KOLEKSI 20 RESEPI NASI GORENG MUDAH DAN SEDAP - sayidahnapisahdotcom KOLEKSI 20 RESEPI NASI GORENG MUDAH DAN SEDAP
LightBlog

KOLEKSI 20 RESEPI NASI GORENG MUDAH DAN SEDAP

Siapa yang tak suka nasi goreng kan? Semuaaaa suka. Muda ke tua ke. Kat rumah saya ni pun, kalau tengahari biasa nasi putih, then kalau rasa petang nak nasi goreng, masak je lebihan nasi yang ada. Ringkas, mudah dan sedap. Kekadang main campak campak je bahan tapi sedap je kan hahhaa. Ni saya nak share 20 resepi nasi goreng yang biasa kita dengar atau biasa makan di restoran-restoran. Mungkin ada yang suka mencuba benda baru, boleh la ushar resepi nasi goreng yang tak pernah buat lagi; contohnya nasi goreng kerabu atau nasi goreng hawaii ke. hehehe


KOLEKSI 20 RESEPI NASI GORENG MUDAH DAN SEDAP


RESEPI NASI GORENG HAILAM

nasi goreng hailam
Resepi Nasi Goreng Hailam
Bahan-bahan

Nasi Goreng:

Nasi putih
2 ulas bawang putih (dicincang)
Kicap secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Kuah Hailam:

1/2 kiub ayam
5-6 ekor udang
2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
2 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)

Cara-cara untuk memasaknya

NASI GORENG:
1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan nasi dan goreng rata.
2. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.
3. Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.

KUAH HAILAM:

1. Masukkan air ke dalam kuali. Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.
2. Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.
3. Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.
4. Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.
5. Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.
6. Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.

Artikel asal: http://bit.ly/2rWyfxq

RESEPI NASI GORENG CILI KERING

nasi goreng cili kering
resepi nasi goreng cili kering
Bahan-Bahan

1. Nasi sukatan 1 cup setengah dah siap masak
2. Bawang besar | ditumbuk
3. Bawang putih 3 ulas | ditumbuk
4. Belacan sikit
5. Ikan bilis tumbuk
6. Cili kering 5, 6 helai rebus | ditumbuk
7. Telur 2 biji. Tak nak letak pun tak apa.
8. Garam secubit

Cara-Cara Memasak

1. Dah tumbuk semua bahan² tadi, panaskan kuali, letak minyak.
2. Dah panas minyak, tumis bahan² tumbuk tadi sampai garing dan naik bau.
3. Pecahkan telur, selepas itu masukkan nasi.
4. Siap dan boleh dimakan.

Kredit : Mastura Ahmad

RESEPI NASI GORENG AYAM GORENG KUNYIT

nasi goreng ayam kunyit
resepi nasi goreng ayam goreng kunyit | credit image: ayiewiyah.blogspot.my
Bahan-bahan nasi goreng

1 mangkuk nasi putih
6 tangkai cili kering - dikisar
1 biji bawang merah - dikisar
1/2 inci belacan - dikisar
2 sudu kicap
5 biji cili api - diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan ayam goreng kunyit

200g isi ayam - dipotong dadu
2 batang kacang panjang
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili besar - dihiris
2 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuat nasi goreng

1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan nasi putih dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan cili padi. Kacau.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Angkat.

Cara-cara memasak ayam goreng kunyit

1. Gaul isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng isi ayam hingga sedikit garing.
3.Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili besar. Gaul dan masak hingga kacang panjang lembut.
4. Angkat dan hidangkan dengan nasi goreng tadi.

