#tips LANGKAH-LANGKAH AWAL jika serangga masuk telinga! - sayidahnapisahdotcom #tips LANGKAH-LANGKAH AWAL jika serangga masuk telinga!
LightBlog

#tips LANGKAH-LANGKAH AWAL jika serangga masuk telinga!

Langkah-langkah awal jika serangga masuk telinga | Orang kata kalau serangga masuk telinga, telinga sakit. Ada yang sakit sangat sangatt, sampai menggelupur!

Saya tak pernah lagi mengalami situasi di mana serangga masuk ke dalam telinga secara sedar. Ketika tak sedar, tak tahu la kan haha. Tapi sakit telinga tu pernah lah, cuma saya andaikan kalau saya sakit telinga, ianya disebabkan penggunaan earphone yang kerap atau selalu korek telinga. Pernah sekali paling teruk telinga sakit sangat sehinggakan effect tekak - bila telan apa apa even air liur pun sakit. Bila check rupanya ada jangkitan di telinga. Lepas makan ubat semua pulih sediakala.

Kes sakit telinga disebabkan serangga masuk tak pernah lagi Alhamdulillah. Tapi apa salahnya kan ambil tahu? Kalau bukan kita kena pun, mungkin family members atau kawan kita ke..

So.. apakah langkah mudah atau cara yang boleh kita buat sendiri (tanpa bantuan orang lain) untuk keluarkan serangga seperti semut & lipas dari dalam telinga? Bagaimana cara nya? Apa first thing first nak kena buat jika serangga masuk telinga?


LANGKAH-LANGKAH AWAL jika serangga masuk telinga

LANGKAH-LANGKAH AWAL jika serangga masuk telinga!
LANGKAH-LANGKAH AWAL jika serangga masuk telinga!
By: Dr Mohd Shaiful Nizam

"Dr, tolong tengokkan telinga anak saya, nampak macam ada serangga. Dia asyik menangis dan sakit dalam telinga" - Ini adalah situasi yang saya alami di klinik 2 hari yang lepas.

Ingin tahu apa LANGKAH-LANGKAH AWAL jika seranggan memasuki telinga anda?

1) JANGAN PANIK/KALUT

- Ini sangat penting, bukan sahaja bagi kanak-kanak, tetapi untuk orang dewasa juga (jangan terkejut, saya pernah dapat pesakit dewasa yang sangat agresif). Untuk ibu bapa, cuba tenangkan anak-anak anda dengan komunikasi yang berkesan.

2) JANGAN CUBA MASUKKAN "CoTToN BUDs" / BESI / KUNCI  KE DALAM TELINGA

- Ini perkara yang sangat biasa berlaku. ELAKKAN!! Kerana ia boleh menyebabkan serangga itu semakin tertolak ke dalam telinga & juga berisiko untuk cederakan saluran telinga termasuk gegendang telinga.

3) TITISKAN OLIVE OIL / MINYAK ZAITON KE DALAM TELINGA

- Ini boleh melemaskan / mematikan serangga tersebut agar tidak berlaku komplikasi yang lain disebabkan oleh serangga tersebut, lebih-lebih lagi bagi serangga yang agak besar.

4) ANDAI NAMPAK IA DILUAR, KELUARKAN

- Jika bernasib baik, bagi serangga yang sudah nampak keluar di hujung lubang/cuping telinga, boleh keluarkan samada gunakan jari anda (jika dapat) atau pengepit kecil yang boleh tangkap serangga tersebut.

5) MASIH DI DALAM, SEGERA KE HOSPITAL

- Walaupun rasanya serangga itu sudah mati , anda perlu SEGERA ke Hospital untuk Doktor keluarkan kerana andai dibiarkan di dalam telinga walaupun serangga itu sudah mati, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman telinga boleh berlaku.

