Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) | Baru baru ni saya ada terjumpa satu gambar kolam yang sangat menawan. Dilimpahi dengan cahaya biru dan pancutan air yang terletak elok di tengah-tengah menambahkan lagi seri kolam tersebut dan sekitarnya. Sekali imbas saya tengok, terdetik dalam hati, "cantiknya! First time tengok. Kat mana ni? Mesti kat luar negara niii". Walhal.. sebenarnya bukan kat luar negara pun! Rupanya di dalam Negara Malaysia tanah tumpahnya darahku sendiri! Diberi nama - kolam biru a.k.a blue pool yang lokasinya terletak berdekatan dengan Masjid Jamek, Kuala Lumpur (KL).
Kolam Biru (Blue Pool) |
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) - Apa Yang Menariknya?
Pada bulan Ogos 2017 yang lepas, Datuk Seri Najib Razak telah merasmikan Fasa 1 Pengindahan Sungai Projek River of Life (RoL) dan juga Projek Kolam Biru (Blue Pool).
PROJEK RIVER OF LIFE (ROL)
Project River of Life ini adalah salah satu Projek Permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi bagi Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley, bertujuan menghidupkan semula Sungai Gombak dan Sungai Klang dalam bandar, mengubahnya menjadi satu ikon 'waterfont' yang dinamik melalui tiga komponen utama iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.
Melalui projek ROL, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif membersihkan semula sungai seperti menaiktaraf sistem pembetungan dan menambah perangkap sampah di sepanjang sungai. Di samping itu, ROL menggunakan kaedah pembersihan sungai dikenali 'Interceptor System P7' yang berfungsi meningkatkan kualiti air dengan cara menyekat dan merawat air longkang yang kotor.
Progress pembersihan sungai ini telah mencapai 81% dan dijangkan bakal siap sepenuhnya menjelang tahun 2020 inshaaAllah.
Fasa 1 projek Pengindahan Sungai Presint 7 ini melibatkan beberapa bangunan warisan yang bersejarah bagi Kuala Lumpur, seperti Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Bangunan Sultan Abdul Samad. Sebagai contoh, menaiktaraf Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dengan penggabungan elemen dan motif Islam dalam rekabentuk serta pengindahan tamannya. Plus, penambahan ruang solat seluas 4,400 kaki persegi untuk keselesaan lebih 1,000 orang jemaah. Daebak!
Accessibility kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad juga dipertingkatkan dengan pembinaan jambatan pejalan kaki yang menghubungkan masjid dengan Bangunan Sultan Abdul Samad & Dataran Merdeka yang dapat memendekkan tempoh masa perjalanan daripada laluan sedia ada sehingga 50%. Amazing right?
KOLAM BIRU (BLUE POOL)
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) - Apa Yang Menariknya? |
Projek Kolam Biru adalah salah satu pelan utama Projek ROL menaik taraf keseluruhan Sungai Klang. Inisiatif kerajaan yang ditunjangi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini telah menelan belanja sebanyak RM3.4 bilion untuk kerja-kerja pembersihan sungai sepanjang 110 km yang meliputi LAPAN sungai;
1. Sungai Gombak,
2. Sungai Batu,
3. Sungai Jinjang,
4. Sungai Keroh,
5. Sungai Bunus,
6. Sungai Ampang,
7. Sungai Klang
8. Sungai Keroyong.
Apa yang menarik tentang kolam biru ini?
1. Air sungai seperti kopi susu pada siangnya bertukar biru sebelah malam itu dilengkapi platform pejalan kaki di kedua tebing sungai sebelum dihubungkan melalui jambatan konkrit berhampiran Panggung Bandaraya DBKL di Jalan Raja.
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru Masjid Jamek |
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru Kuala Lumpur |
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) KL |
2. Menjadi ikon baharu kepada bandaraya Kuala Lumpur dalam memeriahkan lagi industri pelancongan di negara ini dengan tarikan pantulan cahaya lampu berwarna-warni dan pancaran neon biru ditemani pancutan air di tengah-tengah.
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) |
3. Irama muzikal berkumandang di udara membangkitkan suasana malam lebih indah.
4. Bangunan-bangunan bersejarah sekitarnya disimbahi neon menjadikan suasana lebih mengasyikkan.
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru Pejalan Kaki |
Berdasarkan review beberapa orang yang saya telah baca, they excitedly express their feeling dan juga memberi pendapat & suggestion kepada mereka yang belum datang ke sana:
"In my opinion, the best time to visit the River of Life is around 7.30pm, during the changing of lights from day to night. When I was there at 11pm, it was too dark and my photos did not turn out well. Do walk along the River of Life as it is now part of the Cultural Heritage Walking trail."
