Dikemas kini: 18 Oktober 2026
Pernah tak korang tertanya-tanya artikel blog sendiri muncul di halaman berapa dalam Google? Kadang-kadang kita dah tulis panjang lebar, tapi bila cari menggunakan keyword tertentu, artikel kita langsung tak nampak dalam keputusan carian.
Sebenarnya, ada beberapa cara untuk menyemak kedudukan artikel blog di Google. Antaranya menggunakan carian Google secara manual dan Google Search Console untuk melihat kata kunci yang membawa pengunjung ke blog.
Dalam perkongsian kali ini, saya nak tunjukkan cara check keyword blog di Google, cara melihat prestasi artikel melalui Google Search Console serta contoh keputusan carian blog saya sendiri pada tahun 2019.
Nota: Screenshot lama dalam artikel ini merupakan rekod keputusan carian tahun 2019. Kedudukan artikel di Google boleh berubah mengikut masa, lokasi dan pelbagai faktor lain.
Cara Semak Keyword Blog Menggunakan Google Search Console (2026)
Kalau korang nak tahu keyword apa yang menyebabkan artikel blog muncul dalam carian Google, salah satu cara paling berguna ialah menggunakan Google Search Console.
Google Search Console ialah alat percuma daripada Google yang membantu pemilik blog melihat prestasi laman web dalam hasil carian Google.
Langkah 1: Buka Google Search Console dan pilih blog yang ingin disemak.
Langkah 2: Klik menu Performance (Prestasi), kemudian pilih Search results (Hasil carian).
Langkah 3: Scroll ke bawah sehingga jumpa bahagian Queries (Pertanyaan). Di sinilah korang boleh melihat keyword yang menyebabkan blog muncul dalam hasil carian Google.
Langkah 4: Semak maklumat seperti:
* Total clicks: Bilangan klik daripada hasil carian Google.
* Total impressions: Bilangan kali halaman blog dipaparkan dalam hasil carian.
* Average CTR: Peratus paparan yang menghasilkan klik.
* Average position: Purata kedudukan dalam hasil carian bagi data yang dipilih.
Langkah 5: Kalau nak semak keyword untuk satu artikel sahaja, klik Pages, pilih URL artikel tersebut, kemudian kembali ke bahagian Queries.
Dengan cara ini, korang boleh mengenal pasti keyword yang membawa trafik ke blog dan artikel yang berpotensi untuk ditambah baik.
Nota: Data Google Search Console bukan semestinya menunjukkan kedudukan tepat artikel pada setiap carian. Kedudukan boleh berubah mengikut lokasi, peranti, masa dan jenis carian.
Kemas Kini 2026: Adakah Incognito Mode Menunjukkan Ranking Google yang Tepat?
Dulu, saya menggunakan Incognito Mode untuk menyemak kedudukan artikel blog dalam hasil carian Google kerana mod ini mengurangkan pengaruh sejarah carian yang disimpan dalam pelayar.
Walau bagaimanapun, penggunaan Incognito Mode tidak semestinya menunjukkan ranking sebenar atau kedudukan yang sama untuk semua pengguna. Keputusan carian Google masih boleh berbeza mengikut lokasi, peranti, bahasa dan masa carian.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik tentang prestasi keyword blog, saya lebih mengesyorkan penggunaan Google Search Console, terutamanya laporan Performance yang menunjukkan jumlah klik, impressions, CTR dan average position.
Screenshot dan contoh carian tahun 2019 di bawah dikekalkan sebagai rekod pengalaman saya ketika mula belajar tentang SEO blog.
Check 'search keywords' di Google.. blog Sayidah Napisah muncul kat page berapa?
1. tukar duit raya 2019
- first page Google. image pun ada kat atas-atas.
![]() |
| search keywords blog di Google |
![]() |
| search keywords blog di Google |
2. sultan pahang mangkat
- kat page takde. kat image ada tapi tu pun kena scroll ke bawahhh bawahhhhhhhh.
3. bsh 2019 fasa 2 bila masuk
- kat Google page takdok. kat Google images ada.
![]() |
| search keywords blog di Google |
4. kalau tak solat jumaat kena solat zohor lelaki
- ni pun sama. page tak keluar blog den tapi kat Images Google ada. tu pun seketul je haha.
![]() |
| search keywords blog di Google |
5. lagu raihan sesungguhnya - sama juga dengan no.4
6. mi tulang sedap
- 1st page Google. image pun ada bahagian paling atas.
