cara nak tahu masa kita berkat atau tidak - sayidahnapisahdotcom cara nak tahu masa kita berkat atau tidak
LightBlog

cara nak tahu masa kita berkat atau tidak

Satu petang tu saya dengar ceramah jap di radio Ikim.fm. Ada satu topik yang menarik minat saya dan saya ingat sampai sekarang, iaitu tentang keberkatan masa. Macam mana kita nak tahu masa kita berkat atau tidak? Apakah ukuran keberkatan masa itu?

cara nak tahu masa kita berkat atau tidak
cara nak tahu masa kita berkat atau tidak
credit image : pinterest.com
Dalam usrah petang tu, beliau beritahu kalau nak tahu masa kita berkat ke tak..

1. Apa yang kita plan untuk buat (to-do-list) hari itu.. berapa banyak je terlaksana pada hari itu?

Kalau jenis macam saya ni, saya kebiasaanya memang jenis yang dah target okay esok nak buat apa. Harini nak buat apa. Apa yang perlu diselesaikan. Mana yang boleh ditangguhkan. So biasa juga la buat to-do-list. So, kalau nak tahu masa kita ni berkat ke tak kan.. berapa banyak je kita boleh buat to-do-list kita. Berapa perkara je yang dah settle untuk haritu. Kalau banyak yang dah settle atau semua dah dilaksanakan, inshaaAllah maksudnya masa kita itu berkat. Kalau macam sikit atau plan tak mengikut kehendak kita, kena muhasabah diri. 

2. Banyak melakukan perkara kebaikan

Sedekah, solat sunat, membahagiakan ibubapa, mengaji Al-Quran, baca tafisr Quran, mendengar ceramah, menziarahi saudara, berbuat baik dengan jiran adalah antara amalan kebaikan yang sangat digalakkan untuk buat. So, kalau dalam sehari tu kita banyak melakukan kebaikan dan kebajikan, inshaaAllah tu tandanya masa kita berkat.

cara nak tahu masa kita berkat atau tidak
cara nak tahu masa kita berkat atau tidak
credit image : wheretoget.it
Yang saya sempat dengar dan ingat adalah dua ni je. Mungkin ada banyak lagi tanda keberkatan masa tapi dua ni antaranya lah. 

Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat keberkatan masa sentiasa Amin :)

Post a Comment

6 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p