Yeay duit JPA sem akhir dah masuk!
Semalam kawan jeritt.. "KAKCIKKK! DUIT JPA DAH MASUKK!". Saya terkebil-kebil. Likee seriousslyyy?! Ha?! Duit JPA dah masuk? Yeayy yeay yeayy alhamdulillah. Gembira terlebih sebab memang dah pokai dah ni haha. Dengan lecturer suruh beli buku nyaa, nak fotostat nota nya kan. Memang memerlukan duit sekarang ni. Dan alhamdulillah semalam dah masuk :D
Duit JPA untuk student UPM dah dikreditkan :D |
Sebenarnya duit JPA tak masuk bank lagi, tapi duit JPA sudah dikreditkan ke pihak UPM. So, maybe 1 atau 2 atau 3 minggu selepas tarikh semalam, duit JPA masuk ke dalam akaun bank Islam. Tapi tahu benda tu pun cukup menggembirakan! Sebab boleh tahu bila duit JPA nak masuk bank.
Ohh ada orang yang nak tahu macam mana nak check duit JPA bila masa dia kredit kan. Kalau saya, saya tak payah check pergi ke mesin Bank Islam tengok dah ada duit ke belum. Yela malas nak menapak ke kafe semata mata nak tengok duit JPA dah masuk ke belum. So, saya check guna apa? Jengjengjengg~
Ohh ada orang yang nak tahu macam mana nak check duit JPA bila masa dia kredit kan. Kalau saya, saya tak payah check pergi ke mesin Bank Islam tengok dah ada duit ke belum. Yela malas nak menapak ke kafe semata mata nak tengok duit JPA dah masuk ke belum. So, saya check guna apa? Jengjengjengg~
Macam mana nak check duit JPA dah masuk?
Saya check dengan MySelf! Apa itu MySelf? Malaysian Student Engagement Online Feed. Kalau nak ambil maksud full di laman web MySelf sendiri, katanya
MySELF (Malaysian Student Engagement Online Feed) adalah aplikasi atas talian yang disediakan khas kepada pelajar dan pegawai tajaan JPA untuk mengemaskini dan menguruskan maklumat tajaan mereka secara layan diri dengan menggunakan kaedah 'Single Sign-On'.
Apa fungsi MySelf ni?
- Pengemaskinian Maklumat Peribadi & Perhubungan
- Semakan Jadual Bayaran Elaun Sara Hidup (ESH)
- Semakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman/Gantirugi
- Semakan Bil Tuntutan Pinjaman/Gantirugi
- Semakan Status Senarai Hitam
- Lapor Diri Atas Talian
- Permohonan Penangguhan Kontrak
- Permohonan Pertukaran Penjamin
- Permohonan Elaun Tambahan
- Permohonan Pelanjutan Pengajian
Sesiapa yang belum lagi mendaftar, boleh klik di SINI dan klik pada tempat yang tertulis 'Klik sini untuk mendaftar' (seperti di gambar atas). Haa lepastu daftar lah. Nanti untuk next next nak masuk, log masuk (login) je. Tak perlu daftar-daftar dah.
Kalau yang dah daftar, tapi lupa laa pulak password aduyaii. Yang e-sila ID, memang la ingat sebab bubuh nombor IC je kat situ. Cuma password yela kadang-kadang mesti lupa. Tapi takpe jangan risau, boleh klik pada 'lupa kata laluan'. Nanti pihak MySelf akan email password baru. Haa password baru tu jangan lupa pula! Hahaha. Tetapi biasanya password baru dia bagi mesti pelik-pelik dan susah sangat nak ingat. So, ada dua cara sama ada catat password tu dekat mana-mana atau tukar password dekat MySelf kita. Kalau saya, saya catat dekat notes handphone saya hehe.
Haa soo senang je apa-apa hal, bukak je MySelf. Nak semak ke nak kemaskini ke nak lapor diri ke nak mohon ke.. segalanya ada di situ. Mudah kan sekarang ni? Tak payah susah-susah. Hanya memerlukan data internet, boleh akses ke MySelf ni.
Okay itu sahajaaa~ senyum tak hilang lagi tengok duit JPA dah dikreditkan. Kuikuikui.
Entri lain yang berkaitan dengan JPA:
45 Comments
alhamdulillah..lega kan dah masuk
ReplyDeletesyukur alhamdulillah. bolehlah tampung apa yang patut. :)
ReplyDeletePergh..masyuk. belanja berhemah dan jangan lupa melabur sikit untuk masa depan.. melabur awal, nak kawen or beli rumah nanti senang.
ReplyDeletealhamdulillah...lepas tadah tangan syukur..sila lompat bintang 2 kali..hihihihi..
ReplyDeletebest nye......UKM x dikreditkan lg...huhu
ReplyDeleteyeayyyy..jom kfc...kc belanjaa..yahoooo...hahaha
ReplyDeletewaaaah..belanja akk heheheh
ReplyDeleteJemput segmen saya ye
http://www.azlindaalin.com/2016/02/segmen-bloglists-azlindaalincom-mac-2016.html
Untunglahh awak dapat JPA. Kita apply tak dapat. huhu
ReplyDeleteboleh la ni blanja makan. :D
ReplyDeleteHi nak tanya berapa hari jpa bank in lepas biasiswa dikreditkan ya? #tinggalRM5
ReplyDeletelebih kurang seminggu atau 2 minggu :)
DeleteMacam mana arh klaw x dpt emel pengesahan tu biarpn kita sda ltk dlm adress emel
ReplyDeleteso, kena check sentiasa lah akaun bank kita. atau tanya kawan-kawan kot kot dorang ada terima emel.
