cara paling mudah tampal lencana sekolah tanpa perlu jahit - sayidahnapisahdotcom cara paling mudah tampal lencana sekolah tanpa perlu jahit
LightBlog

cara paling mudah tampal lencana sekolah tanpa perlu jahit

Pejam celik pejam celik nak masuk awal Januari 2017 dah. Mesti ramai ibu bapa dah settle kan urusan barang peralatan sekolah seperti baju, beg, kasut, botol air, pensel box, bekal makanan dan buku-buku untuk kemasukan sekolah sesi baru nanti kan. Haa dah tampal lencana sekolah di baju atau tudung sekolah ke belum? Kalau nak tahu, ada cara paling mudah tampal lencana sekolah tau. Tanpa perlu jahit pun. Guna gam uhu saja! Jom kita belajar cara paling mudah tampal lencana sekolah di bawah.


cara paling mudah tampal lencana sekolah tanpa perlu jahit


cara paling mudah tampal lencana sekolah tanpa perlu jahit
cara paling mudah tampal lencana sekolah
credit image: ohsempapa.blogspot.com
Kalau dulu time saya sekolah, umi saya lah yang akan menjahit lencana sekolah saya di tudung sekolah. Al-maklumlah umi saya seorang tukang jahit. Sampai sekarang pun umi still menjahit baju kurung, langsir, baju sekolah dan tudung sekolah pun umi boleh jahit. Kalau nak tempah, boleh call 0122727987/0172008642 anytime kay? 
*sempat lagi promote bisnes jahit umi haha*

Okay, so jom kita tengok macam mana cara mudah tampal lencana sekolah yang orang duk perkatakan ni. Pada ibu bapa yang tak tahu cara nak jahit badge sekolah anak atau tiada mesin jahit ke, boleh la guna cara yang simple ni. Tak perlu lah lagi pergi hantar ke kedai jahit.

cara paling mudah tampal lencana sekolah tanpa perlu jahit
cara paling mudah tampal lencana sekolah tanpa perlu jahit
Alat-alat
1. kertas tebal/cardboard/manila kad, 
2. gam uhu, 
3. lencana sekolah, 
4. kain kecil/sapu tangan yang dibasahkan
5. Seterika

Cara-caranya:

1. Letak kertas keras di dalam poket baju sekolah (jika tudung, letak di bahagian dalam bawah lencana) - bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Sapu gam uhu pada bahagian belakang lencana/tag nama, kemudian lekatkannya di depan poket mengikut susunan/kedudukan yang betul.
3. Letak kain yang telah dibasahkan di atas lencana itu.
4. Kemudian, iron kan sahaja atas kain tersebut. Seterika kain basah tadi dan pastikan ia mengenai lencana. Tekapkan dan gosok sehingga lencana melekat. 
*Mungkin semasa seterika tu akan berasap-asap, dont worry jika itu yang berlaku. Itu sekadar tindak balas apabila menggosok kain basah.
5. Angkat kain dan alihkan kertas keras tersebut keluar.

Tadaaa siap! Yeay!

Okay by the way, honestly saya tak pernah buat cara di atas. Saya pun baru tahu step-step ni haha. Tapi ada ramai yang dah try buat dan memang menjadi. Kira dah banyak testimoni positif. Masuk mesin basuh pun tak tanggal. Tapi kalau tertanggal selepas beberapa bulan, boleh buat cara yang sama di atas. 

Saya recommend cara mudah ni. Boleh la share cara ni dengan kawan-kawan atau saudara yang mempunyai anak yang masih sekolah hehe. Moga bermanfaat.

Thats all~adios!

Post a Comment

7 Comments

  1. Pergh!! Mudah sangat nie..
    Membantu ibu ini yang payah menjahit.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Nahhh tips berguna dari kakak Sayidah. Heheheh :D

    ReplyDelete
  3. Terkini..bhgian poket perlu dikosongkan..lencana ats poket..nama murid bawah lencana

    ReplyDelete
  4. Baru tahu ni tapi macam tak confident pulak nak buat

    ReplyDelete
  5. terima kasih.dah buat..memang jimat masa

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p