Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam - sayidahnapisahdotcom Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
LightBlog

Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam

Dislaimer: cerita pengalaman kena khianat sihir ni BUKAN CERITA SAYA ye. Kisah benar seram ni BUKAN KISAH SAYA. Kisah ni saya jumpa di Twitter dan saya tertarik untuk berkongsi di sini. Sebenarnya, it was the first time saya baca cerita sihir berkaitan House of Cat di Seksyen 7, Shah Alam. Sebelum ni tak pernah dengar pula pasal ni. Korang pernah? Okay kalau belum.. Jom kita dengar kisah benar seram dari insan yang mengalami sendiri khianat sihir sewaktu berkerja di House of Cat, bernama Asyraf Khalib. Let's!


Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam

Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Dah lama tak buka twitter. Tiba tiba rasa macam nak kongsi balik pengalaman pahit dan seram berhadapan dengan khianat sihir sewaktu bekerja di sebuah cat cafe di Seksyen 7, Shah Alam iaitu House Of Cat. Ini bebenangnya..
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Bagi yang belum tahu, House of Cat atau HOC ni dah wujud sejak 2013 lagi. Aku start kerja part time kat situ since 2014. Kalau kau nak main kejar kejar dengan kucing comel kau orang bayar RM5 je sorang, dapat main satu jam lamanya.

Semua benda gila tak masuk akal ni terjadi dalam bulan oktober 2016 selepas HOC berpindah dan beroperasi di premis baru kat Seksyen 7 which is atas Gulatis tu. Sebelum ni kat seksyen 23.

Start bulan okt16, pelanggan yang selalunya mencecah 300 orang sehari mula berkurang sampai tinggal cuma 3 orang sehari. Aku and staf lain tak nak fikir bukan bukan. Yelah, dah makin banyak cat cafe kat malaysia. Jadi kitaorang perbaiki marketing.

Bermacam cara buat, tapi semua marketing kami tak membuahkan hasil. Sampaikan ada satu masa aku dan sorang lagi staf turun jalan kaki kat area seksyen 7 tu usung kucing sebab nak bagi tahu kedai kami wujud kat public.

Satu hari tu, aku mula rasa pelik sebab ada customer call marah marah cakap penat naik tangga tingkat 3 tapi kedai tak buka. Sedangkan kami buka kedai macam biasa dan aku kat kaunter punya la hensem tersengih disebalik pintu kaca kedai dia cakap tak nampak!

Lepas aku explain cik cuba naik balik dan tekan loceng pintu. Saya ada kat kaunter je cik. Jadi orang tu pun naik skali lagi. Dia garu kepala sambil cakap "eh kejap tadi serius saya tengok gelap dan pintu besi ni tutup". Aku dah meremang waktu tu.

Petang tu aku mengadu dekat Lan (owner kedai) cakap ada customer complain nampak kedai tutup. Lan cakap tak logik la Acap sebab lampu kedai siap berkelip kelip kita. pasang kat tngga. Banner punya cantik kat entrance. Jadi dia cakap cuba kau pasang zikir.

Aku pun pasang la zikir, bersilih ganti bacaan Yassin. Tapi dalam hati aku cuma anggap mungkin customer tu salah tengok. Hari berganti hari, pelanggan makin kurang. Kedai lengang dan rasa menyeramkan.

Review facebook page menjunam jatuh bila ramai bagi bad review kata kami tak buka kedai. Komen di instagram pun sama. Call yang masuk mesti aku kena marah dengan customer punya. Kami cuba layan salah faham itu sehabis baik.

Sebulan berlalu, kami sedar kami mula diganggu kejadian aneh. Kedai kami beroperasi hingga jam 10 malam. Selepas kedai tutup biasanya kitaorang staf akan bersihkan kucing dan kemas kedai. Vacuum dan mop lantai. Kedai tak pernah tak wangi hehe.

Biasanya aktiviti bersihkan kedai akan berlarutan ke jam 11 malam. Kadang kadang sampai 12 malam. Satu malam tu sedang aku dan dua orang lagi member sibuk mop lantai. Tiba tiba ada guli dari dalam congkak berterabur keluar dan bergolek sendiri dekat lantai.

