Kenapa Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara? Ini Antara Sebabnya... - sayidahnapisahdotcom Kenapa Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara? Ini Antara Sebabnya...
LightBlog

Kenapa Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara? Ini Antara Sebabnya...

Seperti yang kita semua tahu.. sebelum ini Dr Mahathir mencadangkan Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kepada Yang di-Pertuan Agong. Dan hari ini, pelantikan Tommy Thomas, 66, dibuat mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan & diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan cadangan Tun Dr Mahathir tersebut kerana Thomas bukan orang Melayu Islam. Dan ramai juga yang menyokong dan faham kenapa Tun M bertindak sedemikian. Saya tak nak cakap lebih lebih sebab saya tak begitu arif dalam hal hal ini.

Tapi saya ada jumpa satu penulisan dari seseorang yang saya sangat setuju dengan isi-isi yang diketengahkan. Penerangan beliau yang berkaitan dengan Tun M & Tommy Thomas sangat tepat dan bernas. And I want to share it with all of you.


Kenapa Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara? Ini Antara Sebabnya...

p/s: orang yang mula-mula tulis ni saya tak tahu.. but full credit to him.
Kenapa Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara? Ini Antara Sebabnya
Kenapa Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara? Ini Antara Sebabnya... | FOTO BERNAMA
Bukan setakat siasatan 1MDB berlaku di Malaysia sahaja, tetapi siasatan turut berjalan di seluruh dunia.

Jika sebelum ini beliau (Najib) bolehlah mengelak dan ada imuniti sebagai Perdana Menteri, tetapi kekalahan BN pada 9 Mei lalu merubah segala-galanya.

Sebab itu Najib dah stand by lantik Lawyer terkenal dunia ketika ini. Mereka bukan calang-calang peguam. Dan bayaran tentu juga bukan setakat 100 ribu, tapi mungkin puluhan atau ratusan juta ringgit.

Dan inilah 3 nama besar peguam dunia akan mewakili Najib nanti:

1. John Ashcroft

John Ashcroft merupakan peguam negara  US ketika George W Bush jadi Presiden dan mengetuai DoJ (Department of Justice) sepanjang tempoh getir selepas serangan pengganas 11 September.

Selepas mandat presiden Bush berakhir, beliau mendirikan kumpulan lobi berpengaruh The Ashcroft Group dan firma guaman, The Ashcroft Law Firm.

The Ashcroft Law Firm pernah mewakili kerajaan Qatar untuk menangkis tuduhan Presiden AS, Donald Trump dan jiran Arabnya bahawa negara itu menyokong keganasan.

2. David Boies

Najib juga turut mengupah David Boies, seorang peguam bicara terkenal di Amerika.

Boies mewakili kerajaan Amerika dalam kes anti monopoli terhadap syarikat gergasi teknologi maklumat Microsoft dan tokoh kewangan yang didakwa, termasuk Hank Greenberg daripada AIG dan Andy Fastow dari Enron.

3. Matthew Schwartz

Beliau pernah menjadi pendakwaraya di New York selama 10 tahun dan mengendalikan kes yang menonjol termasuk penyiasatan ke atas skandal berbilion dollar melibatkan Bernie Madoff.

Pada 2013, beliau dinamakan sebagai pendakwaraya terbaik oleh Yayasan Penguatkuasaan Undang-Undang Persekutuan. Scwartz kini seorang peguam.

Ketiga-tiga nama besar ini akan mewakili Najib nanti sama ada pendakwaan di Malaysia mahupun luar negara.

Mereka akan datang ke Malaysia dan bela Najib selepas raya ini.

Najib pandai dan bijak. Beliau tidak pandang dan lantik Lawyer Melayu islam pun wakili beliau.

Setakat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Harpal Singh Drewal atau Hasfarizam Harun, beliau tak pandang pun.

Lebih baik beliau pilih Peguam luar negara. Dan ada yang berbangsa Yahudi. Nak selamat diri punya hal. Pedulikan melayu islam, yang penting duit dia curi selamat dan dirinya terlepas.

Setakat bayaran ratusan juta, beliau mampu bayar. Asalkan boleh selamat. Duit beliau banyak di luar negara.

Sebab itulah kesian tengok rakyat negara kita. Isu Peguam Negara yang bukan melayu pun jadi isu. Sedangkan mereka tidak sedar, Najib lagi bijak songlap duit dan guna peguam luar bukan melayu Islam yang mahal harga upahnya.

