pada suatu malam, mak kepada student tutor saya whatsapp.. berdebar rasa - sayidahnapisahdotcom pada suatu malam, mak kepada student tutor saya whatsapp.. berdebar rasa
LightBlog

pada suatu malam, mak kepada student tutor saya whatsapp.. berdebar rasa

Okayyyy sayidah napisah. Tajuk entri tu memang dah tak boleh nak seram dan saspens lagi ke? Siap ada suatu malam lagi hahahhaa. Tapi ni kisah benar tau. Bukan kisah rekaan atau fiksyen. This is the real story dan baru je berlaku malam tadi.

Tapi sebelum tuu.. meh saya cerita dulu siapakah student tutor saya tu..Dia adalah seorang student Tingkatan 4; a girl; namanya Sofea. Saya ajar dia subjek Matematik Modern. Dia kata dia lemah dalam maths dan minta saya ajar. Memandangkan final exam nak dekat, saya ajar mana yang saya rasa dia boleh catch up. Sebab kalau nak fikir mana satu topik yang penting, rasanya semua penting dan semua masuk haha. Memandangkan dia lemah matematik, so saya memang memerlukan kesabaran yang tinggi la bila explain kat dia semua haahha. Tapi yang penting, dia bersemangat nak belajar. Thats what I like.

Saya sempat ajar Sofea sekali je. Satu kelas; 2 jam je. Lepas tu dah takde. mungkin family dia atau dia ada hal tak boleh nak pergi kelas until peperiksaan akhir. Saya pun okay je lah. Takkan nak paksa paksa kan heee.


pada suatu malam, mak kepada Sofea whatsapp saya.. berdebar rasa


Okay ni bukan kisah hantu mahupun tahyul ye sampai saya rasa nak berdebar hahaha. Tapi, disebabkan permulaan perbualan tersebut lah saya rasa dup dap dup dap.

"Assalam. 

Busy ke"

Perghhh pertanyaan apakah itu? hahaha. Serius .. sejurus selepas saya baca tu, saya rasa berdebar la juga. Saya fikir "apa laa salah saya" sampai mak Sofea tiba-tiba tanya macam tu.

Bukannya tak biasa mak kepada student-student saya whatsapp saya.. cuma kali ni persoalan tu macam tak mesra alam kan hahahaha. Macam nak cari gaduh pun ada juga. Tapi saya balas jelah.

So ni perbualan antara saya dengan mak Sofea (kak hayati):



"Assalam.
-- Busy ke"

"Wassalam.
Kenapa kak
Hehe"


"Nak bagi tahu dan nak share.
-- Exam akhir tahun, math sofea lulus.. alhamdulillah ada peningkatan walaupun dapat D..
-- Syukur terima kasih ya sayidah..
-- Walaupun baru sekali belajar dengan sayidah.."


"Wahh iyeke alhamdulillah. 
Tahniah sofea. 
Yang penting tak gagal hehe."


"Tu lah.. bersyukur. dia pun ada meluahkan perasaan.. yang dia faham dan selesa dengan sayidah ajar.. jika diletakkan bintang untuk sayidah.. sofea kata tahap kefahaman dia, apabila sayidah mengajar adalah 4/5 bintang ;)"

pada suatu malam, mak kepada student tutor saya whatsapp.. berdebar rasa
pada suatu malam, mak kepada student tutor saya whatsapp..
pada suatu malam, mak kepada student tutor saya whatsapp.. berdebar rasa
pada suatu malam, mak kepada student tutor saya whatsapp..
Alhamdulillah syukur!

Bukan niat saya untuk berlagak yee, tetapi untuk berkongsi kegembiraan hehe. Nanti bulan 12, lepas cuti sekolah, Sofea akan kembali kelas tusyen dengan saya untuk Maths Modern & Matematik Tambahan Form 5 :)

Saya pun sebenarnya tengah tunggu result UPSR salah sorang student saya (Daniel) yang saya dan dia target A untuk subjek matematik. Sebab sepanjang dia kelas tuition dengan saya, banyak improvement dia. Trial UPSR pun dia dapat B. So moga the real UPSR dia dapat A aminnn hehhee.

Okay itu je nak share kkekeke. 

Daaa~ wassalam :)

pada suatu malam, mak kepada student tutor saya whatsapp.. berdebar rasa
hire me as math/ addmath Tutor (Seremban) -- sekolah rendah, menengah, matrik, kolej, universiti degree

Post a Comment

3 Comments

  1. Bagusnya sayidah... sentiasa terus berbakti dalam dunia pendidikan... would recommend your service to others.

    ReplyDelete
  2. Mmg rasa happy sgt kan kalau apa yg kita ajar memberi manfaat pd org lain.. Rasa puas hati sesgt..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth dan selamat pagi sis sayidah

    dah jadi tutor ya

    saya pun pernah jadi

    Alhamdulillah banyak sisi buruk kita boleh belajar dari rumah orang lain

    yang baik pun banyak

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p