http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban

By 11:35:00 AM ,

Harini, saya nak share pengalaman saya ketika praktikal di bank rakyat. Lebih tepat "pengalaman praktikal di bank rakyat SEREMBAN". Sebabnya saya tinggal di Seremban, so saya pilih la tempat praktikal yang berhampiran dengan rumah saya hehe. Okay memandangkan agak ramai yang tanya saya berkaitan dengan kerja-kerja atau tugas-tugas atau hal yang berkaitan dengan praktikal saya di bank rakyat. So, saya akan share segala pengalaman praktikal di Bank Rakyat Seremban selama 2 bulan (29 Jun 2015 - 27 Ogos 2015).

Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban

Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Ramai yang tanya "macam mana flow praktikal di Bank Rakyat?", "apa tugas-tugas saya sebagai pelajar praktikal di bank rakyat?" dan sewaktu dengannya. Okay, saya akan beritahu apa yang saya buat sepanjang saya menjalani latihan industri di bank rakyat Seremban.

Minggu pertama dan kedua, saya ditempatkan ke bahagian dokumentasi. Bahagian dokumentasi adalah bahagian yang pertama saya ditugaskan untuk buat kerja praktikal. Di bahagian ini, saya banyak buat kerja yang berkaitan dengan dokumen. Print, scan dokumen, stamping & scan BIRO. Susun-susun dokumen. Belajar cara buat surat sikit-sikit. Sorting file. Fotostat dokumen dan surat berkaitan. Fax surat.

Minggu ketiga, keempat dan kelima pula saya dihantar ke bahagian kredit. Okay bahagian kredit ni best sikit sebab boleh tengok staff bank rakyat handle customer macam mana. Saya lihat bagaimana pekerja bank rakyat melayan, entertain pelanggan di kaunter atas-tingkat 2 (kaunter berkaitan hal insurans/loan). Saya tengok cara mereka terangkan maklumat insurans kepada customer yang mahu ambil insurans di situ. Saya juga bantu mereka apa yang patut. Di samping tu, saya berkenalan juga la dengan loan pinjaman (insurans). Macam-macam jenis loan ada. Loan aslah (personal), aitab (kereta) & mikro (peniaga kecil). Saya belajar beberapa pengiraan seperti macam mana nak kira jumlah bersih customer. Lepastu, saya belajar cara buat creation (CIF: Customer Information File). Tapi sekejap je la belajar CIF tu sebab saya kan budak praktikal. So, boss kata benda tu macam sulit hehe. 

Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
kaunter tingkat 2
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
kaunter khidmate pelanggan
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
waktu petang
Then, minggu yang seterusnya, saya ditugaskan pula ke bahagian operasi. Bahagian operasi di tingkat bawah. Saya bantu sikit-sikit staff di bahagian ni : bahagian urusan loan emas (Ar-Rahnu) & kaunter bawah. Di bahagian kaunter bawah tu best la jugak, sebab dapat tengok staff bank rakyat layan customer -  ada customer yang nak buat akaun, ada yang nak masukkan duit, ada yang nak buat kad bank). Tak ada yang menarik pun sebenarnya. Saya just buat kerja scan (saving), FD, filing, scan dokumen operasi, buat carta organisasi, fotostat. Macam tu jelah.

Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
kaunter bahagian bawah
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
kaunter pertanyaan tingkat bawah
Minggu last-last tu, saya pergi ke bahagian susulan. Bahagian ni saya akui.. saya sangat bosan di sini hahaha. Sebab segala kerja susulan saya tak boleh nak buat sebab hmm nama pun susulan kan. Kerja staff di bahagian susulan ni adalah kena update dengan pelanggan tentang hutang/bayaran pinjaman terkini, kena call tanya semua,kena call untuk inform, kena kemaskini maklumat dalam sistem. So, saya memang tak boleh nak bantu. Saya ada bantu sikit-sikit je mana yang boleh.

Apa yang paling best?
+ ada beberapa kali teman staff situ buat site visit, turun padang jumpa clients. best sebab boleh keluar hahaha. takde lah rasa boring sangat tak buat kerja.
+ dapat elaun RM500 sebulan LI di bank rakyat sini kekeke. 
+ pekerja-pekerja dan environment kerja kat bank rakyat seremban ni serius best. sporting. walaupun di awal-awal perkenalan macam krik-krik sikit, tapi bila lama-lama bergaul perghhh best!

Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
berselfie dengan staff bank rakyat hehe
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
sekali dengan Assistant Manager (paling atas kiri) saya selfie hehe
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Jamuan Raya di bank rakyat seremban 2015, tema kuning.
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
last day praktikal sobsob
Apa yang paling tak best?
+ tak boleh nak tolong atau buat kerja yang berkaitan dengan duit/ sistem kewangan / sistem bank. because it is very private and confidential. lagi-lagi sebab saya budak praktikal kejap je, 2 bulan je. thats why la kot.
+ buat kerja yang tiada kaitan langsung dengan  bidang saya. Oh.. for your information, my course is Bachelor Degree (Hons.) of Major Mathematics in UPM, Serdang. 
Maths ni kan sepatutnya banyak la kira-kira atau analisis ke kan. Tapi bagi pendapat saya.. course akaun / financial / ekonomi / admin lagi sesuai untuk praktikal di bank compared to bidang matematik. 

So, nasihat saya pada pelajar course Maths yang nak LI di bank, fikir-fikir la balik ye. Walaupun memang tak susah kerja dia dan best dapat elaun RM500/month tapi azabnya adalah bila korang nak buat Laporan Latihan Industri (report LI). Dan juga lagi azab bila korang kena buat satu mini projek yang berkaitan dengan course korang sepanjang praktikal di bank dan kemudiannya kena present pada supervisor (SV) korang. Cuba bayangkan.. kerja praktikal yang korang buat takde kaitan dengan course korang and then kena buat report LI & mini projek yang berkaitan dengan ilmu maths yang korang dapat dari praktikal di bank. Kan susah kat situ?

Maybe thats why la saya dapat Latihan Industri B+ je hahaha. Tak dapat A pun. 

CONTOH LAPORAN LI

Okay ramai juga yang minta contoh laporan Latihan Industri (LI) dengan saya. Okay camni, jika nak contoh full & original laporan LI saya..saya memang tiada. Saya minta maaf sebab saya dah serahkan pada SV saya dan saya pun tiada simpan softcopy report saya. Tapi.. saya ada contoh softcopy laporan LI yang pihak Universiti berikan pada saya untuk buat sedikit rujukan. TAPI! TAPI takdela full, hanya sedikit sahaja info yang diberikan. Hanya ada muka depan (versi BM&BI), isi kandungan (contents), declaration, acknowledgement, abstract & introduction. Itu sahaja yang ada. So.. jika anda nak softcopy tersebut, boleh drop email di bahagian komen. Nanti saya email inshaaAllah.


BUKU LOG LI

Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
buku log latihan industri
Nasihat saya pada pelajar praktikal.. jangan tangguh-tangguh buat buku log! Kalau boleh, the end of the day or work, terus catat dalam buku log ni. Bukan apa, kalau bertangguh, lama-lama boleh lupa kerja apa yang kita buat pada hari-hari praktikal.


BORANG PERMOHONAN LI

Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
borang permohonan latihan industri
Ini ada juga yang minta pada saya. Saya rasa borang permohonan LI ni pihak universiti masing-masing akan sediakan. Sebab saya ada contohnya tapi itu adalah pihak Universiti (UPM) punya. Maksudnya, ada letter head UPM. Tapi, kalau ada sesiapa yang nak jugak  contoh borang permohonan LI untuk rujukan, boleh drop email anda di bahagian komen entri ni.

CONTOH RESUME/CURRICULUM VITAE (CV)


Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
contoh resume (1)
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
contoh resume (2)
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
contoh resume (3)
Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
contoh resume (4)
CONTOH COVER LETTER

Pengalaman Praktikal Di Bank Rakyat Seremban
cover letter
Jika nak tahu contoh cover letter, boleh drop email di bahagian komen entri ni. InshaaAllah nanti saya email :)

CARA MEMOHON LI DI BANK RAKYAT

Macam mana cara nak apply latihan industri di bank rakyat? Apakah prosedur nya? Apakah syarat-syarat dan kelayakan pemohon bagi latihan industri di Bank Rkakyat? Boleh baca di SINI untuk maklumat lanjut.

Dari FB Bank Rakyat:

Untuk makluman, anda boleh memohon Latihan Industri di Bank Rakyat dan untuk permohonan, sila hantar ke alamat seperti di bawah atau cawangan Bank Rakyat berdekatan:

Jabatan Pengurusan Bakat, Pelan Penggantian & Pembangunan Kerjaya
Tingkat 22, Menara 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No 33 Jalan Bank Rakyat,
50470 Kuala Lumpur

No telefon untuk urusan Latihan Industri Bank Rakyat032612900

Phewww~ so, jika sesiapa ada kemusykilan atau pertanyaan, boleh drop komen di entri ni atau email saya sayidahnapisah65@gmail.com. Okay sekian.. adios!

You Might Also Like

4 comments

  1. Bestkan zaman praktikal ni, teringat dulu2 masa praktikal dkt hukm, best sgt bila teori yang belajar dlm kelas dipraktiskan dpn mata. baru betul2 faham...itu pun alhamdulillah sbb diploma tu berkaitan dgn tempat praktikal.

    ReplyDelete
  2. Boleh sent kat email format buku log LI? wsyafiq25@gmail.com

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.