http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

cara nak tahu lelaki suka perempuan

By 11:33:00 AM ,

cara nak tahu lelaki suka perempuan

cara nak tahu lelaki suka perempuan
credit to : kompasiana.com

Persoalan "bagaimana nak tahu lelaki tu suka aku" , "apa tanda lelaki suka kita", "lelaki tu suka aku ke", "macam mana cara kenalpasti lelaki tu suka kat aku". Ramai yang nak tahu jawapan bagi persoalan-persoalan ini, termasuk la aku sendiri. 

Semua lelaki sifatnya tak sama. Lelaki juga  mempunyai taste yang berlainan pada perempuan. Orang ada kata, cantik itu subjektif. Jadi, definisi 'perempuan cantik' bagi seseorang lelaki juga berbeza. Begitu juga dengan cara lelaki suka perempuan pun berbeza-beza.

Di sini saya nak kongsikan dahulu tiga jenis lelaki yang terdapat di dunia ini.

cara nak tahu lelaki suka perempuan
credit to : www.tumblr.com


Jenis lelaki pertama : Suka perempuan secara diam-diam

Ni jenis yang susah kita nak tahu dan kenalpasti dia suka kita(perempuan) ataupun tidak. Sebab lelaki jenis ni dia tak tunjuk dan suka memendam perasaan dia sorang-sorang. Lelaki jenis ni sama ada dia perhatikan perempuan yang dia suka dari jauh sahaja atau berkawan seperti biasa. Ye, kawan lelaki yang biasa kita berbual-bual setiap hari kemungkinan suka dengan kita. Tapi janganlah sampai semua kawan lelaki yang berbual dengan kita dicop suka kita pula haha. 

Jenis lelaki kedua : Suka secara terang-terangan

Ada lelaki yang terang-terangan menzahirkan rasa suka dia kepada perempuan yang dia suka. Lelaki jenis ni tak susah kita nak kenalpasti. Tapi hati-hati, kekadang lelaki jenis ni ialah jenis playboy dan tidak boleh dipercayai. Tapi tidak bermakna, semua lelaki yang berterus terang dia suka kita, tidak boleh dipercayai. Mungkin kita boleh ambil langkah berjaga-jaga dengan memeriksa latar belakang dia atau bertanyakan kepada kawan-kawan bagaimana sifat lelaki tersebut supaya tidak terjebak dengan lelaki jenis playboy.

Jenis lelaki ketiga : Mengusik/cari gaduh dengan perempuan yang dia suka

Lelaki jenis ni ialah jenis yang tak reti bagaimana hendak memulakan perbualan dengan perempuan yang dia suka. Boleh jadi juga, dia sengaja cari gaduh/mengusik kerana hanya dengan cara itu sahaja boleh membuatkan perempuan yang dia suka tu beri respons dan beri perhatian kepada dia. Tu orang dulu-dulu kata, jangan gaduh-gaduh sangat, nanti jatuh sayang haha. Dan juga, jangan benci sangat, nanti jatuh suka, siapa nak tanggung. Hehehe,


Cara nak tahu lelaki suka perempuan


cara nak tahu lelaki suka perempuan


1. Dari cara pandang 

Pandangan marah. Pandangan benci. Pandangan meluat. Pandangan kasih sayang. Pandangan suka pun ada. Cara lelaki memandang perempuan yang dia suka dengan perempuan yang dia anggap biasa-biasa sahaja adalah berbeza. Macam mana nak kenalpasti lelaki pandang perempuan yang dia suka dengan pandangan suka?  Haaaa perbezaan itu hanya orang lelaki sahaja yang tahu hehe.

2. Selesa berkongsi cerita 

Lelaki akan berasa selesa untuk berkongsi cerita dengan perempuan yang dia suka. Selesa berkongsi masalah dan juga khabar gembira. Tidak segan silu meminta pendapat jika berada di dalam situasi yang sukar.

3. Mengambil berat

Kalau lelaki suka akan seseorang perempuan, dia mesti mengambil berat tentang perempuan tu. Bertanyakan sihat ke tidak, dah makan ke belum, macam mana kehidupan seharian, ada masalah ke tidak, apa yang suka, apa yang tidak suka. Dan tak semestinya pertanyaan-pertanyaan itu ditanya secara langsung kepada perempuan yang dia suka. Boleh jadi juga, dia tanya kepada kawan-kawan rapat perempuan tersebut atau memeriksanya dari laman sosial perempuan tersebut.

