Mantai Perdana Negeri Sembilan 2017 - sayidahnapisahdotcom Mantai Perdana Negeri Sembilan 2017
LightBlog

Mantai Perdana Negeri Sembilan 2017

Sebenarnya kan, first time tau saya tahu dan dengar berkaitan dengan Mantai Perdana Negeri Sembilan ni haha. Saya dapat tahu pun tadi sebab terrrrrjumpa post status group Facebook Negeri Sembilan Maju. Kalau tak, taktahu la den sampai ke sudah walaupun den tinggal hampir 4 tahun kat Seremban ni hahaha. Okay, untuk pengetahuan korang.. program Mantai Perdana Negeri Sembilan ni dah masuk tahun ke sembilan penganjurannya dan diadakan dengan matlamat untuk mengurangkan kos dan membantu golongan berpendapatan rendah membuat persiapan raya. 

Okay tuitttt! Cop copp! Mungkin ada yang tak tahu apakebendaaa laa maksud/meaning 'mantai' ni kan kan? Saya pun tak tahu pada mulanya haha. So tadi saya tanya la umi abi "apa maksud mantai tu? momantai (bahasa Cina) tahu lah hehe". Umi kata mantai ni maksudnya sembelih. menyembelih daging lembu/kerbau/lain-lain. 

Nak lagi spesifik lagi, saya ambil makna dan juga penjelasan dari DUA blog ini yang bagi saya sangat best, tepat dan jelas.

1. gummimummy.blogspot.my

Ramai yang tertanya-tanya apa maksud tajuk mantai di atas? Mantai sebenarnya adalah bahasa dialek Negeri Sembilan. Biasanya perkataan ini digunakan apabila menerangkan tentang hari@malam persediaan daging sembelihan untuk merendang sehari sebelum Ramadhan ataupun Hari Raya. Menjadi tradisi bagi keluarga kami, hari mantai kebiasaannya jatuh dua malam sebelum menjelang Ramadhan dan dua malam sebelum menjelang Hari Raya.

2. ujangchengkau.blogspot.my

“Mantai, Mogang”. Mantai dan Mogang ialah dua ungkapan orang Negeri Sembilan yang berbeza maksud tetapi nuansa perbezaannya sangat kecil.

Mantai dalam maksud asal bererti kerja-kerja menyembelih kerbau secara gotong royong dan daging ( termasuk juga lain-lain komponen seperti hati, limpa dan paru) sembelihan dibahagi sama rata di kalangan penduduk. Pembahagian daging dibuat secara longgokan berdasarkan jumlah peserta mantai ( semua penduduk kampung ) tanpa menggunakan alat penimbang tetapi berdasarkan anggaran oleh seorang yang mahir. Kos membeli lembu ditanggung secara bersama oleh peserta mantai.

Mogang bermakna satu hari sebelum 1 (satu) Ramadhan. Uniknya, di samping membuat lemang ketika menyambut 1 (satu) Syawal, penduduk Negeri Sembilan juga membuat lemang ketika hendak memulakan ibadah puasa, yakni pada hari ‘Mogang’. Pada hari ‘moganglah’ diadakan kerja-kerja ‘mantai’ (menyembelih kerbau) sebelum Ramadhan. Realitinya, kini ungkapan ‘Mogang’ jarang digunakan dan ramai generasi Negeri Sembilan hari in tidak mengetahui ‘apo bondonyo Mogang’(apa maknanya ‘Mogang’) itu.

Pada masa dahulu anak-anak Negeri Sembilan yang merantau akan berusaha balik kampung pada hari ‘Mogang’ dan hari ‘Mantai’.

Bagaimanapun, pada umumnya dan setahu saya, ‘Mantai’ mengikut amalan asalnya tidak lagi diamalkan di Negeri Sembilan. Penduduk Negeri Sembilan hari ini ‘Mantai’ di pasar atau pondok-pondok menjual daging bermusim sahaja.



OKAY DAH! haha. jom kembali pada topik dan fokus sebenar..




Mantai Perdana Negeri Sembilan 2017


Harga Daging, Ayam, Tulang, Organ Dalaman di Mantai Perdana Negeri Sembilan 2017


Mantai Perdana Negeri Sembilan 2017
Mantai Perdana Negeri Sembilan 2017
Program Mantai Perdana Aidilfitri 2017 N.Sembilan

Harga daging lembu di program Mantai Perdana Aidilfitri negeri ini akan dijual dengan harga RM28 sekilogram, lebih murah berbanding harga pasaran semasa iaitu RM35 sehingga RM38 sekilogram.

Tahun ini sebanyak 20 kaunter jualan akan dibuka, sebagai langkah untuk mengelak kesesakkan di kawasan jualan di Mantai Perdana berhampiran Masjid At-Taqwa Paroi.

Mantai perdana ini akan bermula pada 22 Jun sehingga 24 Jun, sehingga habis stok.

#NegeriSembilanMaju

Mantai Perdana Negeri Sembilan 2017
Mantai Perdana Negeri Sembilan 2017




Tahun lepas, Mantai Perdana diadakan pada 3 Julai 2016 di lokasi yang sama iaitu Masjid At-Taqwa, Paroi. Di bawah ni adalah keadaan di tempat kejadian. Sangat sesak ramai penuh dengan orang yang berpusu pusu datang untuk membeli daging yang lebih murah berbanding harga di pasaran.

[credit image: Syed Faizil Al-Yahya]
Mantai Perdana Negeri Sembilan 2017
Mantai Perdana Negeri Sembilan

lokasi mantai perdana
lokasi Mantai Perdana Negeri Sembilan: berdekatan Masjid At-Taqwa, Paroi

keadaan suasana mantai perdana negeri sembilan
suasana di Mantai Perdana Negeri Sembilan
Haaa mana yang nak pergi tu, goodluck ye. Jangan ganaih sangat, jangan tolak kasar sangat. Kesian kat orang yang lebih tua dan budak-budak. Bertolak ansur ye hehe.

Okayy daaa~ wassalam :)

Post a Comment

2 Comments

  1. Terbaekk nogori.hihi..bleh negeri lain ambik cnth

    ReplyDelete
  2. Samalah saya juga Sayidah, bila berhijrah ke Nismilan sejak 6 tahun lepas baru tahu istilah nogori ni termasuklah perkataan mantai tu.. 😊

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p