Sumber: #ResepiUmmi

RESEPI NASI GORENG CINA

resepi nasi goreng cina
resepi nasi goreng cina | credit image: tiffinbiru.com
Bahan bahan

1 mangkuk nasi putih
1 - 2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan
3 - 4 ulas bawang putih - tumbuk
4 ulas bawang merah - hiris
Isi ayam - potong kecil
Udang secukupnya
1 sudu besar lada sulah - tumbuk
2 biji telur

Bahan Sayuran

Lobak - potong dadu
Cili padi - hiris
Sayur kubis - hiris panjang
Daun bawang - hiris halus

Cara cara

1. Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.
2. Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.
3. Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.
4. Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi.
5. Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Artikel asal di sini: http://bit.ly/20kOtZu

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG

resepi nasi goreng kampung
Resepi Nasi Goreng Kampung
Bahan-bahan

4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1/2 cekak kangkung, siang dan cuci bersih, toskan
5 tangkai kacang panjang, potong kecil
1 keping dada ayam. hiris kecil, cuci dan toskan
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar, hiris

Bahan Tumbuk Halus

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah Thai
1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
Secubit belacan

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna. 
2. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali. 
3. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
4. Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi.
5. Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu sedikit. 
6. Rasa dan jika ok boleh sajikan bersama telur mata kerbau atau ulam petai.

Resepi asal di sini: http://bit.ly/1TOi2hw

RESEPI NASI GORENG BELACAN

resepi nasi goreng belacan
resepi nasi goreng belacan
Bahan-bahan

2 mangkuk nasi sejuk ~ diperoikan
1 biji telur
1 sudu besar kicap cair
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

1 labu bawang besar ~ ita guna bawang kecik dalam 5 ulas
5 biji cili padi
5 tangkai cili merah
2 sudu besar udang kering ~ di rendam dahulu bagi lembut
3 cm belacan

Bahan dah pun tersedia.. apalagi yok kita mula memasak

Kicap cair tu dah masin tau! jadi hati-hati di dalam penggunaan garam.
Ita tak letak garam, ita letak maggi cukup rasa sikit dan masukkan juga sikit gula.

Resepi Oleh: Fiza's Cooking
Resepi asal di sini: http://bit.ly/242fCkS

RESEPI NASI GORENG PATTAYA

resepi nasi goreng pattaya
resepi nasi goreng pattaya | credit image: resepibonda.com
Bahan-Bahan

Sepinggan nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih di-blend
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sayur campur
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara Membuat

1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
5.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses Membungkus Nasi dengan Telur

1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

Artikel asal di sini: http://bit.ly/1NEjEO8

RESEPI NASI GORENG PAPRIK

resepi nasi goreng paprik
resepi nasi goreng paprik | credit image: rawangpost.com
Bahan Nasi Goreng (3 orang makan)

3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 senduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut selera)
sayur kubis (ikut selera)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa

Bahan Paprik Campur

Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)

Cara Memasak

Nasi Goreng:

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering sikit.
2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.
4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.

Paprik campur:

1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hidangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.

Artikel asal di sini: http://bit.ly/258LB5h

RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN

resepi nasi goreng ikan masin
resepi nasi goreng ikan masin
Bahan-Bahan

4 – 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
Sebesar 2 ibu jari orang dewasa - isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
1 camca besar sos tiram
2 sudu makan cili kisar
2 biji telur, dipukul sedikit
2 pokok sawi bok choy, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Sedikit isi ikan masin tenggiri jeruk yang telah digoreng, hiris kecil, untuk hiasan

Cara Memasak

1. Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
2. Tambah sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap. Guna api sederhana dan kacau selalu.
3. Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur kental dan kacau hingga hancur.
4. Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau hingga rata. Tambah daun sawi, kacau lagi dan masak sekejap. Hidangkan.

Artikel asal: http://bit.ly/1NEjKW6

RESEPI NASI GORENG BIASA
resepi nasi goreng biasa
resepi nasi goreng biasa | credit image: tugaserauas.blogspot.my
Bahan-Bahannya

1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
Sedikit kobis - dibersihkan dan dipotong nipis
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan tumbuk

2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan ikan bilis

Cara-caranya

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.
5. Masukkan kicap. Gaul rata.
6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yang tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble.
7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.
8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
9. Tutup api dan hidangkan.