DeleteHai nak tnya selalunya duit jpa masuk awal sem ke hujung sem?
ReplyDeleteawal-awal. tapi tak terlalu awal. mungkin dalam 1-4 minggu dari start sem macam tu. mungkin lagi lambat.
DeleteSalam akak nak tanya masa permohonan biasiswa akak berjaya dulu lepastu ada interview pulak ke
ReplyDeletewassalam. tak ada interview time akak dulu. tapi sekarang tak tahu macam mana.
DeleteAkak biasiswa PIDN jugak ke
Deletetak.
DeleteNak tanya semua tu jumlah duit yg akan dimasukkan ke akaun peribadi kita ke
ReplyDeleteyeap. bank Islam.
DeleteHi, nak tny. selalunya utk pljr yg baru dpt biasiswa jpa utk sem ni, elaun akan masuk sem ni atau sem depan?
Deletetak sure tapi rasanya sem ni. mungkin lambat sikit. awak terima berita dapat biasiswa minggu ke berapa?
Deletesalam nak tanya...kalau saya penyerahan borang jpa 23/10..biasanya duit jpa masuk bila?
Deletewassalam. tak pasti pula . boleh tanya kat pihak JPA :)
Deletesalam, nak tanya, jumlah dia bagi stiap kali dikreditkan memang trus untuk satu sem ke dlm 4-5k trmasuk elaun2 lain?
DeleteHi..Says pelajar UPM juga.. Nak tanya tentang itu lapor diri selepas tamat pengajian boleh tak? Tak berapa faham selepas tengok steps tu.. Saya akan habis pada bulan Januari 2017, jadi bilakah yang sepatutnya saya isi borang mohon jawatan kat SPA? Sekarang dah boleh mohon ke? Lepas mohon adakah perlu pergi interview juga? Sorry banyak soalan.. memang confused tentang apa yang perlu diselesaikan :(
ReplyDeleteawak habis pada bulan Januari 2017 tu maksudnya awak dah tamat belajar sekarang atau awak final sem sekarang?
DeleteNak tanya, dalam kontrak ditulis kena kerja dgn kerajaan lepas grad. Tapi bila ya? Lama x nk tggu?
ReplyDeletekalau tak kerja kerajaan pun boleh, tapi pastikan company swasta tersebut didaftarkan under STAR.
DeleteAssalammualaikum,
ReplyDeleteNak tanya..macam mana sis mohon jpa? selalunya permohonan jpa buka waktu bila?
waalaikumussalam. kena selalu tunggu update dari JPA bila permohonan dibuka http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php. saya pun tak pasti bila.
DeleteSalam nk tny mcm mna kita nk tukar nma penjamin yerr
ReplyDeleteWassalam. Maaf.. tak tahu pula macam mana. cuba call pihak JPA :)
Deletesalam sis nak tnya saya mohon jpa masa sem 2 tahun 1.. kiranya duit akan masuk smasa sem 1 tahun 2, jadi utk tahun 1 jpa akan bagi duit jugk ke atau jpa hnya bagi start tahun 2 hingga habis grad? thank you sis
ReplyDeletesis nk tnya sy mohon jpa masa sem 2 tahn 1 jd kiranya duit akan msuk pd tahun 2.. jadi mcm mn dgan thun 1 punya duit? adakh akn burn gitu je mksudnya jpa hnya bgi start thun 2 spai habis?? thank you sis
ReplyDeleteJPA akan bagi duit tahun 1 juga.
Deletehi saya nak tanya if saya dah hantar borang perjanjian 2/10/19 selalunya bia ye duit akan masuk ?
ReplyDeletehi. tu saya tak tahu. maaf.
Deleteboleh call or email JPA tanya untuk kepastian.
Saya bari apply jpa, macam mana nak tahu kalau dapat ke tak sbb cek link yg dia bgi tu macam takde apa 2 je
ReplyDeletebiasa bulan berapa duit jpa masuk
ReplyDeletehaii , saya nak tanya untuk portal myself bagi pelajar yang terima twrn jpa pidn perlu dftr baru ke ? sbb saya try login kluar " Rekod pelajar/pegawai masih belum diaktifkan untuk MySELF . Pengaktifan tajaan baru mengambil masa 3 bulan bagi tujuan pengesahan akademik dan semakan perjanjian. " boleh saya tahu apa ptot saya buat ?
ReplyDeleteSaya nak tanya setakat ni kita kena buat apa utk jpa ni sbb saya dah dapat tandatangan pegawai jpa tapi tiada pulaj email utk buat myself jpa
Deletesame here...so u tunggu je ke?yg aktifkan akaun tu perlu tunggu selepas blh login masuk ke MYSELF ke?
Deletetry login myself guna id register jpa haritu. saya punya dah diregister. pelajar jpa tak perlu create account myself sendiri. jpa akan buatkan. so boleh cuba2 try login kot dah boleh bukak
DeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p