APAKAH MAKSUD DI SEBALIK CIA CIA CIA #pickupline? - sayidahnapisahdotcom APAKAH MAKSUD DI SEBALIK CIA CIA CIA #pickupline?
LightBlog

APAKAH MAKSUD DI SEBALIK CIA CIA CIA #pickupline?

APAKAH MAKSUD DI SEBALIK CIA CIA CIA #pickupline?

Apa maksud cia cia cia tu? 
Apa kebenda cia cia cia tu?
Kenapa cia cia cia menjadi trend sekarang ni?
Kenapa dekat group whatsapp kawan-kawan selalu guna cia cia cia tu?
Apa kejadahnya cia cia cia yang orang duk sebut sebut tu?

Haaa macam-macam lah persoalan demi persoalan yang menanyakan apakah itu CIA CIA CIA?

APAKAH MAKSUD DI SEBALIK CIA CIA CIA #pickupline
Ungkapan cia cia cia selepas beri pickupline

Maksud ungkapan cia cia cia


So.... Tahu tak cia cia cia tu apa?

Sebenarnya saya tahu kewujudan cia cia cia ni sebelum ungkapan tu menjadi famous lagi. Sebab saya mengikuti cerita Sepahtu Reunion start dari episod 2. Masa sepahtu reunion bermula, masa tu saya sedang cuti semester. Jadinya, memang boleh tengok TV la kan malam-malam dengan umi abi. Saya dengan abi memang kaki suka tengok Maharaja Lawak Mega dan rancangan-rancangan lawak yang sewaktu dengannya. Bila tengok iklan Sepahtu Reunion je, memang abi dah pesan siap-siap nak tengok. Episod 1 terlepas nak tengok. Episod 2 saya tengok dah terbahak-bahak gelak dan paling geli bila ada pickupline yang sangat geliiii okay! Hahaha. 

Dan, untuk makluman semua.. Ungkapan CIA CIA CIA tu Sepahtu guna di dalam rancangan Sepahtu Reunion sebut selepas buat pickupline. Memang tengah hot sekarang. Abang, saudara mara, kawan-kawan semua asyik sebut cia cia cia tu.

Okay la tak faham lagi?

Okay macam ni.

Bila kita buat pickupline, kebiasaannya kita cakap "acecehh" atau "atotototo" atau "alololoo" atau "alalalaa" ke kan? Tapiii, ni ... "cia cia cia" tu sepahtu gunakan di dalam cerita sepahtu reunion dan sepahtu sinar selepas membuat pickupline.

Okay jom tengok pickup-pickup line yang saya tonton di Sepahtu Reunion pada setiap episod.

Senarai pickupline di dalam Sepahtu Reunion
Sepahtu Reunion


Senarai pickupline di dalam Sepahtu Reunion


EPISOD 1- ARTIS JEMPUTAN : SARI YANTI

Episode ni tak ada pickupline tapi kelakar sangat sebab ada berbalas pantun hehe

EPISOD 2- ARTIS JEMPUTAN : UQASHA SENROSE

Sha..sha tahu tak jalan shortcut?
Untuk?
Ke hati awak?
cia cia cia

*tengah cari sesuatu*
Tengah cari apa ye?
Cari jambatan
Untuk apa?
Ke hati dia
cia cia cia

Macam ada sesuatu dalam poket ni *sambil seluk dalam poket*
Apa dia?
Eh..hati dia!
cia cia cia

“Uqasha jual tudung eh?
Ha’ah.
Saya nak beli.
Kenapa? Nak buat apa?
Saya nak tutup hati saya baik-baik untuk awak pakai.”
cia cia cia

EPISOD 3- ARTIS JEMPUTAN : TUNKU HANIS

Anis..tahu tak kenapa malam ni takde bintang?
Kenapa?
Sebab dorang malu tengok kecantikan Anis.
cia cia cia

Kau ingat aku nak sangat ke pencuri ni? *sambil tunding Anis*
Curi apa?
Dia curi hati aku
cia cia cia

Boleh saya tanya satu soalan?
Tanyalah. Apa dia?
Ayah awak jual pisau ye?
Kenapa tanya macam tu?
Sebab awak dah belah jiwa saya
cia cia cia

Adehh otak kiri sakit, otak kiri sakit *sambil pegang kepala*
Kenapa?
Tapi takpe. Otak kanan masih boleh fikir pasal dia
cia cia cia

“Nama Tunku Hanis penuh apa dia?
Tunku Nur Hanis.
Panjang sangat lah. Panggil sayang boleh?”
cia cia cia

EPISOD 4- ARTIS JEMPUTAN : EBBY YUS (tiada)

Antara artis jemputan Sepahtu Reunion-Mia Ahmad&Tunku Hanis


EPISOD 5- ARTIS JEMPUTAN : MIA AHMAD

Tapi..boleh tak kalau kita berbual ni, Melissa jangan tengok abang lama-lama
Kenapa?
Sebab bila berbual dengan Melissa, abang terfikir masa depan
cia cia cia

