pelajar kos Matematik/ Statistik tak digalakkan praktikal (LI) di Bank Rakyat. why? - sayidahnapisahdotcom pelajar kos Matematik/ Statistik tak digalakkan praktikal (LI) di Bank Rakyat. why?
LightBlog

pelajar kos Matematik/ Statistik tak digalakkan praktikal (LI) di Bank Rakyat. why?

Saya study degree di UPM (Universiti Putra Malaysia) sesi 2013/2014, course Major Matematik. Saya menjalani praktikal (Latihan Industri, LI) di Bank Rakyat Seremban pada cuti sem ke-6 (tahun 2015) selama lebih kurang 3 bulan. Mula-mula saya ingat nak apply di Pusat Zakat, tapi bilangan intern yang telah diambil dah penuh kuota. Thats why saya pilih Bank Rakyat untuk saya buat praktikal. Saya ingatkan kalau pelajar kos Matematik ni sesuai untuk ber-Latihan Industri di Bank sebab yelah bank kan. Ada kaitan dengan nombor, kira-kira, ada kaitan dengan wang, formula. Tapi sebenarnya....


kenapa pelajar kos Matematik/ Statistik tak digalakkan praktikal (LI) di Bank Rakyat?


pelajar kos Matematik/ Statistik tak digalakkan praktikal (LI) di Bank Rakyat. why?
Contoh Buku Log Latihan Industri
Yeap. Setelah saya rasa sendiri macam mana praktikal di Bank Rakyat (BR), baru saya faham dan buat conclusion "ohhh budak matematik or statistik tak sesuai praktikal kat sini". Why I said so?

Sebenarnya saya dah pernah cerita kat entri sebelum-sebelum ni. Kenapa dan mengapa pelajar bidang matematik atau statistik tak sesuai ber-LI di bank. Tapi takpe, let me explain once again sebab ada junior yang tanya saya sebelum ni okay tak kalau dia nak praktikal di bank and ask me what kind of mini project I conducted during practical at BR.

So, lemme give the reasons why...

1. kerja yang diberi tiada kaitan dengan nombor
2. tiada formula atau teori matematik yang berkaitan dengan apa yang telah dipelajari

Untuk no.1 dan 2, korang baca jelah entri Pengalaman Praktikal Saya di Bank Rakyat Seremban. Lepas baca my experiences, baru korang faham what I mean. Baru korang tahu apa kerja yang saya buat sepanjang praktikal 3 bulan di sana.

3. tak boleh masuk campur kerja yang menggunakan wang

Memandangkan saya hanya student practical. So, kerja yang berkaitan dengan wang, duit kertas, duit syiling tak boleh masuk campur. Nak tengok pun kadang-kadang sulit. Its private and confidential. Contohnya, kat kaunter bank kan. Saya hanya boleh tolong tengok mereka berkerja dan melayan orang datang, tolong print, tolong fotostat IC, tolong scan (saving), tolong scan dokumen operasi, tolong buat FD, filing. That's all. Kalau nak kira-kira tu, mereka terus masuk angka-angka ke dalam komputer. sistem yang tolong kirakan. So, there are no task related with money at all. 

4. tiada idea untuk buat mini projek Latihan Industri
5. presentation yang tiada kaitan dengan matematik

Untuk no4 & 5.. Saya tak nafikan, best memang best praktikal kat BR sebab ada duit elaun RM500 setiap bulan. Persekitaran dan pekerja di tempat praktikal pun best, aman, nyaman, selesa. Tapi when it comes to presentation LI and mini project.. monggg~ Blur. Tak tahu nak buat apa. 

Bila nak present apa ilmu dan juga apa yang kita dapat selama praktikal kepada Supervisor (SV) LI .. tak tahu nak cerita apa. Bukan tak tak tahu. Tapi malu dan segan. Sebab tak ada apa yang berkaitan dengan matematik pun nak cerita. Kalau formula matematik tak ada tak apa la juga, ni nombor pun tak nampak. Tak tahu nak celah kat mana. Kalau ada nombor pun, setakat nombor jelah. Tak ada kaitan langsung dan tiada relation langsung pun dengan topik Matematik di Universiti.

Bila nak buat mini projek untuk dibentangkan kepada SV.. serius blur. Serius tak tahu nak buat apa. Saya siap tanya dua coursemate saya yang juga praktikal di BR. Mereka pun blur. Sebab tak ada apa pun teori atau formula Matematik universiti yang hendak diaplikasikan. Akhirnya kami sepakat buat mini projek berkaitan dengan analisis. Analisis apa saya tak ingat haha tapi tak ada lah formula atau teori Maths yang gempak pun digunakan. Paling hebat pun tambah tolak bahagi darab. Differentiate, integrate, number theory takdak. 

Tu sebab saya dapat B+ je untuk Latihan Industri wakakaka. Tu pun bersyukur sangat.

pelajar kos Matematik/ Statistik tak digalakkan praktikal (LI) di Bank Rakyat. why?

So.. sebelum terlambat dan sebelum ramai lagi yang jadi 'mangsa', saya bagi nasihat lah. Untuk student kos Matematik or Statistik.. tak payah lah praktikal di BR. Saya tak tahu lah bank lain macam mana. Tapi kalau di bank rakyat, macam yang saya ceritakan tadi.

Pelajar kos lain contohnya macam Business, Administration (admin), Finance (Kewangan), Account (Akaun), Banking & Finance, Keusahawanan (peruncitan) haaa boleh lah praktikal kat bank. Sebab ada kaitan dengan kerja praktikal diberikan dengan kos mereka. Kalau rasa nak mohon LI di Bank Rakyat, saya ada cerita cara-caranya di SINI.

Post a Comment

8 Comments

  1. Assalamualaikum sis sayidah

    Kalau ikut kan memang kurang manfaat. Tapi kita kutip setiap peluang yang ada

    sebab sekarang ni berapa ramai yang kerja ikut kursus yang di ambil di universiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak. Bukan kurang manfaat ke apa. Ni sebab ianya menjejaskan markah laporan LI & mini projek. Gred tak dapat A. Presentation pun takde kaitan dengan matematik & statistik, which is not good di mata pensyarah :)

      Delete
  2. Salam. Nak tnya pendapat. Kat mana tempat yg okay utk li student statistik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Jabatan Perangkaan, pusat zakat or company lain yang ada kaitan dengan statistik :)

      Delete
  3. Assalamualaikum. Nak tanya kat mana tempat LI yang sesuai untuk Student mathematics?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Maybe boleh kat Jabatan Perangkaan, pusat zakat or other financial company.

      Delete
  4. salam kak.rasenye ade lagi tak contoh mini projek yang akak buat pasal analisis tu?sbb saya rasa saya pun buntu nak buat apa untuk mini projek saya.

    ReplyDelete
  5. Hi, Saya nak tanya.. Untuk mini projek tu awak buat analisis pasal apa? Sebab saya pun masih blur fikirkan mini projek ni.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p