sebab apa lelaki jual mahal? - sayidahnapisahdotcom sebab apa lelaki jual mahal?
LightBlog

sebab apa lelaki jual mahal?

Bilangan lelaki makin lama makin sikit di Malaysia ni. Menjadikan perempuan makin ramai dan lebih mendominasi. Bila perempuan nak pikat lelaki, lelaki jual mahal. Bila lelaki jual mahal, macam mana nak pikat?

Jual mahal di sini bukannya hanya bermaksud tidak melayan perempuan, tapi ianya membawa 1001 makna. Maksud jual mahal itu pelbagai. ianya berbentuk subjektif. Kita boleh kategorikan jual mahal itu kepada beberapa situasi dan keadaan:

- si lelaki petah berbicara & melayan perempuan. tapi apabila dipikat, si lelaki itu menolak (reject).
- si lelaki menunjukkan minat tapi bila kita membalas, tiba tiba terasa seperti tidak dilayan
- si lelaki masih single tetapi sejuk beku tidak mengendahkan perempuan di sekeliling dia
- si lelaki suka mengusik tetapi suka juga meletakkan limit perhubungan tidak lebih dari seorang kawan
- si lelaki suka perhatian dari kita tapi masih tidak menunjukkan tanda tanda mahu serius
- si lelaki seperti memberi harapan kepada kita tetapi dalam masa yang sama memberi harapan juga kepada wanita lain
- si lelaki sentiasa mahu berhubung dengan kita tetapi hanya setakat itu saja.
- si lelaki tiada girlfriend/teman wanita tapi menganggap semua perempuan adalah kawan sahaja.

dan sebagainya. hahaha. banyak lagi kes jual mahal tetapi atas ni adalah di antaranya. Kang nak list semua, sampai esok tak habis.

So.. persoalannya .. mengapakah lelaki jual mahal? Apabila lelaki jual mahal, macam macam lah si perempuan memikirkan apakah sebabnya. Apakah alasannya. Di manakah logiknya.

It sounds like.. perempuan tak boleh nak terima (in denial) bila si lelaki jual mahal tetapi.. kita kaum perempuan ni kan.. kaum yang lemah. Not lemah lembik awwwww. Tetapi lemah means hati mudah tersentuh dan super sensitif. Lagi lagi bila melibatkan perasaan suka, sayang dan cinta. Lagi lagi bila tengah period kan hahaha.

That's why perempuan suka cari sesuatu "reason" kenapa lelaki jual mahal. Kenapa lelaki reject? Kenapa lelaki tak layan? Kenapa lelaki seperti tak berminat? Kenapa lelaki tak mahu serius? Kenapa lelaki seperti mahu melarikan diri?
sebab apa lelaki jual mahal?
sebab apa lelaki jual mahal?

Antara sebab dan kemungkinan lelaki jual mahal dengan perempuan:


1. Sudah berkahwin / sudah berpunya

Iye kadang kadang kalau kita tengok si lelaki tu ramah mesra terlebih, mesti lelaki tu sebenarnya dah berkahwin/ bertunang atau sudah mempunyai kekasih hati. So, kalau lelaki tu suka melayan kita, jangan lah perasan dulu. Kemungkinan dia sudah berpunya, sebab itu dia selesa berkomunikasi dengan kita. Selesa berkomunikasi tidak semesti ianya petanda dia mahu mengorat kita.

Jangan nanti bila dah syok sendiri kemudian dia tak confess confess, kita kata dia jual mahal pula.

2. Tak straight (gay)

Nauzubillah~ Tapi pada akhir zaman sekarang ni, itulah realiti yang sangat menakutkan. Makin ramai lelaki yang bernafsu songsang. Makin ramai lelaki yang 'tak normal'. Makin ramai lelaki yang 'pelik-pelik'. Makin ramai lelaki yang tak lurus.

Tidak mustahil jika si lelaki tu menunjukkan dia 'jual mahal' dengan perempuan, maksudnya dia tiada hati dan keinginan terhadap perempuan. Tapi jangan lah terus menghukum dan terus memfitnah si lelaki itu gay ye! Ianya hanya satu KEMUNGKINAN. Moga kita tak bertemu lah dengan lelaki kemungkinan yang ini.

3. Masih belum move on dengan hubungan yang lepas

Orang kata first love sukar dilupai. Orang kata pengkhianatan dari cinta yang kita rasakan cinta sejati terlalu sukar untuk dilupakan. Orang kata putus cinta ini menyakitkan. Orang kata lelaki duda susah nak move on dari bekas isteri yang pertama (lagi lagi sebab isteri pertama meninggal dunia).

So.. possibilities si lelaki belum lagi move on dari hubungan yang lepas adalah sebab yang paling reasonable boleh kita fikirkan jika dia jual mahal dengan kita.

4. Bukan taste dia

Kebenaran itu pahit tetapi kita tak boleh nak paksa lelaki yang kita suka sukakan kita. Kalau rasa rasa macam lelaki tu jual mahal dengan kita, mungkin sebab kita ni bukan taste dia. Maksud sama erti yang lebih sopan adalah kita ni bukan termasuk dalam ciri ciri wanita idaman dia. Ataupun kita bukan wanita pilihan dia yang dia impikan selama ni. Ataupun sikap kita tak ngam dengan perangai dia.

Its okay. Accept the truth even it is hurt. Kumbang bukan seekor kan? Tapi makin pupus pula kumbang kat Malaysia ni! hahaha.

5. Trauma dengan kisah cinta yang gagal sebelum ini

Ni nampak macam sama dengan point yang ketiga tapi tidak sama. Lain. No.3 tu dia masih belum move on (maksudnya dia masih mencintai ex nya sebelum tu) tapi no.5 ini.. dia dah lupakan ex- (girlfriend or isteri) tapi takut untuk bercinta lagi.