Melissa tahu tak..kalau abang jadi tiang, nak sangat Melissa jadi bendera
Kenapa?
Biar dia berkibar-kibar di hati abang.
cia cia cia

Melissa ni suara sedap..penyanyi ke dulu?
Tak…
Sebab suara Melissa macam muzik di hatiku
cia cia cia

Melissa..bila Melissa jadi pelajar, mesti selalu biasa pakai kertas kan?
Ye.
Boleh tak carikan abang kertas?
Kenapa?
Sebab abang nak tulis I LOVE YOU
cia cia cia

Melissa..melissa suka main computer ye?
Suka jugak. Kenapa?
Sebab Melissa sentiasa online di hati abang
cia cia cia

Tapi dia ni berani tau
Berani apa?
Berani curi hati saya
cia cia cia

Lepas habis program ni, nak ke mana? Balik?
Ye, balik.
Okay lah kalau macam tu..kalau boleh, balik tu jangan ke mana-mana ..terus ke hati saya
cia cia cia

EPISOD 6- ARTIS JEMPUTAN : REEN RAHIM

Masuk set tu, kita kena lihat keadaan okay ke tidak
Tapi saya Cuma nak lihat cikgu aje.
cia cia cia

Reen ada bawa kunci tak?
Kunci apa?
Kunci hatimu
cia cia cia

“Ayah Reen kerja buat aircond eh?
Kenapa?
Sebab bila saya pandang awak, rasa sejuk sangat hati.”
cia cia cia

EPISOD 7- ARTIS JEMPUTAN : AMIRA OTHMAN

“nama saya cikgu Amira.
Nama saya alif.
Nama panjang?
Ai lif you”
cia cia cia

EPISOD 8- ARTIS JEMPUTAN : IZZATY ABDULLAH


“Apa beza Izzati dengan matahari?
Apa beza dia?

Matahari menerangi bumi. Izzati menerangi hidup saya”
cia cia cia

EPISOD 10- ARTIS JEMPUTAN : ANGAH

Angah suka makan gula ye?
Ye.
Patutlah muka Nampak manis.
cia cia cia

EPISOD 11- ARTIS JEMPUTAN : SASQIA

Saya tak perlu kaki tu semua
Sebab apa
Saya hanya perlukan hati awak.
cia cia cia

Awak pilih kiri ke kanan? *sambil tunjuk dua tangan*
Saya pilih yang ni
Kenapa tak pilih dua-dua? Dua-dua pun awak punya.
cia cia cia

Boleh saya cakap sikit tak?
Ye, boleh
Saya dengan MultiLevel(MLM) ni memang saya dah tak ada hati dah. Sebab hati saya awak dah ambik
cia cia cia

Boleh saya pinjam pen awak?
Ye boleh kenapa?
Saya nak tulis….I LOVE YOU
cia cia cia

Hati sakit sangat biasa
Nak menangis pun takde guna
Kata orang kamu tu biasa
Tapi pada aku kau tu sempurna
cia cia cia

Boleh tak balik ni saya nak jumpa mak dan bapak awak?
Kenapa tu?
Sebab saya nak ucapkan terima kasih kerana menciptakan awak untuk saya
cia cia cia

Sasqiah tu memang anma betul ye?
Ye, sasqia
Susah nak sebut. Tapi…percayalah selepas ni terpahat di hati saya
cia cia cia

Awak suka makan ayam tak?
Suka
Saya pun ada suka dekat satu ayam ni.
Apa dia?

AY(i) AM MISS YOU & AY AM LOVE YOU
cia cia cia

Senarai Pickupline Yang Lain


"Hi. Awak ketua platun ke?"
"Kenape?"
"Sebab awak dah command hati saya dari kanan cepat jalan terus ke hati awak"
cia cia cia

#pickuplineKRS


"Statistik tu belajar apa?"
"Belajar pasal analisis"
"Analisis apa"
"Analisis hati awak, ada tak nama saya kat situ?"
cia cia cia

#pickuplinestatistik


Ingat!! Lepas SPM ni cari course yang adik adik minat..
Minat engineering buat engineering
Minat akaun buat akaun
Tapi kalau minat kat saya, PM terus.

cia cia cia


Entri lain :

Post a Comment

6 Comments

  1. Hahaha.. memang kelakar pickupline dorang kan.. ;) cia cia cia..

    ReplyDelete
  2. Hahaha... memang layan tgk sepahtu reunion ni... walaupun pickup line kekadang nk muntah hijau.. p tetap gelak guling2.. cia cia cia.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. Oooo.. Gitu cite nya. Punya la akk dok pikir menda la cia cia cia tu..

    ReplyDelete
  4. saya pon baru tau maksud cia cia ni,, sebelom ni blur habis kalo org duk cia cia dpn saya,,haha

    ReplyDelete
  5. hahahha..kiranya mcm tagline ler tu...

    ReplyDelete
  6. memang gelak je tgk diorg ni..hlg stresss

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p