Tips Skor A Kertas Matematik (PT3&SPM) - sayidahnapisahdotcom Tips Skor A Kertas Matematik (PT3&SPM)
LightBlog

Tips Skor A Kertas Matematik (PT3&SPM)

Nak dekat dahh exam PT3 & SPM. Peperiksaan PT3 13 Oktober 2016, SPM pula 22 Oktober 2016. Haaa adik-adikkkk~ dah sedia ke belumm nak menghadapi nya? Mesti debau debau kannn. Hehehe. Okay lah, straight to the point. Harini nak share sedikit tips skor A kertas matematik untuk pelajar yang bakal menduduki PT3 & SPM. Ni berdasarkan pengalaman akak Sayidah la ye (akak la kan :P ) hehe. Memang semua tips skor A kertas matematik ni kalau anda amalkan, inshaaAllah A dalam genggaman. So..let's start!

Tips Skor A Kertas Matematik (PT3&SPM)


Tips Skor A Kertas Matematik (PT3&SPM)
Tips Skor A Kertas Matematik (PT3&SPM)

1. Cekap guna kalkulator saintifik

+ Tips ni mungkin ada yang tak nampak kelebihan dia. Tapi percaya lah, kalau cekap dan mahir guna kalkulator saintifik, ianya akan mempercepatkan anda menjawab sesuatu soalan. Yela, kertas matematik PT3 dah ada 10soalan. 1 soalan ada anak-anak dia. Lepastu, satu soalan tu kena fikir lagi cara nak selesaikan. So, kalau tekan kalkulator pun masih perlahan-lahan, masih terpinga-pinga, masih unfamiliar.. ianya akan membazir masa anda. 



+ Jadi cara nak cekap dan mahir guna kalkulator saintifik adalah dengan banyakkan buat latihan yang menggunakan kalkulator. Bila kita selalu buat latihan, automatik jari kita akan selalu bermain dengan kalkulator dan lama-kelamaan akan terbiasa. Sehingga kita boleh tekan-tekan nombor atau simbol di kalkulator saintifik tu tanpa perlu pandang pun. Haa tu kalau dah expert la haha.


2. Mahir sifir

+ Skill matematik yang paling asas : sifir. Kalau tak kuasai sifir, memang agak susah. Kalau 5x2 pun nak guna kalkulator, hmmmm. Kalau 8x9 pun duk tekan tekan kalkulator, hmmmmm. Kalau 50 bahagi 5 pun nak guna kalkulator, hmmmm. Kalau 54 bahagi 9 pun masih bergantung pada kalkulator, hmmmm.

+ Sila mahirkan kemahiran sifir anda. Kalau perlu hafal, hafal. Sebab nanti nak jawab soalan yang mudah, tak perlu terhegeh-hegeh tekan kalkulator. Kerana ianya hanya akan mengambil masa anda untuk menjawab soalan yang mudah sehingga soalan yang susah terlepas. Hilang markah begitu sahaja hanya sebab tak mahir sifir.

3. Mahir basic pengiraan - addition, substraction, multiplication, division

+ Pengiraan asas: penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian & soalan yang melibatkan pengiraan asas sangat-sangat la perlu kuasainya. Benda ni sama je macam saya katakan di atas tadi. Bila anda meluangkan masa yang lama untuk membuat kemahiran asas, ianya akan jadi susah dan take time. Contohnya: 9x + 2 = 83, x=?. Jangan terkejut kalau soalan ni pun ada pelajar yang masih terkial-kial nak buat. Tak tahu bila operasi tambah di bahagian kiri dibawa ke bahagian kanan jadi operasi tolak. Bila operasi darab di bahagian kiri dibawa ke bahagian kanan menjadi operasi bahagi.

+ Jadi, sila banyak buat latihan. Jawab je soalan-soalan senang yang melibatkan bahagi atau darab atau yang berkaitan dengan pengiraan asas. Benda yang kita rasa susah tak semestinya susah. Ianya menjadi mudah jika kita praktis. Practice makes perfect.

4. Pandai analisis soalan

+ Analisis soalan adalah antara perkara penting yang perlu pelajar lakukan. Tak kisah la subjek apa pun sebenarnya. Apa yang dimaksudkan dengan analisis soalan? Baca seluruh soalan tu dulu sekali imbas > gariskan/kumpulkan/keluarkan info/maklumat penting yang diberi > kenalpasti soalan tu nak apa > tuliskan formula yang berkaitan > kenalpasti mana satu yang nak kena selesaikan/buat dahulu. Then, start. Kadang-kadang pelajar blur atau kabur dengan soalan yang banyak perkataan. Yang soalan dia panjang-panjang. So, caranya adalah menganalisis soalan dahulu sebelum menjawab. It is very helpful and useful.

+ Cara nak pandai analisis soalan adalah dengan banyak buat latihan. Hahaha. Memang ini jela kan nasihat saya dari tadi. Okay bukan apa, bila kita buat latihan soalan kemudian check jawapan skema, kita akan tahu kelemahan kita sendiri, tahu apa kesalahan yang kita buat dan tahu maklumat & formula mana yang kita tinggal.

5. Rancang masa yang diperuntukkan untuk satu soalan

+ Let me tell you that masa adalah sangat penting dalam menjawab sesuatu soalan. Contohnya, ada 10 soalan. Masa yang diberi adalah 2 jam. (2jam x 60 minit) bahagi 10 soalan = 1 soalan 12 minit. Satu soalan maksimum 12 minit. Tapi, mesti ada soalan susah dan juga soalan mudah. So, kurangkan masa untuk menjawab soalan yang mudah dan peruntukkan lebih masa kepada soalan susah. Soalan yang senang kacang goreng kuda mungkin boleh jawab dengan 3/4 minit je. So, dekat situ dah jimat masa. Itu sebabnya pelajar kena mahirkan perkara 1, 2 & 3 di atas untuk menjawab soalan mudah dalam masa yang singkat.