Mungkin trauma atau serik. Mungkin si lelaki jual mahal sebab takut kisah cinta yang bakal dibina akan berakhir juga dengan kegagalan. Mungkin ye mungkin.

6. Tidak percaya akan cinta

Teringat pula lagu Liyana Jasmay "ku tak percaya cintaa... ku tak percaya C.I.N.T.A!" haha.

Nampak macam reason ni cliche tapi yang cliche tu lah sebenarnya yang biasa berlaku dalam realiti. Kenapa tak percaya dengan cinta?

Antaranya mungkin berpunca dari keretakan rumah tangga mak ayah atau orang rapat di sekeliling (adik beradik dengan ipar). Ataupun sebab asyik selalu dengar kes kes cinta atau rumah tangga yang pada akhirnya menjadi pengakhiran yang mengecewakan, menyakitkan dan menyusahkan.

7. Sikap peramah dan baik itu memang sifat dia

Ingatlah wahai kaum Adam.. kalau korang melayan dengan baik dan bersikap peramah dengan perempuan single mahupun wanita yang telah berpunya, pasti akan sedikit sebanyak hati mereka 'terusik'. Bukan lah semuaa perempuan rasa begitu. Tapi kebanyakannya. Lagi lagi yang masih single. Mesti terfikir macam "eh dia suka aku ke ek".

Then bila si perempuan dah perah-santan (perasan sendiri) dan si lelaki macam tuuuuu juga (tiada tindakan further or special), maka muncul lah label di muka lelaki itu dengan label JUAL MAHAL. Padahal....

memang si lelaki tu bersikap peramah dengan semua orang. Memang si lelaki tu ada DNA peramah dan easygoing wherever he goes.

8. Belum bersedia

Jika lelaki itu jual mahal, kemungkinan dia belum bersedia. Belum bersedia dari fizikal, mental, kewangan, ekonomi, rohani dan lain lain aspek.

Bukan si lelaki tak nak serius, tapi itu lah. Kemungkinan dia masih belum bersedia sepenuhnya. Bila tidak bersedia disebabkan hal-hal tertentu, dia pun tidak berani untuk meluahkan perasaan. Dia pun tak berani untuk move to the next step dan at the end dia hanya pendamkan sahaja.

But who knows.. Mungkin bila dah bersedia, dia akan reveal and confess his feelings one fine day.

9. Menjaga ikhtilat perhubungan

Ingat perempuan je ke yang nak jaga maruah dan adab kesopanan ketatasusilaan? Lelaki pun ada tau. Mungkin tak ramai tapi ada lelaki yang jenis 'menjaga'. Menjaga dari menghampiri 'zina'.

Thumbs up to them then!
sebab apa lelaki jual mahal?
sebab apa lelaki jual mahal?

Apa-apa pun.. di atas ini semuanya hanya KEMUNGKINAN sebab munasabah kenapa lelaki jual mahal terhadap perempuan. Salah satu nya berkemungkinan menjadi penyebab kenapa lelaki reject cinta anda. Berkemungkinan menjadi penyebab lelaki mengelak dari menerima confession anda.

Apa-apa pun.. kalau ada jodoh tak ke mana kan? Ehehe. So.. keep calm and redha.

Daaa~ wassalam!


Post a Comment

12 Comments

  1. crush saya dah berpunya..tapi dia mcm bgi chance kt sye untuk cuba usha dia...bila kita tanya "awak serius ke dengan makwe awk? " "ya saya serius" then kenapa ada peluang lagi untuk saya?
    menurut kamu macam mana?\

    menurut saya dan dia..selagi kau belum tunang dan kahwin..selagi tu masih ada peluang.kami berdua memilih konsep ni....hahaha tkthulh dpt ke tak nak pikat hati dia...^^"

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lelaki yang BAIK serius dengan makwe dia, dia tak bagi harapan (peluang) kat perempuan lain dah. kalau beri peluang kat orang lain, maksudnya dia tak setia. kalau cuya couple dengan dia, dia boleh buat benda yang sama kat cuya. cuya suka ke kalau pakwe masih beri harapan kat orang lain?

      kita jangan buat benda yang kita tak suka kat orang lain. :)

      Delete
  2. kalau ejulz cukuplah sekadar pandai jaga hati ejulz dan kedua ibu bapa ejulz.. :) dah jumpa. not available :D

    ReplyDelete
  3. i am so bad at this relationship thinggy

    ReplyDelete
  4. Kalau kemungkinannya yang no 9, memang lelaki yang bagus..

    ReplyDelete
  5. Bagus info ini..sila lah datang ke blog saya.. Http://akuman85.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Lelaki suka memendam dan paling misteri dimuka bumi ini. Penuh berahsia dan tak mudah nak share their feelings. Semoga bertemu jodoh yang baik dengan sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Tapi cerita ni takde kena mengena dengan saya pun sebenarnya haha.

      Delete
  7. Lelaki ni lebih simple banding pempuan kalau bab2 perasaan. Tapi hal2 memikir, lelaki lebih mendalam dan jauh fikirnya banding pempuan yang lebih kpd emosi dan jangka pendek :)

    Semoga Sayidah bertemu dengan imam yang boleh membimbing kepada kehidupan dunia dan akhirat.

    Youth Skincare Selamat lagi Berkesan tanpa Was-was

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Tapi entri ni hanya pendapat saya sahaja. Tiada kena mengena dengan saya pun haha

      Delete
  8. Mungkin sebab dia jual durian musang king.
    Kalau dia jual telur masin mungkin murah kot.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p