7 RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU SEDAP! - sayidahnapisahdotcom 7 RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU SEDAP!
LightBlog

7 RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU SEDAP!

7 RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU SEDAP | Fuhh petang petang hujung minggu ni.. sedap kalau kita layan 'snek' atau jamah kuih muih tradisional melayu yang sentiasa sedap dan mengancam kan?! Haa.. Bawah ni ada TUJUH idea resepi kuih Melayu lama yang masih digemari oleh orang ramai hingga sekarang.. yang anda boleh try :)


7 RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU SEDAP!

Sumber: Aneka Resepi Cake

RESEPI KUIH KERIA
resepi kuih keria
7 RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU SEDAP! - KERIA
Bahan-bahan:

500gm keledek
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi
1/4 cawan gula untuk sira dan sedikit air

Cara-caranya :-

1. Ubi keledek dikupas, dipotong kecil dan direbus sehingga empuk
2. Toskan keledek dan kemudian lecek hingga lumat
3. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama dengan keledek dan uli sehingga menjadi ketulan doh yang tidan melekat kat tangan.
4. Sapu sedikit minyak (atau air) dan sapu di tangan anda.
5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan kemudian leperkan sedikit dan tebuk lubang di tengahnya mengunakan jari telunjuk anda dan buat bulat seperti gelang.
6. Susun atas bekas yang telah disapu dengan sedikit minyak dan buat sehingga habis doh
7. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Toskan
8. Panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali yang lain dan kacau sehingga ia likat kemudian masukkan kuih yang telah digoreng tadi.
9. Padam api dan kacau atau golek-golek kuih tadi sehingga terbentuk bunga gula diatas kuih. Angkat.

Nota :-

- Pastikan keledek tidak direbus sehingga terlalu empuk sebab nanti doh akan menjadi terlalu lembik dan kuih tak berapa sedap.

- Saya hanya guna 1 sudu makan gula sahaja sebab tak suka manis sangat

- Untuk lebih cepat, saya selalunya akan panaskan 2 kuali sekali gus. 1 kuali untuk mengoreng dan satu kuali untuk masak air gula.

- Saya akan masukkan air dalam anggaran 1/2 cawan dan masak dengan api perlahan. Apabila kuih siap digoreng, air gula saya sudah likat dan saya terus sahaja masukkan dalam kuali kuih yang telah ditos tadi

RESEPI SRIMUKA PANDAN/ KELADI COMEL
resepi seri muka
7 RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU SEDAP! - SERI MUKA KELADI
Resepi oleh: Pn Ita Yazit

Bahan-bahannya:
Lapisan Bawah
✔ 2 cawan beras pulut susu
✔ 2 cawan santan
✔ Garam halus secukup rasa

Caranya
1 • Semua bahan di atas di kukus sehingga masak
2 • Pulut yang di kukus tadi digaul dengan sedikit pulut hitam yang telah di rebus dulu
3 • Masukkan ke dalam bekas atau loyang yang kita suka

Lapisan Atas
✔ 1 1/2 cawan tepung gandum
✔ 2 cawan santan ~ blender dengan daun pandan
✔ 1 sudu teh tepung ubi
✔1 cawan gula halus
✔ 1 biji telur
✔ Pewarna hijau apple /purple @ ungu secukupnya
Untuk lapisan atas boleh tambah emulco keladi/pandan

Caranya:
1 • 2 cawan santan blender bersama daun pandan dan tapiskan.
2 • Masukkan bahan yang lain dan kacau sebati dan tapiskan lagi
3 • Masakkan sekejap api perlahan hingga naik wap
4 • Dah siap masukkan ke dalam pulut yang di kukus tadi
5 • Kukus hingga masak selama 10 minit jika guna bekas kecil...jika guna loyang dlm 20 minit..ok siap.

Selamat mencuba!

RESEPI KUIH LAPIS
resepi kuih lapis
7 RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU SEDAP! - KUIH LAPIS
Bahan-bahan nya:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1/2 cawan gula pasir
21/2 cawan santan
Sedikit garam
Pewarna yang disukai

Cara-cara nya:
Masukkan semua bahan-bahan kecuali pewarna dan kacau sebati. Tapis dan bahagi dua & masukkan pewarna yang disukai dan boleh lah melapis. Air kukusan dipanaskan dahulu. Kukus lapis pertama dalam 4/5 minit dan kukus lapisan kedua dan buat sampai habis.

Sejukkan dahulu baru boleh dipotong.

RESEPI KUIH KETAYAP
resepi kuih ketayap
7 RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU SEDAP! - KUIH KETAYAP
Bahan-Bahannya:

Untuk Kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sdt garam
2 sudu makan minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung gandum

Cara Membuat Intinya:

1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
2. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering..
3. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai). Sejukkan inti.

Cara Membuat Kulitnya:

4. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah...
5. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati.
6. Guna kaedah ini, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan. Sapukan kuali dengan sedikit minyak (saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya). Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
8. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan..cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
9. Angkat dan ketepikan... Ulang langkah 5 - 8 hingga adunan habis. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
10. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas ke tepikan.... Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan...

Hidangan ini sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang bersama dengan keluarga tersayang

kredit resepi: tidak dapat dikesan, jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk email,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi.. terima kasih

RESEPI CUCUR BADAK
resepi cucur badak
7 RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU SEDAP! - CUCUR BADAK
Bahan-Bahan:

Bahan Inti –
½ biji kelapa parut
100 gram udang kering (rendam dan kisar)
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 tangkai lada merah
1 cm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Bahan Doh –
250 gram keledek (rebus dan lenyek)
3 ½ sudu makan tepung gandum
½ sudu teh garam
½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara Memasak:

Inti –
1. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
2. Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Kuih/ Cucur –

1. Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4. Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.

RESEPI KUIH GEGETAS
resepi kuih gegetas
7 RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU SEDAP! - KUIH GEGETAS
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
Sedikit air
Minyak - untuk menggoreng

Bahan sira:
1 cawan gula
1/2 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas, tuang air sikit-sikit dan uli sampai tepung agak-agak tak melekat kat jari.
2. Cubit adunan sebesar bola ping pong bulatkan dan kemudian dileperkan.
3. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.

Cara sira:
1. Masukkan gula, air dan daun pandan masak dengann api sederhana sehingga berbuih.
2. Masukkan kuih getas yang digoreng tadi dan kacau sampai gula bersakar.

RESEPI KUIH KASWI TEPUNG GANDUM
resepi kuih kaswi
7 RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU SEDAP! - KUIH KASWI/ KASUI
Bahan Sirap:
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
1 sudu besar kicap pekat (saya tambah)
Beberapa helai daun pandan

Masakkan semua dan sejukkan.

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji @ ubi @ jagung
1 sudu besar air kapur (sirih)
Kelapa parut - yang muda
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. Lapikkan plastik saiz loyang.
3. Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak (30 minit).
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kaswi yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Selamat memasak!

Daaa~ wassalam! :)



Post a Comment

5 Comments

  1. semua sedap2...tetiba rasa nak buat jugak...nak beli sikit sangat..buat sendiri baru boleh makan sampai kembung hehe

    ReplyDelete
  2. Adoiii semua kuih muih kesukaan i ni. Bila rajin nnt boleh laa buat.

    ReplyDelete
  3. dah tengok resepi ni rasa nak try masak la pulak. alahai sedap sangat nampaknya..

    ReplyDelete
  4. Ya ampun, kuih kaswi tu nak dapat yang sedap punya la susah.
    Nak buat sendiri entah bilanya. Huhuhu
    Mohon buat & pos kat akak. :P

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p