"It is situated near to Central Market, Merdeka Square, Dayabumi, Agrobank and LRT Masjid Jamek. I would suggest people to come either early in the morning or later in the afternoon. Preference afternoon as there will be fountain, lights"
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) view |
"Really a magic place! I would suggest to go there at night because there are the fountains shows: water, lights and music and behind the Mosque. Really beautiful! The place is just outside the monorail station at Masjid Jamek station."
"At the end of the day, this is a mosque, or at least a historical territory. But they managed to integrate this show in a surprisingly respectful way. Well integrated modern tourist attraction meets religious sight. Nice to see this approach of modernism in this usually strict muslimic country. If you manage to overlook the trash floating in the river and of course... the smoke is gonna help."
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) |
Saya tak pernah lagi jejakkan kaki ke sana because I live in Seremban tapi memang teringin laa nak merasai sendiri keindahan kolam biru Kuala Lumpur yang orang ramai duk puji tu.. Lebih lebih lagi bila lepas ushar gambar kolam biru KL tu, whoaa it is sooo beautiful!
Alamat river of life Masjid Jamek: Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur 50050, Malaysia
35 Comments
Cantik betul.. Sian nampak plain je.. Bila malam baru terserlah kecantikannya..
ReplyDeletesaya belum pergi waktu malam
ReplyDeleteyang siang pernah
dan harapan semoga kualiti air sungai yang terlibat semakin bersih :)
Tahniah DBKL dah semakin cantik sungai ne. Lama betul miza tak turun KL
ReplyDeletecantiknya kc....kalau kc tak bgtau tak tahu pun kat KL ada tempat best dan cantik untuk dilawati..
ReplyDeletePerghhh cantikkkk tu... lawanya
ReplyDeleteCantiknya ! Tak sangka dah banyak berubah kan?
ReplyDeleteMemang teruja tengok gambar ni.
ReplyDeleteMlm siang lawa dah skg
ReplyDeleteNampak bersih dah sungai ni kan..elok terjaga..xde la org nak buang sampah merata je nanti..
ReplyDeleteElok sangat projek river of life ni Say, sis setuju sangat.
ReplyDeleteKalau boleh upgrade semua sungai yang ada di Malaysia..
amboi ada blue river, bolehlah dating dgn incik suami kat sini nextime dtg keyel :)
ReplyDeletecantiknyaa KL skrggg!!
ReplyDeleteTahniah kerajaan WP atas usaha dan inisiatif yang memang dapat mengurangkan beban rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak
ReplyDeletectk viewnya skg kan..mcm ada dkt2 oversea ja haha..bolehla feeling gtuuu
ReplyDeletetak sangka cantik sungai dan view dekat kuala lumpur, dulu banyak sampahkan sekarang dah bersih
ReplyDeleteCantiknya....sebelum ni tak tau pun kewujudan kolam biru ni...
ReplyDeleteCantiknya..tering nak pergi sana
ReplyDeleteCantiknyaaa! Nak terjah jugaklah nanti. Heheh :)
ReplyDeleteRasa macam betul2 hidup sungai ni. Memang sesuai dengan nama dia River Of Life.
ReplyDeletesatu tarikan yg menarik..wajib singgah nti
ReplyDelete1 word - kagum...cantiknya...
ReplyDeletedulu sungai ni biasa je, takde apa yang menarik pun. bila dah dijadikan ROL cantik sangat. kagum. well done DBKL
ReplyDeleteluqman pernah la nampak sebelum nih tapi x pernah lak singgah.
ReplyDeleteIndahnya tak terkata.. Bagaikan di luar negara... Hebat KL :)
ReplyDeleteUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ReplyDeletecantik gila kan? mmg bagus naik taraf sungai yang dipandnag sepi oleh warga KL
ReplyDelete#hebatkannegaraku
cantiknya. nakpi sini la
ReplyDeleteMoga makin bersih sungai ni nanti. Apapun memang cantik pantulan biru tu.
ReplyDeleteNanti nak lepak sinilah
ReplyDeletecantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.
ReplyDeleteAt least nampaklah kan pemandangan yang cantik macam sungai-sungai ni kan
ReplyDeleteMmg ikonik sgt. Xperlu p overseas. Msia pon dah banyak tmpt yg menarik kan.. bukan makanan saje, malah landskap n budaya kita,menjadi tarikan pelancong.
ReplyDeleteDuduk je Kl tapi tak pernah sampai.. Kena pi tgk gak ni malam2
ReplyDeleteBanyak dah berubah KL nih.. nampak sangat Airinaa lama sangat tidak kesana huhuhu...
ReplyDeleteCantik river of life ini. tak pernah sampai...insyaallah bila ke KL nanti nak juga singgah
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p