6. Sentiasa tengok jam/ masa

+ Okay kan kita dah rancang masa semua kan, tapiii jangan leka! Jangan syokkk je jawab soalan, lepastu syokkk je analisis soalan banyak-banyakk, syokkk je kira-kira.. tapi tak tengok masa berapa banyak lagi yang tinggal untuk menjawab. Nasihat saya.. sila bawa jam sendiri atau alert dengan jam di dewan. Supaya anda sentiasa boleh tahu anda terlambat atau awal menjawab kertas peperiksaan.

7. Soalan susah? Tinggalkan

+ Kalau dah banyak kali baca soalan tapi still tak faham, tinggalkan. Kalau dah kira-kira banyak kali tapi still tak dapat, tinggalkan. Kalau dah keluarkan semua isi penting tapi masih tak dapat nak kaitkan dengan apa yang soalan nak, tinggalkan. Kalau dah fikir termenung lama formula apa yang nak guna tapi tak datang-datang formula tu, tinggalkan. Tapi jangan tinggal terus soalan tu hahahaha. Tinggalkan kejap, lepastu nanti dah habis jawab semua soalan, pergi balik dekat soalan yang kita tak boleh nak jawab tu. 

+ Sebab kan, kekadang bila kita tak boleh nak jawab, kita jadi panik tau. Tetiba otak jadi cramp. Jadi macam tersepit sebab dah cuak. So, cara dia adalah tinggalkan dulu soalan tu. Nanti bila dah jawab semua soalan atau ada masa lagi, balik semula ke soalan tu dan figure it out. Selawat dan zikir-zikir la sikit minta supaya Allah terangkan hati, luaskan minda dan beri ilham kepada kita untuk selesaikan soalan tu ye hehe.

8. Jawab soalan berdasarkan markah diberi

+ Kebiasaannya, kalau soalan tu kita tengok markah dia sikit je, mesti simple je jawapan dia, mesti mudah je pengiraan dia. Contohnya soalan 1a) adalah 1 markah. So, kita mind set mesti cara selesaikan dia senang je. So, jangan fikir susah-susah, jangan fikir terlalu rumit, jangan fikir dalam sangat untuk selesaikan dia. Kalau satu soalan tu banyak markah macam 3 markah ke, haaa mesti pengiraan dia lebih panjang dan mungkin rumit.

9. Tulis je apa-apa pengiraan berkaitan walau sekecil-kecil atau sesenang-senang pengiraan

+ Yang ni kekadang pelajar suka tinggal (termasuk saya dulu-dulu). Kita kena faham bahawa kita tak tahu cara pengiraan skema macam mana. Kita tak tahu setiap markah yang diberi untuk pengiraan yang mana satu. 

+ Makanya, jangan tinggal apa-apa pengiraan walau sekecil biji sawi pun. Saya pernah try soalan percubaan PT3 Matematik, dan check skema jawapan.. ada satu soalan tu.. markah diberi dekat pengiraan : 50-10=40 & saya tak buat pun pengiraan tu sebab saya ingat tak perlu tunjuk pun. Tolak je kot hahaha. Tapi tu lah pengajarannya. Benda yang simple macam tu pun ada markah. So, jangan tinggal whatever pengiraan pun.

Cara Menjawab Soalan Fungsi Songsang
-- saya share step by step cara untuk jawab soalan fungsi songsang kertas peperiksaan Percubaan SPM (Kelantan) di dalam video ini:





10. Double check jawapan

+ Okay yang ni kalau ada masa lebih, sila lah double check jawapan anda. Eventhough masa tinggal 10 minit ke, check je mana yang sempat. Jangan malas ye haha. Saya pernah double check jawapan-jawapan saya, ada jawapan yang melibatkan pengiraan mudah je tapi salah. Nasib baik check.. kalau tak check? Sia-sia je markah hilang.

Last but not least, as a Muslim.. buat la solat hajat sebelum peperiksaan besar macam ni. Minta diberi petunjuk, ilham, ketenangan ketika menjawab soalan. Minta doa dan restu dari mak ayah guru-guru :)

Okay itu sahaja, semoga ada manfaat. Goodluck buat semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 & SPM! 

Oh, jika ada sesiapa nak saya jadi Tutor/Tenaga pengajar Matematik atau Matematik Tambahan (addmaths) di Sikamat, Seremban.. boleh hubungi (whatsapp/SMS/call) saya di 0172008642 atau email sayidahnapisah65@gmail.com.
Saya :

  • mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian Major Matematik, UPM dengan CGPA 3.625 
  • memperoleh kepujian dekan untuk 3 semester di UPM
  • mendapat Anugerah Akademik di Majlis Dinner Kolej 16,UPM (2015)
  • salah seorang pelajar terbaik PMR &SPM
  • pelajar terbaik Matematik Tingkatan 4 (2009)
  • pelajar terbaik Matematik Tambahan Tingkatan 5 (2010)
  • pelajar terbaik Matematik Moden Tingkatan 5 (2010)
Tips Skor A Kertas Matematik (PT3&SPM)
keep calm and hire me as a math/addmath tutor (Sikamat, seremban)

Okay adiosss! 

Post a Comment

4 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p