FUHH.. LELAKI TU TANYA SOALAN MAUT - sayidahnapisahdotcom FUHH.. LELAKI TU TANYA SOALAN MAUT
LightBlog

FUHH.. LELAKI TU TANYA SOALAN MAUT


Semalam tengah-tengah malam dia ajak makan. Okay lah, jom lah. Pergi teman dia makan.

Tolong dia ambik pinggan, sendukKan nasi dan lauk masuk pinggan. Bismillah~~

Dia pun makan. Aku main fon kat tepi sambil usha dia.

Sambil sambil tu borak la dengan dia sekejap-sekejap. Then, dah nak habis makan tu.

"Licin kan Iman makan?" *merujuk pada pinggan dia*

"Ye, licin sayang. Bagus bagus :)"

"Kalau makan licin-licin, Allah suka kan?"

"Betul tu. Tak membazir, Allah suka lah :)"

"Ohhh. Tapi sebelum ni Iman makan tak licin macam mana? Allah marah ke?"

"Takpeee. Yang sebelum ni Iman tak sengaja. Minta maaf la kat Allah"

"Ohh. Minta maaf Allahh. Minta maaf"

"Okayy good boy"

"Tapi.. Mana Allah?"

"Allah berada di mana-mana aje"

"Mana? Kat rumah ke? Allah kat rumah ke?"

Errr.

"Allah ada dengan kita sekarang. Allah ada dengan kita sentiasa"

"Mana? Tak nampak pun."

"Kita mana boleh nampak Allah. Tapi Allah nampak kita. Okay dah siap makan pergi bawak pinggan ke sinki"

Saya putuskan untuk stop perbualan ni sebab rasa tak mampu nak jawab soalan-soalan maut daripada dia yang saya tak berapa pandai nak jawab dan takut lebih menimbulkan kekeliruan dalam diri dia tentang Allah.

Lelaki tersebut ialah Iman. Iman Hazim anak buah saya yang pertama. Petah bercakap. Dan suka sangat buat hal grr. Sabau jelah. Haha


KATA HIKMAH


Hmmm susah juga ye nak mengajar budak-budak tentang Allah. Semoga dipermudahkan lah selepas ni nak terangkan tentang Allah kat anak buah hehe amin :)

Post a Comment

10 Comments

  1. tanya hidup ada nyawa.. kat mana nyawa.. kat mana nyawa...?

    pastu bagi penampor skali... kalau dia sakit , tanya balik mana sakit , tunjuk sakit tu apa.. ?boleh sentu tak sakit?

    ReplyDelete
  2. mmg tak mudah...tapi kena beritahu perkara yg sebenar,agak dia tak keliru...anak kak ummul pun ada tanya soalan yang sama...semua soalan dia mencabar..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Pandainya iman.. Moga jadi ank yang soleh ye sayang..

    ReplyDelete
  4. yup...anak2 kan belajar melaui pemerhatian ...so bila kita explain sesuatu yang die tak dpt nampak atau tak ada pembuktian, die mesti persoalkan...so mak n ayah kene bijak untuk ajar anak2...hihi..naseb anak sedara..kalau anak sendiri ttiap ari dia tanya...

    singgah blogwalking :)

    ReplyDelete
  5. sel sel otak sedang berhubung, semua tingkah laku dan percakapan, akan dia ikut,hati hati yee

    ReplyDelete
  6. Bgus penerangan tu... Dah Bgus dia banyak tanya... Tanda di cuba kenal sang pencipta..

    ReplyDelete
  7. berbahas dgn budak mmg bleg buat kita ternganga...hahahah..

    ReplyDelete
  8. sel otak nya sedang berkembang..no wonder rasa ingin tahu dia jadi byk soal..hehehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p