Artikel asal: http://bit.ly/1NEjWVf

RESEPI NASI GORENG THAI

resepi nasi goreng thai
resepi nasi goreng thai | credit image: selerasa.com
Bahan-bahan

* 2 mangkuk nasi (4 cawan nasi sejuk)
* 2 biji telur
* 1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
* 2 sudu kecil pes tomyam/ 1 kiub pati tomyam
* 1/4 cawan sayur campur/ lobak & kacang dihiris halus
* 2 sudu besar cili kisar
* 8 tangkai cili padi - tumbuk
* 2 helai daun limau purut - hiris halus
* 2 sudu besar kicap manis
* 1 batang serai - dihiris halus
* 1 sudu kecil lengkuas yang dicincang
* 10 ekor udang basah (terpulang nak letak berapa)
* Hirisan isi ayam
* Minyak masak

Cara Memasak

1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur hingga masak.
2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tomyam.
4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam.
6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api.

Resepi asal oleh Yatie di sini: http://bit.ly/1XpbfQC

RESEPI NASI GORENG MAMAK STYLE

resepi nasi goreng mamak
resepi nasi goreng mamak style
Bahan-bahan

4 cawan nasi putih
1 biji bawang besar – hiris halus
4 ulas bawang putih – ketuk dan hiris halus
2 sudu besar cili sambal yang sedia siap dimasak – suka pedas letak lah lebih
3 sudu besar sos tiram – **Nina tambah sebab Nina tak letak garam
3 paket serbuk rencah Maggi kari
2 biji tomato – dibelah empat
2 keping tauhu – digoreng dahulu dan kemudian dihiris nipis
2 batang sayur sawi dan kobis – dipotong anggaran 2 ½ inch
2 biji telur
2 fish cake – dihiris nipis **Nina tambah
1 cawan isi ayam – dipotong dadu ** Nina tambah
Minyak untuk menumis

Untuk hiasan
-. Hirisan timun
-. Limau kasturi dibelah dua
-. Bawang goreng **Nina tak letak

Cara penyediannya

1-. Panaskan kuali dan masukan minyak untuk menumis
2-. Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau wangi
3-. Kemudian masukkan – sambal cili ready made, sos tiram, serbuk kari maggi, tauhu, fish cake dan isi ayam. Gaul sebati hingga masak.
4-. Selepas itu, masukkan nasi putih, kobis dan sawi, gaul rata beberapa minit hingga nasi dan sayuran masak sebati bersama rencah tadi.
5-. Ketepikan semua di keliling kuali yang sama dan pecahkan telur kat ruang di tengah-tengah kuali. Biarkan seketika dan kacau rata kesemuanya.
6-. Masukkan tomato. Kacau rata hingga masak.
7-. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama bahan hiasan – hirisan timun, tomato, limau kasturi dan bawang goreng.

Resepi oleh: Nina Mirza
Resepi asal di sini: http://bit.ly/1RgtH6S

RESEPI NASI GORENG SARDIN

resepi nasi goreng sardin
resepi nasi goreng sardin | credit image: aziekitchen.com
Bahan-bahan

1 mangkuk besar nasi
1 labu bawang besar dimayang
1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk)
Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot)
1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)
2 biji telur
Sedikit kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara masak

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.
3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap. Sedap.

Selamat mencuba.

Oleh: Surianti Ramli
Resepi asal di sini: http://bit.ly/27M8VrR

RESEPI NASI GORENG TOM YAM

resepi nasi goreng tomyam
resepi nasi goreng tomyam | credit image: infokini.my
Bahan-Bahan

Bahan untuk nasi goreng:

• 3 cawan nasi, yang sudah disejukkan
• 1 biji telur
• 2-3 sudu besar pes Tom Yam (Che Nom guna pes Tom Yam Kung)
• 7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan
• 2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat
• 2 batang serai, hiris nipis
• 3 helai daun limau purut, carik-carikkan
• 2 sudu besar sos sotong atau sos ikan
• sayur kobis, potong kecil
• carrot, potong dadu kecil
• 2-3 helai sawi, hiris nipis

Bahan untuk tumbuk kasar:

• 4 ulas bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 6 biji cili padi

Bahan untuk hiasan tambahan:

• keropok goreng
• telur goreng mata

Cara Penyediaan

Cara-cara untuk nasi goreng tom yam:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.
2. Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna). Kacau seketika di atas api perlahan.
3. Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
4. Hidangkan bersama keropok goreng dan telur goreng mata.

