Perempuan kalau ketawa.......Tapi kalau lelaki menangis......


Perempuan kalau ketawa.......Tapi kalau lelaki menangis......


Perempuan kalau ketawa, ketawa dia lebih ikhlas daripada lelaki.
Tapi kalau lelaki menangis, air mata dia lebih jujur daripada perempuan.

Perempuan mudah tertawa dan tawanya ikhlas. Tetapi kita jarang nampak lelaki menangis dan apabila lelaki menangis, kita tahu bahawa memang hatinya sedang bersedih / hancur remuk berkecai.

Saya jarang nampak abi nangis. Saya jarang nampak abang-abang saya menangis. Bahkan menangis sebab tengok cerita pun jarang. Tapi saya pernah lihat abi anngis di depan saya. Memang sedih dan sebak bila tengok ayah sendiri menangis.