dilema muslimat : "saya nak derma darah tapi open sangat tempat nak derma?"
Petang tadi belek belek facebook, saya terjumpa satu status seorang adik manis ni, yang berbunyi...
Dilema muslimat kat luar tu. saya nak derma darah tapi kan open sangat tempat nak derma ? Aurat umm. Macam mana. umm.
Haaa tu baru permulaan ayat status beliau. Dan saya sangat setuju dengan dilema tersebut. Saya pun pernah memikirkan benda yang sama. Semasa saya derma darah dulu-dulu for the first time, (walaupun sekali je pernah derma darah, okay la tu kan) saya ada juga terrrrrrrpaksa mendedahkan sedikit lengan saya (which is aurat) untuk menyenangkan proses derma darah. Walhal di sekitar tempat saya menderma tu terdapat kaum lelaki. Tapi tu lah, mungkin masa tu saya first timer and I was a bit confused masa tu. Ikut sedap kepala je kan.
tips untuk muslimat ketika menderma darah |
Adik manis yang membangkitkan dilema para muslimat ini ada berkongsi sedikit tips untuk menyelesaikan dilema tersebut. Yela kan sambil mendapat pahala menderma darah, dapat juga menjaga aurat inshaaAllah :)
Tips Menderma Darah Untuk Para Muslimat
1) Tajdid (tetapkan) niat lillahitaala (kerana Allah)
- Apa-apa niat tu penting, automatik Allah permudahkan. Mula-mula niat dalam hati "Ya Allah pelihara auratku. "
- Confirm Medical Assistant (MA) , staff nurse yang ganteng yang kacak tu tak lalu depan sis. hihi.
2) Bawa kain lebih
- Korang boleh tutup tangan yang terbuka tu. Mudahkan?
- Kalau lupa nak bawa, minta kat nurse tu . "kak nak kain boleh". acah-acah demand takpe. nurse tu faham.
3) Pakai handsock siap-siap
- Sebabnya kalau in case nurse cakap tak de kain, lupa nak bawa kain dari rumah. Handsock tu korang boleh tarik-tarik sikit-sikit. Cover aurat tu.
4) Duduk sebelah penderma perempuan
- Nampak je kosong sebelah penderma perempuan tu cepat-cepat pergi.
- Kalau penderma tu kawan korang lagi bagus. Boleh borak-borak sambil buang rasa takut kena cucuk.
- Kalau bukan kawan korang buka la sesi taa'ruf (perkenalan)
Ada sedikit perdebatan di bahagian komen status adik manis ni :
Meh akak share , saya pernah derma darah juga , so benda pertama saya kata boleh x saya nak pakai handsock , n nurse tu kata boleh .. nak di jadikan cerita , pas ambil darah saya berjalan ke luar dari bilik derma darah tu , tetiba darah mengalir laju basah habis baju n lantai ... and saya pergi balik kat nurse kata darah x berhenti ... dan dia salahkan saya sbb saya pakai handsock.. handsock tu tekan tangan sbb tu darah x henti.... mula2 kata boleh pakai handsock dah jd macam tu salah pulak pakai handsock ... so pas ni mgkn sediakan tuala kecil utk cover tangan.
Jawapan adik manis untuk komen di atas :
aah kak betul tu. kadang2 ikut nurse jugak kot. mungkin nurse tu tak tunggu lama sikit untuk suruh kita tekan tgn kita masa pas keluarkan jarum kak. sebab masa saya semlam lama jugak dia suruh sy tekan. dalam 10 minit macam tu. lepas tu baru dia bagi saya turun n lekat kan handiplast. darah xkeluar lepas tu.
Haaa gituuu. Semoga entri ni bermanfaat dan dapat menyelesaikan dilema muslimat-muslimat di luar sana termasuk kita sendiri :)
Adik manis ni namanya Nor Aina. Thanks for the tips Aina :)
derma darah perkara baik, selagi mana mengalir darah tu selagi tu mengalir pahala
Entri lain yang menarik
6 Comments
Pernah derma darah sekali je, pastu dah tkut nak derma sebab ntaaaah rasa seram .. Hahah
ReplyDeletesalam yes saya selalu fikir benda benda macam ni.! dan saya tak pernah derma pun takut
ReplyDeleteSama la, ena ada fikir benda ni. ena doa pd Allah sebab niat kita nak tlg org bila menderma tu. InshaAllah Allah akan tolong
ReplyDeletenice info. :) seronok baca :)
ReplyDeletenice info!tak pernah terfikir sebab tak pernah derma.underweight.thanks share..akan disampaikan pada kawan-kawan lain
ReplyDeletealhamdulillah..bertambah ilmu...ilmu menjaga aurat dan ilmu untuk darah tidak terus mengalir selepas jarum ditanggalkan...2 in 1..
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p