Resepi asal di sini: http://bit.ly/1NEnffa

RESEPI NASI GORENG HAWAII(hawaiian fried rice)

resepi nasi goreng hawaii
resepi nasi goreng hawaii | credit image: guiltypleasure-recipes.blogspot.com
Bahan-Bahan

3 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang merah hiriskan
3 ulas bawang putih
1 biji cili capsicum potong dadu
2 biji cili merah
1 cawan mix-vege
2 batang frankfurter [potong dadu]
5 biji chicken ball [potong kecil]
1 s/b (sudu besar) lada hitam
2 biji telur
2 s/b majerin
1 pokok daun bawang [potong kecil] -- untuk hiasan

Cara-cara

1. Panaskan marjerin. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili capsicum dan cili merah dan tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan mix-vege, chicken ball dan frankfurter. Kacau hingga sebati.
4. Masukan nasi, lada hitam dan garam. Goreng hingga semua bahan sebati.
5. Pecahkan telur kedalam nasi. Kacau dan gaulkan sebati.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang.
7. Sedia untuk dimakan.

Resepi asal di sini: http://bit.ly/1TzV4yH

RESEPI NASI GORENG KERANG

resepi nasi goreng kerang
resepi nasi goreng kerang | credit image: burpple.com
Bahan-bahannya

semangkuk kerang rebus
sepinggan penuh nasi putih
1 biji bawang besar (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
fishball belah dua
2-3 sudu makan cili kering yang sudah dikisar
kacang botol kerat kecik-kecik

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak, tumis bawang tumbuk, dah layu sikit masuk cili kering goreng hingga masak.
2. Masukkan fisball dan kerang. Goreng seketika.
3. Masukkan garam secukupnya.
4. Masukkan nasi dan goreng rata.
5. Akhir sekali masukkan kacang botol, kacau sekejap je..biar makan nanti bunyi kruk kruk ..baru best..

Resepi asal di sini: http://bit.ly/1OGnVM3

RESEPI NASI GORENG KERABU

resepi nasi goreng kerabu
resepi nasi goreng kerabu | credit image: kakinakl.com
Bahan-bahan

Nasi putih secukupnya
daun limau purut
serai
cili padi
bunga kantan
1 kiub ikan bilis
1 biji telur
kacang botol secukupnya/ boleh ganti dengan kacang panjang dan lain-lain.
sedikit isi ayam
3-4 ulas bawang putih.. diketuk
1 biji bawang sederhana besar - dimayang/ potong kiub
garam secukupnya dan maggi cukup rase (suka hati nak letak ke tak)
sos tiram (kalau suka) -- saya tak letak pun.
minyak untuk menumis

Cara-caranya

1. Panaskan minyak untuk menumis.. Agak-agak la untuk menumis. Bila minyak dah panas, pecahkan telur dan hancurkan. Angkat dan ketepikan.
2. Bunga kantan, serai, daun limau purut dan cili padi dimayang halus macam nak buat bunga rampai. Cili padi tu agak-agak la potongnya kan.
3. Potong juga kacang botol.
4. Tumis bawang putih dan diikuti bawang merah/besar.
5. Bila bawang dah naik bau, masukkan isi ayam. Kacau sekejap hingga ayam masak.
6. Masukkan cili padi dan bahan yang dimayang tadi.serta sayur kacang botol.
7. Masukkan juga telur yang dah digoreng tadi.
8. Masukkan kiub ikan bilis dan garam. Kacau sekejapppp je.. dalam seminit je.. taknak bahan dimayang layu sangat.
9. Last sekali, masukkan nasi dan kacau rata. Rasakan dengan garam. hati-hati kerana kiub ikan bilis dah masin. Kalau tak cukup masin, baru lah letak sedikit garam. Hati-hati ye... jangan masin sangat, nanti kena darah tinggi.
10. Kaup balikkan nasi tu biar serata. Tutup api dan sedai untuk dihidang.