Melompat jugaklah kami kaum adam ni terkejut. Tak pernah kena macam tu. Aku beranikan diri kutip guli dan masukkan semula dalam congkak. Lepas siap kemas kami pun balik rumah. Kami bertiga stay serumah. Jadi sepanjang malam kami membisu. Tak bercakap sama sendiri.

Esoknya aku dan Lan ke kedai lebih awal. Rutin pagi pasang asma ul husna dan doa pembuka rezeki. Seorang lagi kawan iaitu Jamal (co owner) tak dapat datang sebab dia steward air asia x. Kena fly. So tinggal la aku dengan Lan berdua. Tengah kami sedap bersarapan, dengar ada orang berlari dalam kedai.

Bunyi orang berlari tu jelas dengar kat dalam tempat main kucing. Ktaorg pulak tengah makan dekat bahagian cafe. Lan cakap mungkin kucing. Tapi aku yakin bukan sebab kucing dalam cage lagi! Aku belum lepaskan kucing keluar dari bilik kucing. Serentak tu, alunan asma ul husna terhenti sendiri.

Kami berdua serentak berhenti suap makanan. Ktaorg pergi check bahagian tempat kucing. Tak ada orang. Tengok cctv tak ada nampak kucing terlepas. Check laptop yang pasang asma ul husna tadi aishh siapa pulak tekan pause.

Aku waktu tu dah tak sedap hati. Customer datang selang dua jam. Itupun ada yang datang langkah masuk kedai, hulur duit kemudian dia minta balik. Bila aku tanya eh kenapa pula cik? Dia jawab saya ada hal dan aku pun pulangkan semula duit.

Sedih weh, sale sehari RM15. Walaupun bukan kedai aku. Kesian tengok owner. Gaji aku diorg dah tak mampu bayar. Makanan kucing dah tak cukup nak beli. Aku cakap takpe Lan n Jamal. Aku keje ikhlas. Tak payah fikir gaji. Sekarang kita kena kuat.

Hari berganti hari, macam macam benda jadi dalam kedai. Makanan kat cafe baru masak jadi basi busuk satu kedai, customer complain kedai panas sedangkan aircond semua pasang macam nak beku. Kucing mula sakit.

Kami mula ikhtiar rawatan perubatan Islam untuk dapatkan kepastian, aku tak nak sebut nama pusat rawatan dalam ni. Sejak kami mulakan rawatan. Aku rasa serangan sihir mula menampakkan diri. Dah mula rasuk merasuk, muntah darah, kencing berdarah. Allah saja tahu seksanya.
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Rawatan menunjukkan kesan sementara. Selepas sehari dua, gangguan datang semula. Dan paling sedih bila perawat ada yang minta kami cari ikhtiar dengan orang lain sebab mereka juga diganggu teruk.

Bab solat kami tak lupa, malah dalam premis kami siap ada surau untuk customer solat. Setiap kali masuk waktu solat kami pasang azan. Mana regular customer House Of Cat mereka tahulah.

Benda ni berlarutan lama. Masuk bulan kelima. Kami dah mula give up. Kami siap bergaduh bertumbuk dalam kedai. Mungkin sebab tertekan. Ada cadangan untuk tutup operasi. Kedai kami mula buka dan tutup tak menentu sebab kami semua sakit.

Kami masih rahsiakan dari pelanggan. Kami takut pelanggan makin lari. Kami kalau boleh tak nak kalah dengan sihir. Kami terus ikhtiar berubat. Kucing dah mula sakit teruk. Banyak kena kuarantin dan paling menyedihkan kucing yang pregnant keguguran! Sori letak gambar ni.
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Untuk pengetahuan korang, waktu kerja kat sini aku final year student degree kat uitm. Tengah siapkn fyp dalam keadaan sakit. Dan benda ni berlarutan smpai aku intern kat sime darby convention centre bukit kiara. Aku ada plan nak berhenti kerja sebab tak tahan. Tapi kesian pulak kat Lan dan jamal.

