Duit BR1M Fasa 2 diagihkan pada Jun 2018, sebelum Raya Aidilfitri - sayidahnapisahdotcom Duit BR1M Fasa 2 diagihkan pada Jun 2018, sebelum Raya Aidilfitri
LightBlog

Duit BR1M Fasa 2 diagihkan pada Jun 2018, sebelum Raya Aidilfitri

Agihan duit BR1M Fasa 2 pada Jun 2018 | Duit brim bujang saya, RM450 haritu dah habis digunakan dah hahaha. Berkaitan dengan pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) fasa kedua, Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng telah membuat statement di media sosial (twitter) pada 26 Mei 2018. Beliau menyatakan bahawa duit BR1M akan dibayar pada bulan Jun ini sebelum Raya Aidilfitri. Hoyeahh! Gembira lah ye siapa siapa yang dapat 'duit raya' sebelum hari raya menjelang tiba.

Duit BR1M Fasa 2 dibayar pada Jun 2018

Duit BR1M Fasa 2 diagihkan pada Jun 2018, sebelum Raya Aidilfitri
Duit BR1M Fasa 2 diagihkan pada Jun 2018, sebelum Raya Aidilfitri | credit image: Astro Awani
"Sepertimana yang diarahkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.. BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri. Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu depan." - Lim Guan Eng.

duit brim jun 2018
Duit BR1M Fasa 2 diagihkan pada Jun 2018, sebelum Raya Aidilfitri
Dan semalam, viral di media sosial & whatsapp.. nama BR1M telah ditukarkan kepada nama baru iaitu BAHAM (Bantuan Harapan Malaysia). Ada yang percaya, ada yang tak percaya. Ada yang "eh betul ke ni? Atau propaganda semata?"

Walaupun ada bukti gambar tweet Lim Guan Eng menyatakan "Hasil perbincangan dengan pimpinan tertinggi DAP. Kami setuju nama BR1M ditukar kepada - Bantuan Harapan Malaysia. Singkatannya BAHAM. Keputusan ini saya sudah maklum kepada Perdana Menteri @chedetofficial melalui Whatsapp", tetapi ramai yang macam gusar nak percaya. Yela sebab macam tak logik. 'melalui Whatsapp'?

Benarkah?

Dan terbukti lah memang tak benar sama sekali bila Astro Awani mengeluarkan berita bahawa nama brim tukar kepada BAHAM adalah PALSU!
brim baham palsu
Nama BRIM ditukarkan kepada BAHAM - PALSU!
Conclusionnya, sekarang ni jangan lah kita terlalu mudah mempercayai 'berita-berita' viral di whatsapp atau media sosial. Jangan percaya bulat bulat, lagi lagi berita yang tiada sumber yang sahih. Check dulu betul ke tidak sebelum sebarkan kepada orang lain. Semak dulu kebenarannya. Kalau tak pasti, jangan tular kan kepada pihak lain. Abaikan sahaja.

Sekiann. Semoga bermanfaaat. Daa~ wassalam!

BACA JUGA:



Post a Comment

2 Comments

  1. wah. brim diteruskan laa ye. btw LGE menteri kewangan KC.. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah! YaAllah tersilap tulis pulaaa hahaha. tenkiu kak yoorin tegur ;)

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p