Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) | Baru baru ni saya ada terjumpa satu gambar kolam yang sangat menawan. Dilimpahi dengan cahaya biru dan pancutan air yang terletak elok di tengah-tengah menambahkan lagi seri kolam tersebut dan sekitarnya. Sekali imbas saya tengok, terdetik dalam hati, "cantiknya! First time tengok. Kat mana ni? Mesti kat luar negara niii". Walhal.. sebenarnya bukan kat luar negara pun! Rupanya di dalam Negara Malaysia tanah tumpahnya darahku sendiri! Diberi nama - kolam biru a.k.a blue pool yang lokasinya terletak berdekatan dengan Masjid Jamek, Kuala Lumpur (KL).

Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) - Apa Yang Menariknya?
Kolam Biru (Blue Pool)


Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) - Apa Yang Menariknya?

Pada bulan Ogos 2017 yang lepas, Datuk Seri Najib Razak telah merasmikan Fasa 1 Pengindahan Sungai Projek River of Life (RoL) dan juga Projek Kolam Biru (Blue Pool).


PROJEK RIVER OF LIFE (ROL)

Project River of Life ini adalah salah satu Projek Permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi bagi Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley, bertujuan menghidupkan semula Sungai Gombak dan Sungai Klang dalam bandar, mengubahnya menjadi satu ikon 'waterfont' yang dinamik melalui tiga komponen utama iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.

Melalui projek ROL, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif membersihkan semula sungai seperti menaiktaraf sistem pembetungan dan menambah perangkap sampah di sepanjang sungai. Di samping itu, ROL menggunakan kaedah pembersihan sungai dikenali 'Interceptor System P7' yang berfungsi meningkatkan kualiti air dengan cara menyekat dan merawat air longkang yang kotor.

Progress pembersihan sungai ini telah mencapai 81% dan dijangkan bakal siap sepenuhnya menjelang tahun 2020 inshaaAllah.

Fasa 1 projek Pengindahan Sungai Presint 7 ini melibatkan beberapa bangunan warisan yang bersejarah bagi Kuala Lumpur, seperti Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Bangunan Sultan Abdul Samad. Sebagai contoh, menaiktaraf Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dengan penggabungan elemen dan motif Islam dalam rekabentuk serta pengindahan tamannya. Plus, penambahan ruang solat seluas 4,400 kaki persegi untuk keselesaan lebih 1,000 orang jemaah. Daebak!

Accessibility kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad juga dipertingkatkan dengan pembinaan jambatan pejalan kaki yang menghubungkan masjid dengan Bangunan Sultan Abdul Samad & Dataran Merdeka yang dapat memendekkan tempoh masa perjalanan daripada laluan sedia ada sehingga 50%. Amazing right?


KOLAM BIRU (BLUE POOL)

kolam biru
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) - Apa Yang Menariknya?
Projek Kolam Biru adalah salah satu pelan utama Projek ROL menaik taraf keseluruhan Sungai Klang. Inisiatif kerajaan yang ditunjangi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini telah menelan belanja sebanyak RM3.4 bilion untuk kerja-kerja pembersihan sungai sepanjang 110 km yang meliputi LAPAN sungai;

1. Sungai Gombak,
2. Sungai Batu,
3. Sungai Jinjang,
4. Sungai Keroh,
5. Sungai Bunus,
6. Sungai Ampang,
7. Sungai Klang
8. Sungai Keroyong.

Apa yang menarik tentang kolam biru ini?

1. Air sungai seperti kopi susu pada siangnya bertukar biru se­belah malam itu dilengkapi platform pejalan kaki di kedua tebing sungai sebelum dihubungkan melalui jambatan konkrit berhampiran Panggung Bandaraya DBKL di Jalan Raja.

kolam biru masjid jamek
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru Masjid Jamek
kolam biru kl
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru Kuala Lumpur
river of life masjid jamek opening hours
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) KL
2. Menjadi ikon baharu kepada bandaraya Kuala Lumpur dalam memeriahkan lagi industri pelancongan di negara ini dengan tarikan pantulan cahaya lampu berwarna-warni dan pancaran neon biru ditemani pancutan air di tengah-tengah.

kolam biru
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool)
3. Irama muzikal berkumandang di udara membangkitkan suasana malam lebih indah.

4. Ba­ngunan-bangunan bersejarah sekitar­nya disimbahi neon menjadikan suasana lebih mengasyikkan.

kolam biru kuala lumpur
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru Pejalan Kaki
Berdasarkan review beberapa orang yang saya telah baca, they excitedly express their feeling dan juga memberi pendapat & suggestion kepada mereka yang belum datang ke sana:

"In my opinion, the best time to visit the River of Life is around 7.30pm, during the changing of lights from day to night. When I was there at 11pm, it was too dark and my photos did not turn out well. Do walk along the River of Life as it is now part of the Cultural Heritage Walking trail."



"It is situated near to Central Market, Merdeka Square, Dayabumi, Agrobank and LRT Masjid Jamek. I would suggest people to come either early in the morning or later in the afternoon. Preference afternoon as there will be fountain, lights"

kolam biru overview
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool) view
"Really a magic place! I would suggest to go there at night because there are the fountains shows: water, lights and music and behind the Mosque. Really beautiful! The place is just outside the monorail station at Masjid Jamek station."

"At the end of the day, this is a mosque, or at least a historical territory. But they managed to integrate this show in a surprisingly respectful way. Well integrated modern tourist attraction meets religious sight. Nice to see this approach of modernism in this usually strict muslimic country. If you manage to overlook the trash floating in the river and of course... the smoke is gonna help."

kolam biru masjid jamek
Projek River of Life (ROL) & Kolam Biru (Blue Pool)
Saya tak pernah lagi jejakkan kaki ke sana because I live in Seremban tapi memang teringin laa nak merasai sendiri keindahan kolam biru Kuala Lumpur yang orang ramai duk puji tu.. Lebih lebih lagi bila lepas ushar gambar kolam biru KL tu, whoaa it is sooo beautiful!

Alamat river of life Masjid Jamek: Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur 50050, Malaysia