Artikel asal di sini: http://bit.ly/1qBRpVi

RESEPI NASI KETUPAT GORENG

resepi nasi ketupat goreng
resepi nasi ketupat goreng | credit image: sweetmaple-foodlover.blogspot.com
Bahan-bahan (Ikut suka banyak mana. Macam buat nasi goreng)

1 mangkuk ketupat - dipotong dadu
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering di rendam
1 cawan peas (kalau diganti dengan taugeh lebih sedap)
2 biji telur
1 kiub pati ayam
Garam

Cara-cara

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering hingga halus.
2. Tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan ketupat dan gaul rata.
3. Masukkan peas dan kiub ayam serta garam
. sekali masukkan telur dan kacau lagi hingga masak sempurna dan dihidang.

Artikel asal: http://bit.ly/1U6vSyj

RESEPI NASI GORENG TELUR MASIN

resepi nasi goreng telur masin
resepi nasi goreng telur masin | credit image: fizalgk.blogspot.com
Resepi nasi goreng special ni admin dapat dari group "MASAK APA HARI INI" moga bermanafaat dan dihalalkan. Share la, admin dah cuba masak, memang sedap!

Bahan-bahan

2 biji telur masin
2 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
1/2 cawan daun bawang - dipotong pendek
2 biji cili padi - sila tambah jika suka pedas

Cara menyediakannya

1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu.
2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika.
3. Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.
4. Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. Masak hingga telur agak berbuih. Masukkan juga cili padi.
5. Kacau udang/ ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang di goreng sebentar tadi, daun bawang dan kacau seketika.
6. Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh juga di tambah sedikit garam. Jika saya, tidak meletakkan garam kerana telur masin sudah secukup rasa.

Artikel asal: http://bit.ly/2s6TL11

RESEPI NASI GORENG SEAFOOD SPECIAL

resepi nasi goreng seafood special
resepi nasi goreng seafood spesial | credit image: malaskeluar.com
Bahan-bahan

2-3 mangkuk nasi putih
1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit sawi (dipotong)
1 genggam isi kerang
5-6 ekor udang (sederhana besar)
4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
1 sudu cili giling
1 sudu besar sos tiram
2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
Sedikit minyak masak/minyak bijan
Garam dan secukup rasa
Daun sup dan timun (untuk hiasan)

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/ hiris. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
4. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
6. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.
7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
8. Hiaskan dengan daun sup dan timun.

Credit: Anika Resepi

SELAMAT MENCUBA!
p/s: terliur pula tengok nasi goreng sedap-sedap ni hahahhaa

Post a Comment

7 Comments

  1. wow banyaknya nasi goreng.nasi goreng daging ada.? (^_^).

    ReplyDelete
  2. nasi goreng cina telur mata satuu. tambah cili potong. hehee

    ReplyDelete
  3. wow sedapnya! Tak pernah lagi makan nasi goreng thai

    ReplyDelete
  4. yang saya tau cuman nasi goreng campur telor orak arik saja, sepertinya ini bisa jadi opsi lain untuk sarapan anak anak, terima kasih, yummy yummy yummy

    ReplyDelete
  5. My fav nasi goreng ni... nasi goreng hailam tak pernah makan lagi

    ReplyDelete
  6. Resepi nasi goreng yang sedap, My fav. Kalau cuba resep masakan tak henti untuk makan.

    ReplyDelete
  7. tudia respek sungguh kat awak lengunh tagan ni scroll tau, btw efort terbaik haring resepi tu, tabik spring , jangan lupe singgah sini ye

    Resepi Premium Percuma Untuk Orang Asia

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p