diam tandanya... setuju? suka? marah? merajuk? terkedu? blur? annoyed? - sayidahnapisahdotcom diam tandanya... setuju? suka? marah? merajuk? terkedu? blur? annoyed?
LightBlog

diam tandanya... setuju? suka? marah? merajuk? terkedu? blur? annoyed?

diam tandanya.... | Orang dulu dulu selalu kata "diam tandanya setuju". Tapi adakah semua jenis ke-diam-an itu sekarang masih relevan untuk ditafsirkan maknanya sebegitu rupa?


apa maksud di sebalik 'diam' itu?

diam tandanya... setuju?
diam tandanya... setuju?
Bagi saya sekarang ni kita tak boleh nak interpret kan semua diam itu tandanya setuju. Iye memang ada sesetengah kes, diam itu maknanya setuju. Tapi bukan semua kes begitu.

Mungkin dia tak setuju tapi teragak-agak untuk meluahkan lalu dia pun mendiamkan diri. Tak setuju tapi mengambil masa untuk berkata begitu kerana sedang memikirkan ayat/ alasan yang sesuai untuk berhujah. Thats why he/she shut his/her mouth.

Mungkin dia diam sebab sedang tenangkan diri. Tengah meredakan kepanasan suhu di dada dan kemarahan yang sedang menggelegak di dalam hati. Tak nak situasi getting worse, thats why dia ambil tindakan untuk berdiam diri.

Mungkin diam kerana merajuk dengan kekasih hati. Acah acah merajuk minta dipujuk pun ada. Merajuk ala ala manja rasa nak pangg pun ada. haha.

Mungkin jenis diam dia adalah kerana terasa dengan apa yang diperkatakan oleh kawan atau pasangan atau keluarga dia. Touching lah omputih kata.

Mungkin juga dia hanya berdiam diri kerana penat. Penat nak melawan kata. Penat nak berbalah. Penat nak mempertahankan sesuatu kerana hasilnya sama juga. Hasil yang tiada hasil. Debat yang sia sia.

Dan mungkin juga dia diam kerana blur. Daripada masuk campur perbincangan/ situasi yang dia tak begitu faham, dia rasa lebih baik dia diam saja. Lebih suka memerhati keadaan dan jalan cerita sebelum memberi pendapat yang bernas atau 'kena' dengan tajuk.

Blah blah blah blah. Dan banyak lagi kan sebenarnya. Kekadang kita boleh tengok dan nilai apakah jenis maksud 'diam' itu daripada ekspresi muka, daripada body language atau berapa banyak kerutan di dahi beliau. hahaha.

Sama juga lah macam dalam dunia blogging ni kan. Kekadang blogger 'diam' tak berupdate langsung blog sebab banyak reason. Tak semestinya 'diam' itu tandanya tak aktif dan tidak peka akan keadaan dunia blogging. Tak semestinya 'diam' blogger itu tandanya dia pemalas. Mungkin sebab hal hal yang tak dapat dielakkan. Gitu lah perumpamaannya.

Okay harap faham le apa yang saya membebel ni ahahaha. Daaa~ wassalam!

Post a Comment

6 Comments

  1. Diam banyak versi..yang penting bila mulut diam hati jangan bercanggah dan bertingkah...

    ReplyDelete
  2. kdg2 lebih baik diam drpd byk berkata kata terutama yg boleh mengundang dosa.

    ReplyDelete
  3. suka entri ni
    tak semua diam tandanya setuju

    ReplyDelete
  4. diam x update.. sbb ada masalah internet.. sbb ada masalah laptop.. sbb kadang2 bz memanjang.. hehehe

    ReplyDelete
  5. hahaha betul tu, diam bila malas nak layan ataupun malas nak lukakan hati orang kalau sembang benda betul

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p