PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP! [Kisah Benar] - sayidahnapisahdotcom PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP! [Kisah Benar]
LightBlog

PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP! [Kisah Benar]

Sekarang ni semua orang asyik melekat dengan gadget. Tak kira la orang dewasa, kanak-kanak malahan baby pun dah terbiasa dengan gadget di tangan.

Bila budak nangis, salah satu nak diamkan atau tenangkan dia.. gadget. Nak pujuk.. bagi gadget. Nak beri ganjaran sebab buat baik.. nah main gadget. Nak suruh behave.. tak perlu risau sebab ada gadget. Nak umpan buat sesuatu.. umpan dengan gadget. 

Kesimpulannya.. apa apa situasi dan keadaan mesti nak guna gadget (tapi tidak lah semua orang begitu).
PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP! [Kisah Benar]
PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP!
Saya tak salahkan 100% ibubapa atau insan lain yang menggunakan cara begitu. Kadang kadang saya pun guna cara itu hahaha. Yelah, sebab dah tak ada idea nak tarik perhatian budak-budak. At least kalau guna smartphone, boleh buka video kartun kegemaran mereka - Upin Ipin, Umar dan Hana, Baby Shark, Didi & Friends. Confirm punya lah.. confirm kalau buka je kartun-kartun tu, mesti bulat mata mereka. even tengah menangis pun boleh senyap.

Jika dah terdesak, okay lah kan guna cara beri gadget ni. Tapi kanak-kanak yang main gadget hampir setiap masa tanpa keperluan? Scary sebenarnya. SANGAT MENAKUTKAN.

Sebab apa?

1. Social life dengan orang sekeliling terbantut
PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP
PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP - tidak mahu bermain di luar 
Cuba bayangkan.. budak budak lain sibuk main aktiviti yang berbentuk fizikal (bola sepak, bola jaring, main guli, badminton, skipping, main masak masak dan sebagainya) tapi, budak yang sudah syok dengan gadget tak turut serta bermain dengan budak budak lain tadi.

Dia melekat je depan gadget hingga tak bergaul dengan sesiapa. Mak ayah atau adik beradik yang berada di sekeliling pun dia buat tak tahu je bila gadget dah ada di tangan. Bila nak bersosial nya?

2. Lack of communication skill

Bila tidak bergaul dengan orang lain, sudah pastilah kurang kemahiran berkomunikasi. Bila duduk dengan orang, at least kita bercakap juga walaupun sedikit ataupun kita boleh perhati macam mana orang berkomunikasi dengan baik.

Tapi kalau asyik mata ke gadget, minda khusyuk dengan gadget, tangan asyik bermain di gadget, mulut terkatup rapat.. bagaimana nak berkembang communcation skill kan? Lagi lagi budak-budak sedang develop skill.

3. Tak nak buat kerja lain

Kadang-kadang bila dah addicted dengan gadget, tak fikir benda lain dah. Tak peduli kerja lain dah. Homework cikgu beri dah letak ke tepi. Exam nak dekat tapi buat buat lupa. Ni semua bahana bila gadet dah terlalu serasi dengan kanak-kanak.
PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP
PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP - kurang membaca
4. Effect mata atau saraf muka

Bila mata terlalu lama berhadapan dengan cahaya yang tak sihat dari gadget (lebih-lebih lagi tengok gadget dalam gelap), boleh memberi kesan yang buruk kepada mata; seperti cepat rabun jauh/dekat.

Then, baru baru ni ada kisah benar - padah seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang selalu bermain gadget hingga menyebabkan gangguan saraf di muka; mata dan bibir kanak-kanak tersebut sering bergerak di luar kawalan.

PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP
PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP
Nauzubillahi min zalik.

Semoga kita dan semua kanak-kanak di dunia ini dijauhkan dari kejadian tersebut. Aminn~

Jangan salah faham.. entri ni bukan niat saya untuk salahkan mana mana pihak atau menyuruh semua orang anti-gadget.. NO.

Saya hanya berkongsi kesan buruk apabila kanak-kanak/budak-budak TERLALU KERAP bermain gadget, bila mereka TERLALU BIASA menghadap gadget pada usia masih muda. Dengan harapan kita semua akan lebih alert dengan kekerapan penggunaan gadget dalam kalangan budak-budak.

Sekian.. daa~ wassalam! :)

Post a Comment

5 Comments

  1. sha kadang takpaham yang bby pun dah ajar main gajet, kerap pulak tu. padahal cahaya dari tab, phone semua tak elok untuk mata dorang :(

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. selagi kita pandai kawal InsyaAllah takde masalah ke atas anak-anak kita.

    ReplyDelete
  3. Ibu bapa memang kena mainkan peranan penting bukan je kat anak2 tapi kat orang sekeliling supaya jangan gatal nak bagi anak kita main. Parenthood sangat susah. kena kental. ada yang mak ayah tak bagi anak main, jaga tapi org luar yang sibuk2 nak 'care' sangat haha. semoga Allah lindungi anak kita semua dari bahaya gadjet. not to mention, ni juga salah satu tentera Dajjal :) wallahualam

    ReplyDelete
  4. Anak abe kie yg umur 2 thn setengah pun kemaruk dgn hp.

    ReplyDelete
  5. bahayaanyaa..hemmm memang tak bagilah anaak pegang lama2

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p