Sebab itulah Tun M pakai peguam Tommy Thomas untuk lawan Najib dan lawyer US itu. Kalau negara kita kalah, malu satu dunia.

Najib pula bergumbira dengan duit yang entah berapa bilion masih disembunyikan di luar negara.

Ya memang ya ada yang beritahu bahawa tak perlu lah lantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, cukup  lantik beliau sebagai Timbalan Pendakwaraya (Deputy Public Prosecutor).

Memang boleh, tetapi kes besar dan skandal yang mega ini memerlukan Peguam Negara sebagai Ketua Pendakwa raya.

Ini bukan kes curi milo atau susu bayi dekat pasaraya. Ini kes skandal kewangan terbesar dunia.

Tun M bukannya lantik sewenang-wenangnya peguam bukan melayu. Beliau bukan tak tahu ianya akan menjadi isu perkauman. Tapi beliau perlu lakukannya juga. Kerana tiada pilihan peguam yang hebat ketika ini untuk melawan peguam Najib.

Kalau ditolak, kita sebenarnya cari nahas dan sudah pasti Najib akan menang kes nanti. Dunia akan tertawakan kita nanti.

Bukan soal melayu atau islam, tapi soal kemampuan dan kredibiliti.

Melayu dan Islam sebenarnya sudah selamat dalam perlembagaan dan Rukun Negara.

Dan perlu diingat, banyak lagi duit Najib yang dicuri disembunyikan beliau. Takkan kita semua nak tanggung semua hutang berbilion yang beliau curi semata-mata nak Peguam Negara berbangsa melayu.

Fikirkanlah sedalam-dalamnya wahai rakyat Malaysia yang bermaruah.



Kenapa Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara? Ini Antara Sebabnya...
Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara | FOTO BERNAMA
"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama"

Post a Comment

10 Comments

  1. Apa khabar hari ni cik sayidah. Mama singgah BW. Wallahualam. Dah macam cerita alibaba dan 40 penyamun P ramlee.

    Siang hari penyamun pakai baju lawyer, hakim dan lain lain.

    ReplyDelete
  2. Dasyat jugak.. siap lantik lawyer luar.. Ish3.. Kalau x bersalah x apa.. Tapi kalau bersalah harap2 dipermudahkan urusan yang membela kebenaran..

    ReplyDelete
  3. Selamat berbuka puasa Ibu ucapkan kepada sis. Salah pilih jadi lain.

    ReplyDelete
  4. Semoga kejahatan akan kalah juga.

    ReplyDelete
  5. kita doakan yang baik2 saja untuk kesejahteraan negara kita. semoga Allah lindung sentiasa =)

    ReplyDelete
  6. penulis seru kita org islam supaya buat baik dan berfikiran baik..
    tapi dia pulak yg senang2 ckp najib curi lepas tu siap babit dia dgn yahudi..
    dia pun tak tahu betul ke tidak.. dengar ckp org je..
    lepas tu cik sayidah pulak share kat kita org.. ha elok la tu..
    sayidah.. for info kalau u nk cover line, ckp ni org ckp dan u tak bersalah.. tak perlu.. sbb kami baca ja yg u share, kalau benda tak betul SAYIDAH YG BERDOSA.. bukan penulis asal.. fikir2kan la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. tentang "Najib curi" tu its not saya tuduh atau bersangka buruk.. tapi ianya satu dakwaan yang dibuat oleh Negara Malaysia terhadap Najib. thats why ada peguam semua bagai.

      2. tentang "Yahudi" tu.. you mean 3 peguam tu ke? itu bukan fitnah tapi memang betul Najib ada hire mereka untuk jadi lawyer beliau. ada keluar di berita. boleh baca di sini https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/06/03/only-the-best-will-do-for-najib-expm-hired-top-us-lawyers-before-ge14/

      3. dan saya tak cover line pun. saya hanya cakap penulisan & pandangan tersebut bernas & wajar.

      terima kasih :)

      Delete
  7. antara sebab utama lantik TT sebagai AG ialah TT dah familiar dengan kes yang melibatkan bon kerajaan since 1MDB banyak guna bon kerajaan, TT orang yang paling arif. Lagipun perlantikan TT based on contract selama 2 tahun sahaja.

    ReplyDelete
  8. betul-betul sahih ke info ni?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p