6) ANDAI INI BERMANFAAT, KONGSIKAN

- Kongsikan pada semua termasuk kawan-kawan, saudara-mara, Cikgu sekolah termasuk sekolah memandu :)

#MedTweetMY


Soal Jawab (Q&A) dengan Dr Saiful berkaitan topik serangga masuk telinga


Q: Doc, kalau rasa dalam telinga bergerak gerak tapi dah lama more than 1 week tu pulak apa ye? Kekadang bunyi macam ada main drum kat dalam sebelah telinga.
A: Ada banyak punca..salah satu tahi telinga keras, jangkitan kuman, luka salutan telinga.. nasihat saya pegi jumpa Dr untuk buat pemeriksaan otoskopi.

Q: Doktor, eardrum saya pecah tahun 2008, sekarang dah 10 tahun, boleh buat lagi ke operation? Telinga kurang dengar dan tak boleh menyelam sebab air mudah masuk.
A: Boleh.. tiada masalah dengan syarat telinga kering.

Q: Assalamualaikum doktor. 2 tahun lepas telinga saya masuk serangga. Awal tahun ni saya pergi klinik untuk tanya, tapi doktor tu cakap jangan risau sebab serangga tu dah reput dalam telinga. Macam mana ya?
A: Kalau masih ada lagi dalam telinga kena keluarkan.. tak boleh biarkan walaupun dah mati/ reput.

Q: salam doc. saya daripada kecik kalau semut masuk telinga mesti letak air. sebab nanti semut tu akan lemas dan timbul. cara tu berbahaya ke?
A: Boleh. (boleh letak air dalam telinga)

Q: Salam doktor, macam mana pulak kalau rasa sakit dalam gegendang telinga, then bila bangun tidur semua berpusing. Adakah berkait rapat dengan vertigo?
A: Yup.. possible..

Q: Kita boleh letak any oil ke instead of olive oil? Let's say, minyak masak? Ke bahaya?
A: Tidak digalakkan.. kemungkinan akan ada reaksi dalam saluran telinga sebab kandungan minyak masak berbeza.

LINK

Semoga bermanfaat!

Daa~ wassalam!

Tag: pertolongan pertama ketika telinga kemasukan serangga, cara mengeluarkan semut dan serangga dari telinga dengan cepat, cara mengeluarkan semut atau serangga dari dalam telinga, langkah mudah keluarkan serangga di dalam telinga, cara mengeluarkan serangga dari telinga, langkah awal bila serangga masuk dalam telinga, langkah awal jika serangga masuk ke dalam telinga, tanda tanda serangga masuk telinga, ciri ciri telinga kemasukan serangga, cara cepat mengeluarkan serangga dari telinga, cara mengeluarkan serangga yang mati di dalam telinga, cara mengeluarkan serangga yang sudah mati di dalam telinga, cara mengeluarkan serangga dalam telinga, cara mengeluarkan sesuatu dari telinga

Post a Comment

5 Comments

  1. saya pernah alami, memang sakit ya allah rasa nak menggelupur lagi lagi kalau dia bergerak. dia bergerak macam ke dalam ke apa ntah. saya dah cuba buat tu tapi tak keluar jugak and then dalam perjalanan ke klinik tu dia keluar sendiri

    ReplyDelete
  2. Kasha kalau serangga masuk dlm telinga.. Masuk bilik, tutup lampu, letak telefon kat telinga, pasang flashlight.. Nti kita akan rasa die bergerak ke arah cahaya.. Alhamdulillah dpt keluar

    ReplyDelete
  3. alamak seramnya. selalu kalo rasa tu cepat2 tapi kalo time tidur kadang x sedar kan..

    ReplyDelete
  4. dulu masa kecik akak selalu kena.. huu~ sapu minyak angin kat belakang telinga.. nanti dia keluar la sendiri.. selalu nasib akak baik memang binatang tu keluar sendiri..

    ReplyDelete
  5. bahaya betul kalau serangga kecil masuk telinga.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p