4. Cuba menjadi yang terbaik

Lelaki rasa hebat dan gembira bila dianggap serba tahu dan serba boleh dalam semua hal oleh perempuan yang dia suka. Dia cuba nak buat benda yang perempuan dia suka dengan baik dan sempurna. Apabila bersama dengan perempuan yang dia suka, dia cuba tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun sedikit. Lelaki juga bertindak sebagai leader kerana mahu dianggap cool dan macho dengan perempuan yang dia suka.

5. Mengingati latar belakang dan hal peribadi

Jika lelaki berusaha keras untuk mengingati hal peribadi kita seperti nama penuh apa, tarikh lahir bila, duduk mana, adik beradik berapa, nama mak apa,nama ayah apa, kampung kat mana dan lain-lain, berkemungkinan besar lelaki itu suka kita.

cara nak tahu lelaki suka perempuan
HARGA RM80 termasuk pos. Order dengan saya meh! 
WHATSAPP/SMS 0172008642
cara nak tahu lelaki suka perempuan
credit to : molldy.hol.es


Entri lain yang hits :



You Might Also Like

25 comments

  1. Jenis lelaki ketiga yg slalu jumpa...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki jenis yang ketiga tu suka cari gaduh dengan saya si asyraf

      Delete
  2. macam mana nak tahu perempuan suka kita?

    ReplyDelete
  3. hahaha.. tak tahu nak komen gapo...
    gamak xdak laki suka ahkak ni diknon..

    ReplyDelete
  4. teringat pulak zaman2 di sukai dulu..eceh!!!bahhaha

    ReplyDelete
  5. macam akak dulu asyik kena sakat dan usik...

    ReplyDelete
  6. Hihihi..yang ketiga tu memang lumrah..kat sekolah biasanya..

    ReplyDelete
  7. yang first memang payah nak tau.. maklumlah dalam diam kan

    ReplyDelete
  8. hmm,,, takot pulak ter-friendzone,,haha

    ReplyDelete
  9. Nak pikat perempuan kena tunjuk sifat-sifat yang baik dan mulia. Cuba buat apa yang dia suka dan jangan sakiti hatinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki no 1 mmg susah nk tau laa.. Sbb terlalu introvert Sgt.

      Delete
  10. lelaki y pndiam ni sush skit lh ...dia malu thp gaban

    ReplyDelete
  11. Kalau dia lambai kite.pastu kalau kite lepak dekat taman dekat ngan dia bile kite nak pergi dia ckp bye bye ke.itu di panggil suke kite ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya. kawan pun bye bye jugak :)

      Delete
  12. Kalau budak lelaki suka sangat cari gaduh dengan perempuan sampai bertumbuk2 tanpa belas kasihan(kadang2 ada)bencilah dia asyik cari pasal kat sya sorang jek tu yang pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriously sampai tumbuk-tumbuk? sampai darah-darah ke?

      Delete
  13. kalau lelaki dia pandang kita, pastu lepas kita nampak dia pusing cept2 , itu dikira ke

    ReplyDelete
  14. salam>nak tnye kalau nama kita terkenal diantara kawan kawan dia,,means apa ya?

    ReplyDelete
  15. Sye ade kwn yg suka sgt cari gaduh.xpi bila sye marah je.cepat2 minx maaf.sye rse mcm x smpai hati nak marah dia lama2.persoalannye skang,dia suka sye ke n sye suka dia ke???

    ReplyDelete
  16. Sye ade kwn lelaki yg memang suka cari gaduh ngan sye.bila sye marah dia.mesti dia ws sye minx maaf.sye pon maafkan la dia sbb x sampai hati nak marah lama2.sbb sye pon ade rse kala dia x kacau sye,sye rse macam something missing.persoalnye skang.adakah sye suka dia???N adakah dia suka saye??

    ReplyDelete
  17. tiba-tiba teringat seseorang dulu-dulu nak kenal macam mana haha funny !

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.