit pun perasaan pada Akmal ke?"

Ariana diam. Tak tahu nak jawab. Sebetulnya dia sendiri pun tak tahu sama ada dia mempunyai perasaan kepada Akmal ataupun tidak.

"Aku tak tahu..." Perlahan juga dijawab.

Suzi merenung wajah Ariana yang masih tunduk merenung novel di tangan.

"Hmm. Senang aje kalau nak tahu kita ada perasaan pada seseorang ataupun tidak."

Ariana mengangkat kepala memandang wajah Suzi yang dah tersengih nakal itu. Ariana mencebik. Ini gaya-gaya macam nak mengenakan dia saja.

"Macam mana?" Ariana bertanya sekadar ingin tahu sejauh mana Suzi mahu mengenakannya.

"Okey. Berdasarkan pengalaman aku, memang kita susah nak sedar yang kita memang dah ada perasaan pada seseorang. Pendek kata, kita memang takkan tahu bila kita mula jatuh cinta pada seseorang tu."

Ariana mula tertarik dengan kata-kata Suzi. Hmm, Suzi kan dah bertunang. Jadi mungkin kata-kata dia sedikit sebanyak boleh dipercayai."Teruskan.."

Ariana semakin berminat menyebabkan Suzi makin tersengih lebar. Ariana cuba mengekalkan riak muka tak berperasaannya apabila melihat senyuman mengusik pada wajah Suzi namun dalam hati dah malu tahap petala kelapan.

"Hmm. Salah satu cara nak tahu yang kau dah jatuh cinta pada seseorang ialah kau asyik teringatkan dia aje tak kira masa. Asyik terfikir apa yang dia buat, dengan siapa dia berada."

Ariana terdiam. Cuba mengingati adakah dia asyik teringatkan Akmal saja? Hmm. Macam tak ada kut.

"Lagi?"

"Hmm. Kau mula rindukan dia. Kalau dulu kau tak kisah nak tinggalkan telefon merata-rata tapi sekarang telefon tu dah jadi macam nyawa kau. Asyik berkepit aje sebab kau risau kalau-kalau dia telefon tapi kau tak sempat angkat."

Ariana berfikir lagi. Ada ke dia buat macam tu? Rasanya macam tak ada kut.

"Lagi?"

"Bila kau berada di sisi dia, kau akan rasa sesuatu yang kau tak rasa bila bersama dengan orang lain."

"Maksud kau?"Ariana kurang memahami akan kata Suzi itu.

"Maksud aku, kau akan rasa berdebar-debar. Rasa seram sejuk aje. Tambah-tambah kalau dia mengucapkan kata-kata sayang pada kau. Mahu boleh pengsan dibuatnya."

Ariana terdiam. Biar betul?

"Err... Ada lagi ke?"Ariana semakin menggelabah. Rasa-rasanya hampir kesemua petanda yang dikatan oleh Suzi itu, dia ada alaminya. Takkanlah dia dah jatuh cinta kepada Akmal? Mustahil.

"Hmm. Kau akan mula mimpikan dia. Yang ni bukan semua orang akan alaminya. Kadangkala kau akan mimpikan orang lain juga. Jadi yang ni bolehlah kalau nak dikeluarkan dalam senarai petanda kau dah jatuh cinta pada seseorang."

Ariana diam lagi. Rasanya dia tak pernah lagi mimpikan Akmal."Lagi?"

"Hmm. Kau mula berminat nak layan lagu-lagu cinta. Mana-mana lagu yang kau rasa ada kena-mengena dengan diri kau,kau akan dengar dan terus dengar. Kadang tu siap cari lirik dekat Internet lepas tu hafal. Lagu tu pula kau letak dalam telefon atau MP3 supaya kau boleh terus dengar tak kira kat mana-mana pun. Bila kau dengar lagu tu dekat mana-mana,contohnya dekat radio ke,dekat dalam bas atau dekat padar raya, kau rasa macam kau nak menyanyi sekali dengan penuh perasaan sambil teringatkan si dia."

Ariana merenung wajah Suzi tanpa berkelip. Suzi pula seolah-olah seperti mampu membaca apa yang bermain dalam fikirannya.

"Lepas tu kau dah mula nak baca novel cinta..." Suzi mengangkat kening sambil tersengih. Wajah Ariana terasa merah padam.

"Aku memang suka baca novel cinta ni sejak dulu lagi okey." Ariana memberi alasan. Spontan novel cinta di tangan ditutup. Biar betul. Dia memang dah jatuh cinta kepada Akmal ke?

"Last but not least....."

Ariana menunggu dengan rasa tak sabar. Suzi pula sengaja buat lambat-lambat seolah-olah mahu mendera jiwa dan raganya.

"Cepatlah!"Ariana berkata tak sabar.

Suzi ketawa."Itulah tandanya."

"Hah?"Ariana bertanya tidak faham. Suzi masih lagi tersengih nakal.

"Bila kau rasa tak sabar nak tahu apa petanda seterusnya. Itu maknanya kau memang dah sayangkan dia." Suzi bangun dan laju sahaja berjalan ke pintu sebelum sempat Ariana memahami kata-kata Suzi itu.

"Suziiii...!"Ariana menjerit kuat sebelum membaling bantal ke arah pintu.

-from Novel 'Muridku Suami Aku?'



Ehem. Ada yang saya tak setuju sangat dengan petanda kat atas. Terutamanya pasal novel cinta tu. Sebab dari dulu saya suka novel and ada ke lelaki yang baca novel cinta zaman sekarang ni? Boleh dikira dengan jari rasanya haha. Mungkin petanda yang baca novel cinta tu sesuai di-apply kepada perempuan je. Kot. Btw, saya nak tambah satu lagi tanda kita dah jatuh cinta pada seseorang. Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan, tanda kita jatuh cinta ialah kita dah mula pandai merajuk dengan orang tu. Senang terasa hati, sensitif, cepat tersentuh. Hehe.

Persoalannya, adakah tanda-tanda di atas itu saya sedang mengalaminya sekarang? Jeng jeng jengggg~ Biarlah rahsia haha. :p 

So uolls yang baca ni, ada tak kena tanda-tanda kat atas tu? :p

Sekian wassalam :)

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p