Jom kita definisikan dulu maksud anak emak ni. Maksud anak
emak ni ialah anak yang sangat-sangat taat kepada emaknya, tidak mahu
berenggang dengan maknya, tak boleh berjauhan dengan maknya, sayang dia kepada
emaknya melebihi segala-galanya, sangat menghormati dan menjaga hati emaknya,
tidak suka apa-apa pun yang menganggu perasaan emaknya. Iye, memang baik anak
emak ni jika kita lihat daripada definisi dia dan memang baik pun in reality. Dalam
entri ni saya mahu bincangkan secara spesifik – lelaki anak emak. Pernah jumpa lelaki anak emak dalam hidup anda?
Saya tak pernah jumpa face to face tapi pernah nampak. Siapa? Pelakon six packs
Shaheizy Sam hehe. Beliau dikenali oleh orang ramai sebagai seorang anak emak
dan beliau tidak malu untuk mengakuinya. Isteri Shaheizy Sam, Syatilla pun
sudah sedia maklum bahawa Shaheizy Sam ialah anak emak. Dan selain Shaheizy Sam
mesti ada ramai punya lah lelaki yang menjadi anak emak dalam kalangan kenalan
kita kan. So… what do I think of lelaki
anak emak ni?
Lelaki Anak Emak...what's the problem?
Lelaki anak emak :) credit photo : mingguanwanita.my |
Apa yang ada dalam fikiran saya bila orang mention pasal
lelaki yang anak emak ni ialah.. “bukan bagus ke lelaki yang anak emak ni? Dah
lah sentiasa berbakti untuk mak dia, buat baik dengan mak dia, sayang mak dia
sepenuh jiwa raga.. semua tu benda baik. So, what’s the problem?” Itu lah benda
pertama yang come out di dalam fikiran saya bila orang cakap pasal lelaki yang
anak emak ni. Tetapi, ada isu yang mengatakan lelaki yang anak emak ini terlalu
mementingkan maknya lebih dari segala-galanya. Yelah dah anak mak kan. Orang ada
kata lagi..lelaki anak mak ni selalu pentingkan maknya di dalam semua situasi
dan keadaan. So, lagi sekali saya nak tanya .. what’s the problem now?
Saya berpendapat lelaki yang anak emak ni ada reason untuk
dia berbuat sedemikian rupa. Mereka ada sebab yang munasabah untuk mereka taat
kepada emak mereka hingga dilabel sebagai anak emak. Apa reason nya? Mungkin
lelaki yang anak emak ni telah nampak kesusahan dan kepayahan emaknya sejak
kecil lagi, jadi dia rasa dia sangat bertanggungjawab untuk menjaga emaknya
apabila sudah besar. Mungkin juga lelaki anak mak ni merasai pengalaman pahit
dan gelap bersama-sama emaknya semasa dia kecil, jadi dia berasa dia sebagai anak lelaki
wajib membahagiakan emaknya apabila dia sudah besar. Mungkin lelaki anak mak ni
merasakan mak dia telah memberikan full support dan kasih sayang yang tidak terhingga semasa dia
kecil jadi dia perlu membalas jasa emaknya apabila
sudah besar. So yeahh…what’s the problem with a guy who anak emak?
Bagi saya, mereka yang berbakti, menyayangi dan bertanggungjawab
terhadap emak mereka adalah insan yang berjaya di dunia ini, malah tak mustahil berjaya juga di alam akhirat sana. Allah telah berfirman, keredhaan Allah
terletak pada keredhaan ibubapa. Jika ibubapa redha pada kita, maka Allah pun
redha pada kita. Kalau kita berbakti pada ibubapa kita, sudah semestinya mereka
rasa bahagia justeru merasa reda dengan kita. Bukan kah itu membuatkan Allah
reda pada kita?
Ohhhh saya tahu! Saya tahu mana ‘salah’ dan ‘silap’ lelaki
anak mak ni. Mungkin isu lelaki anak mak ni menjadi kurang enak apabila para
lelaki anak emak ni terlalu mendengar kata mak mereka, hidup terlalu dikontrol
oleh mak mereka, semua keputusan mereka tak boleh buat nak sendiri sebaliknya emak
mereka yang decide, semua hal diuruskan oleh emak mereka termasuk hal-hal kecil,
hal-hal rumahtangga mereka pun emak mereka hendak masuk campur hingga tiada
privasi mereka dan isteri mereka (jika lelaki anak mak sudah berkahwin). Haaa
itu lah yang masalahnya. Tapi bukan semua lelaki anak mak yang berperangai over
seperti itu kan? Saya takut nak katakan benda tu salah, sebab iyelah kang kalau
melawan kata emak kang, derhaka pulak kan. Tapi, saya berpendapat jika semua
perkara tersebut dilakukan secara kerap dan berlebihan, ianya sangat tidak baik
untuk hidup lelaki anak mak tersebut. Jika ianya masih dalam kadar yang masih
okay, okay lah ia.
Nak tak suami yang lelaki anak mak?
Pergh soalan kan gituww. Hahaha. Jika soalan itu ditujukan kepada saya.. Jawapan saya sama lah macam
sebentar tadi. Kalau menjadi anak mak yang tidak keterlaluan dan masih boleh
diterima, apa salahnya. Lelaki yang anak mak ni orang kata sifatnya…caring,
penyayang, bertanggungjawab dan menghormati orang tua. Siapa lah yang taknak
suami yang bersifat macam ni kan? Hahahaha.
Okay ini hanya pendapat saya sahaja. Lain orang lain pendapat. Maaf jika ada yang terasa ke apa, sekian :)
baca juga entri hits yang lain:
cara nak tahu lelaki suka perempuan
perempuan kalau ketawa...........lelaki kalau menangis............
definisi sebenar lelaki terletak pada.........
baca juga entri hits yang lain:
cara nak tahu lelaki suka perempuan
perempuan kalau ketawa...........lelaki kalau menangis............
definisi sebenar lelaki terletak pada.........
1 Comments
Situasi yang paling elok anak selesa dengan layanan ibu begitu juga ibu..sederhana..nak jadi ank mak tak salah...asal tidak sampai mengabaikan tanggungjawab lain dan ibu pula biarpun anak itu sangat sayang dan taat padanya jangan diambil kesempatan..in sya Allah semua ok.
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p