Kalau korang tanya aku, apa benda yang menakutkan masa keje kat situ. Aku cuma dapat cakap aku takut nak masuk keje sebab tak sanggup tengok kucing yang aku jaga macam anak anak sendiri mati satu persatu. Aku pun tak tahu apa tujuan penyihir buat benda ni.

Ni antara kucing yang mati. Dah pegi vet, warded, doc pun cakap tak tahu sakit apa. Test macam macam buat. Last sekali kami cuma dapat pangku jasad kucing yang tak bernyawa dengan penuh rasa berdosa.
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Nama pun sihir, bila kita ikhtiar untuk gagalkan kerja dia. Dia akan serang sampai rebah. Kami terus diganggu bermacam kelibat seram, nampak kepulan asap, lembaga hitam, bau hanyir dan paling teruk pernah aku terlentang waktu imamkan solat isyak dalam kedai sebab ada benda tendang.

Demi Allah, aku tak tipu. Tengah solat jemaah dengan diorg, aku angkat tangan doa kuat kuat sambil nangis "ya Allah, jika ada yang tidak baik menghuni tempat ini.. Engkau keluarkanlah" seraya itu aku rasa satu hentaman kuat kat dada sampai aku terlentang ke belakang. Aku selak baju tengok, ada kesan merah dan lebam macam kena tumbuk kat dada. Esoknya aku tak pergi kedai sebab demam.

Kami bertiga makin sakit, makan tak selera, kurus macam mayat hidup. Yalah, dah la tak makan, muntah lagi, buang air berdarah. Pernah sekali sampai merangkak ke bilik air.

April 2017, kami nekad untuk tutup perniagaan. Kami tak nak sebab ego kami untuk teruskan perjuangan House of Cat, kucing kucing kami menderita. Kami mula keluarkan wang simpanan yang ada untuk bayar hutang dan beli keperluan kucing seperti ubat.

Kami buat solat hajat ramai ramai. Minta petunjuk. Tak lama selepas tu, dengan ikhtiar perawat dan dengan izinNya Allah, satu persatu barang sihir muncul di kedai. Kami jumpa jarum, kain kapan yang berbau busuk, kertas dgn tulisan siam bersalut minyak, duit syiling lama..
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Ini duit syiling lama, ada mcm ukiran 3 bentuk tubuh. Mungkin merujuk kepada tiga orang iaitu aku, Lan dan Jamal. Allah lebih tahu setiap sesuatu.
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Haa kau cuba bayangkan kau masuk kedai nampak serbuk kaca berterabur dengan gumpalan rambut datang entah dari mana. Tak ke cekak pinggang macam makcik bawang aku kat situ.
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Dan pernah satu hari waktu kedai kami tutup sebab tiga orang sakit serentak, owner butik pengantin tingkat 1 which is bawah kedai ktaorg call bagitahu masa dia nak buka pintu grill utama kat ground floor awal pagi tu. Ada sorang lelaki turun tangga dari tingkat atas kedai ke pintu bawah. Siapa?

Kau bayangkan. Dari mana lelaki tu datang? Pintu bawah belum buka dia dah ada dalam kedai? Bila check cctv lelaki yang owner butik tu nampak tak wujud pun! Menangis lah akak tu takut.

May 2017, hampir 8 bulan menderita dan diganggu. Kami dengan rasmi buat notis penutupan operasi sepenuhnya di facebook page. Dan sejak itu House Of Cat viral satu Malaysia. Kami cuma buka dua hari terakhir untuk lawatan masuk.

Sebelum pengumuman penutupan tu dibuat, 'benda' tu dah mula melarat ganggu customer. Customer tengah main kucing punya sedap, 'dia' boleh pulak padam lampu kedai sendiri. Gelap. Bila buka balik, beberapa minit lepastu dia tutup balik.

Kami terpaksa refund duit customer dan minta customer balik dengan baik kononnya ada gangguan elektrik. Menipu gila padahal lutut dah menggeletar takut customer pulak meracau. Nasib baik lah tak apa apa.

