Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan
Ada orang kata perempuan yang mulakan first step ni perempuan tak malu, terhegeh-hegeh, gelojoh dan ‘bagai perigi mencari timba’. Yelah biasanya dalam kamus manusia ni – lelaki mesti kena mulakan dulu dalam sesuatu perhubungan. Lelaki yang kena confess dulu, lelaki yang kena meminang, si perempuan kena tunggu si lelaki kata ‘I love you’ baru lah perhubungan yang terjalin boleh di bawa ke fasa yang seterusnya. Dalam masyarakat Melayu terutamanya, segala-galanya lelaki lah perlu buat semua ini. Perempuan kena jaga adab dan sikap malu.
first step |
Tapi ... Mungkin kita lupa pada cerita Siti Safura dan Nabi Musa.
Mungkin kita terlepas pandang kisah Siti Khadijah dan Nabi Muhammad S.A.W. Jika
kita menelusuri kisah cinta perkahwinan mereka, siapakah yang memulakan dahulu?
Siapa yang ambil first step dulu? Siapa yang masuk meminang siapa? Disebabkan
terpikat pada sifat amanah dan fizikal yang kuat yang ada pada Nabi Musa, Siti
Safura meminta ayahnya, Nabi Syuib untuk mengambil Nabi Musa sebagai pekerjanya.
Daripada situ lah, akhirnya.. 10 tahun kemudian seperti yang dijanjikan Nabi
Syuib, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safura. Kita tengok pula Siti Khadijah
yang sangat berani pergi meminang Nabi Muhammad disebabkan sifat amanah dan
bijaksana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad di dalam perniagaan mereka.
Walaupun Siti Khadijah berumur 40 tahun manakala Nabi Muhammad berumur lebih
muda daripada Siti Khadijah (25 tahun), Siti Khadijah yakin dengan Nabi
Muhammad justeru meminang Nabi Muhammad untuk menjadi suaminya.
Cuba bayangkan kalau pada zaman sekarang ni, perempuan tua
40 tahun pergi meminang lelaki muda berumur 25 tahun? Rasa-rasa apakah reaksi
masyarakat kita kan? Walhal benda tu tidak langsung memalukan pada zaman Nabi,
kenapa kita nak malu pula pada zaman sekarang?
Tapi kalau kita tenung dan tenung dan tenung dengan lebih mendalam lagi terhadap kisah cinta Safura&Nabi Musa dan Siti Khadijah&Rasulullah, Safura terpikat
dengan Nabi Musa kerana beliau kuat dan amanah dan Siti Khadijah terpikat
dengan Rasulullah kerana Baginda amanah dan bijaksana. Disebabkan sifat-sifat
itu lah, mereka yakin bahawa lelaki seperti itu yang boleh membimbing mereka dengan baik
menuju ke Jannah. Bukan kerana tall dark handsome dan juga bukan kerana nafsu semata. Jadi, di
situ lah kita boleh ambil pengajarannya.
Si perempuan boleh nak mulakan first step di dalam
perhubungan. Tetapi! Tetapi kita kena lihat adakah “betul aku nak pilih dia
menjadi suami aku?” Tanya soalan dekat diri sendiri “mampukah dia membimbing
aku ke jalan yang benar?” Tanya jugak “eh sebab apa aku suka dia? Sifat dia
yang manakah memikat hati aku?” Jika benar kita sebagai orang perempuan nak
mulakan first step, analisis dan nilai dulu supaya kita yakin dengan pilihan
kita. Jika dah yakin, baru lah mulakan first step.
tanda-tanda jatuh cinta |
Bukan senang nak si perempuan nak mulakan langkah pertama
dalam perhubungan kalau tidak kuat dan kena tebalkan muka. Yelah kalau si
perempuan confess dulu dekat lelaki, macam mana kalau lelaki tu reject? Kalau si
perempuan pergi meminang si lelaki, kang si lelaki tolak rombongan meminang,
mana nak letak muka si perempuan malu uiii. Tapi kita kena ingat, FIRST STEP di
sini tidak hanya bermaksud meminang atau confess sahaja, boleh jadi kau bagi
hint dekat si lelaki pun boleh dikira FIRST STEP.
be yourself |
Yang pasti, first step yang si perempuan ambil, kesannya si
perempuan kena lah bersedia unuk terima. Jawapan untuk first step itu boleh
jadi suka atau duka. Boleh jadi gula atau peria. Boleh jadi cerah atau mendung.
Boleh jadi gembira atau sedih. Boleh jadi hati terapung apung di awanan atau jiwa
retak pecah seribu sejuta. Si perempuan must prepare for the worst.
Tak segala yang kita rancang akan mengikut seperti yang kita rancang. Kerana sesungguhnya perancangan Allah lebih baik. Mungkin first step yang diambil oleh kita kepada si lelaki A tidak berjaya kerana sudah terlukis di luh mahfuz si lelaki A bukanlah jodoh kita. Boleh jadi ketika kita mengambil first step pada si lelaki C, si lelaki D yang sebenanrnya untuk kita sedang mengambil first step kepada kita. Mana tahu kan. Jodoh dan pertemuan rahsia Allah.
Tak segala yang kita rancang akan mengikut seperti yang kita rancang. Kerana sesungguhnya perancangan Allah lebih baik. Mungkin first step yang diambil oleh kita kepada si lelaki A tidak berjaya kerana sudah terlukis di luh mahfuz si lelaki A bukanlah jodoh kita. Boleh jadi ketika kita mengambil first step pada si lelaki C, si lelaki D yang sebenanrnya untuk kita sedang mengambil first step kepada kita. Mana tahu kan. Jodoh dan pertemuan rahsia Allah.
Kseimpulannya, bak kata Ustaz Don, tidak salah untuk si
perempuan mengambil first step dalam perhubungann. Makanya, si perempuan jangan
lah duk takut atau duk kalut fikir macam mana lah kalau orang tahu aku yang
confess dulu kat laki tu. Macam mana lah kalau orang tahu aku yang pergi minang
si mamat tu. Pedulikan kata orang lain. Jika kau benar, buat apa nak takut. Jika
betul tindakan kau, buktikan tindakan kau betul.
kuat itu apa? |
Oh saya tulis entri ni bukan bermaksud saya nak galakkan si perempuan ambil first step dalam perhubungan mereka tetapi saya nak beritahu tak salah jika si perempuan mulakan first step.
Terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kan? Ermmm ermmm ermmm okay tak kena peribahasa ni dengan tajuk. Kbai
hahaha.
9 Comments
Ok la tu.. zmn skrg xle tgu dh..
ReplyDeletealamak, nak kena buat 1st step ke nampaknya ni. T_T
ReplyDeleteBetul tu x salah wanita memulakan langkah..zaman sekarang kena cepat kan...
ReplyDeleteerk. hahahaahaha still malu ok. hihihi. thanks share! :D
ReplyDeleteBetul tu betul. Yelah ada lelaki pemalu sangat
ReplyDeleteAah betul tu setuju ,mcm kite ni pemalu sgt ..sampaikan tgu perempuam yg ngorat kite hehe (padahal tak hensem pun wuuu 😢)
Deletebaru masuk meminang siapa ni kc? siapa gerangannya
ReplyDeleteagree...
ReplyDeletebtw, awk.. jemput join GA http://belogzeera.blogspot.my/2016/02/giveaway-sugarscarf-bg-zeeralily.html
hm malu la tapi suka dia....takut kita beria dia taknak appreciate pula...
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p