![]() |
| search keywords blog di Google |
![]() |
| search keywords blog di Google |
7. bank yang boleh tukar duit raya area johor bahru
- 1st page Google
- the result is same with no.1
8. beza bercinta dengan bercouple
- 1st page Google
![]() |
| search keywords blog di Google |
![]() |
| search keywords blog di Google |
9. bsh fasa2 2019 - same with no.3
10. gagal test jpj kereta
- 4th page Google tapi kat bahagian Images, agak banyak gambar entri den punya haha.
![]() |
| search keywords blog di Google |
![]() |
| search keywords blog di Google |
11. bsh fasa 2 2019 - same with no.3
12. bolehkah kita buat praktikal di branch bank
- 1st page Google
![]() |
| search keywords blog di Google |
![]() |
| search keywords blog di Google |
13. cara daftar online banking bank islam
- 1st page Google
![]() |
| search keywords blog di Google |
![]() |
| search keywords blog di Google |
14. cara untuk semak keputusan upu 2019
- 6th page Google. kat image pun ada.
15. http://hotlink.com.my/r beli pas internet - page takde, image pun takde
16. dalam rajah di bawah, ab ialah tangen sepunya kepada dua bulatan yang masing-masing berpusat p dan q - page takde, image pun tak ada
Pelik kan no.15 & no.16 tu? Hahaha. Saya pun tak faham macam mana keyword tu boleh melekat kat blog saya. Pelik wa hairan wa ajaib.
Eventhough yes, saya memang pernah buat entri pasal Matematik, Hotlink Hour & pas internet mobile Maxis tapi tak jumpa pun entri saya bila search keywords tersebut. Hmmm. Lantak pi lah haha.
Korang pun kalau nak check, sangat dialu-alukan. Selain memberi motivasi dan menambahkan semangat kita untuk update blog, kita juga boleh add to our achievement as a blogger hehe.
![]() |
| search keywords blog di Google |
So.. MORAL OF THE STORY lepas saya search keyword-keyword entri blog di Google..
- gambar itu penting! wajibkan diri sendiri untuk letak gambar sekurang-kurangnya satu di dalam entri blog. lebih banyak, lebih bagus.
- watermark di gambar itu penting! apa itu watermark? yang ada nama / URL blog kita di gambar itulah watermark. saya kekadang tak rajin juga nak letak hahaha. tapi better letak sebenarnya. kalau tak letak, orang senang senang boleh 'curi' tanpa letak kredit ke kita.
- update je apa apa entri di blog! update lah APA APA topik, dicsussion,info, things you like. anything. just... update. sebab percayalah.. ada few entries dalam blog saya yang saya tak sangkapun akan berada di first page Google. Ada artikel ringkas yang saya just suka suka update tapi orang ada datang baca.
- keep on usaha and be patient. ada entri blog saya yang dah beberapa tahun lepas baru hits sekarang. ada yang dua tahun lepas, baru sekarang ramai yang cari. maksudnya.. IT TAKES TIME. just sabar dan betulkan niat. usaha akan buahkan hasilnya juga inshaaAllah.
Kesimpulan
Nak tahu blog kita muncul di halaman berapa dalam Google sebenarnya tak susah. Cuma, kita kena faham bahawa kedudukan artikel dalam hasil carian boleh berubah dari semasa ke semasa.
Kalau dulu saya suka menyemak keyword menggunakan Google secara manual dan Incognito Mode, sekarang Google Search Console menjadi pilihan yang lebih berguna untuk melihat prestasi sebenar blog berdasarkan data carian.
Melalui Google Search Console, kita boleh mengenal pasti keyword yang membawa pengunjung ke blog, artikel yang menerima banyak klik serta halaman yang masih berpotensi untuk diperbaiki dari segi SEO.
Bagi korang yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging, jangan terlalu risau kalau artikel belum muncul di halaman pertama Google. Fokus dahulu pada penulisan yang bermanfaat, maklumat yang tepat dan pengalaman membaca yang baik.
Semoga perkongsian ini membantu korang memahami cara check keyword blog di Google dengan lebih mudah. Selamat mencuba! ❤️
Chaiyok chaiyok! hehe. okay thats all.
Moga bermanfaat.
Till next time! Daa~ wassalam! :)


















3 Comments
Wah..kena check ni..boleh tahu potensi...boleh juga jadi motivasi.
ReplyDeletePerkongsian yang bagus. Semoga kita semua terus semangat berblogging.
ReplyDeleteakak pun kadang2 rajin juga cek..sebab kita kadang2 buat entri job kan...biar lah di first page google supaya klien puas hati...
ReplyDeletetibe ku nampak sis lin di situ..hahaha
Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p