Sabtu dan ahad terakhir, HOC dipenuhi ribuan orang. beratur penuh nak masuk kedai. Tapi Allah bantu, sepanjang dua hari tu customer faham keadaan kami. Semua berlangsung baik. Tak kurang ada bermacam dukun malah perawat datang offer nak tolong.

Tapi agak terkilan sebab ada perawat yang tempelak kami dengan kata kata kesat sebab kami tolak dengan baik tawaran mereka memandangkn terlalu ramai sangat dah yang kami benarkan untuk jampi-jampi dan buat apa patut dalam kedai. Kami minta bagi ruang dulu pada perawat yang sedia ada buat kerja.

Dipendekkan cerita. Selepas lebih kurang 4 tahun beroperasi, HOUSE OF CAT mengundurkn diri. Bukan tutup sebab kalah dengan sihir. Tapi sebab sayang dan kesian dengan kucing kucing yang turut jadi mangsa. Bukan berdosa pun hamba Allah ni semua.
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Daripada lebih 60 ekor kucing, hampir kesemuanya mati. Selebihnya kami pindah milik tuan dan ada yang kami masih jaga. Aku, Lan dan Jamal teruskn rawatan mcm biasa untuk pulihkan badan. Selepas itu kami bertiga berpisah bawa haluan masing masing. Sedihh.

Terima kasih ex customer House of Cat dan semua yang menyokong. Fb page & ig HOC pun dah kena hacked. Kenangan kami terkubur angkara sihir. Tapi kami yakin Allah sebaik baik perancang. Kepada semua diluar sana, berhati hatilah dalam bergaul. Kita tak tahu bila waktunya musibah nak jengah.

Yang nak tahu cerita lama ni, boleh google House of Cat seksyen 7, inshaaAllah ada. Siapa pun yang punya angkara. Kami maafkan kamu kerana Allah. Sihir? Dulu kami pun tak percaya. Kena sendiri, baru terduduk.

“Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

House Of Cat, we miss you.

Satu lagi, kerana Allah punya kuasa, walaupun aku habiskn degree aku dalam keadaan sakit. Aku grad degree dengan first class with ANC award. Fyp aku pun dapat A. Betul la, Allah tak pernah sia siakan kita. Selepas hujan datang pelangi indah. Sujud syukur. Thanks Lan, Jamal dan Faten!
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam

Nota buat si pelaku sihir, kami maafkan kamu kerana Allah. Biarlah kita tak bersemuka di mahsyar kelak. Biarlah Allah mengadili. Kerana tangan jahatmu itu akan menceritakan segalanya. Dengan doa doa, dengan nyawa nyawa yang pergi. Allah baik.

Guys, jangan takut dengan sihir. ALLAH BAIK - hoc

THE END--------------------------------


Moga kisah benar pengalaman dari beliau ini dapat menjadi iktibar, pengajaran dan peringatan buat kita semua. InshaaAllah :')

Post a Comment

8 Comments

  1. la..kesian dekat kucing-kucing tu semua..tak tahu lah nak kata yang main sihir-sihir ni. Semoga Allah permudahkan semuanya.

    ReplyDelete
  2. Mama datang singgah blog walking blog sis sayidah. Sihir ni syirik tau. dosa besar. Menakutkan azab yang akan menimpa pelakunya

    Jangan main main.

    ReplyDelete
  3. Allah.. Kesian pada kucing-kucing tu dan staf HOC..

    ReplyDelete
  4. Baru dpt baca sambungan KC dri FB tadi...

    ReplyDelete
  5. Jahatnyaaaa aniaya orang. Kesian kat kucing

    ReplyDelete
  6. atas nama duit org sanggup buat mcmni sekali???.nyawa kucing hidup pencari rezeki kau hancurkan???sampai hati,...pelakunya tunggu je la kat sana nanti moga dpt balasan setimpal...amin...

    ReplyDelete
  7. oh wow, this is crazy. reading this now in 2021. ada soalan: all the photos in this post are real? benda-benda yang terjumpa tu—what were they? yang brown tu belah kanan. also, gambar tandas tu. darah semua. were you peeing blood? sangat blur saya ni, tak pernah tahu cerita ni. but thank you very much for sharing. and, really, how sad.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p