Jom Tengok 40 Keyword Entri Blog Semalam & Minggu Ini! - sayidahnapisahdotcom Jom Tengok 40 Keyword Entri Blog Semalam & Minggu Ini!
LightBlog

Jom Tengok 40 Keyword Entri Blog Semalam & Minggu Ini!

Jom Tengok 40 Keyword Entri Blog Semalam & Minggu Ini! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Harini nak share sikit tentang ilmu blog berkaitan dengan search keywords / keyword entri blog. Apa itu keyword blog? Macam mana nak check keywords entri blog kita? Apa beza tengok keyword di traffic stats blogger.com dengan Google Analytics (GA)? Apakah maksud 'Organic Search'? Untuk apa nak tengok keyword entry blog? What the importance of it? Ada kelebihan apa apa ke? Boleh bantu untuk tingkatkan trafik blog kah? Nak tahu semuaaaaa jawapan bagi soalan-soalan tersebut, baca dari mula untilll the end of this entry okay? Hehehe.

Ada dua 'tempat' boleh tengok. Di traffic stats blog (blogger.com) dan di Google Analytics.  Ada je medium lain lagi yang boleh kita tengok keyword blog. Tapi yang biasa saya tengok, dekat dua ni je lah.

Saya tunjuk kedua-duanya ye?



Apakah Keyword Entri Blog Sayidah Napisah Semalam & Minggu Ini? Let's see!


1. TRAFFIC STATS BLOG
keyword blog
Keyword Entri Blog (Day)
Search Keyword semalam (16 Mei 2019):

- dalam rajah di bawah, ab ialah tangen sepunya kepada dua bulatan yang masing-masing berpusat p dan q.
- roti keramat resepi
- bantuan khas hari raya 2019
- bolehkah kita buat praktikal di branch bank
- bonus kakitangan awam 2019
- bonus raya penjawat awam 2019
- kelayakan memohon kerja di bank rakyat
- resepi kuih raya 2019
- rsm kereta manual

Search Keywords for this week:

- lagu sesungguhnya raihan 2019
- lirik lagu sesungguhnya2019
- pemarkahan addmath spm
- cara semak keputusan upu
- dalam rajah di bawah, ab ialah tangen sepunya kepada dua bulatan yang masing-masing berpusat p dan q.
- maksud trengkas
- nama nama air balang
- puasa telan hingus
- resepi sahur mudah 30 hari
- roti keramat resepi
keyword blog
Keyword Entri Blog (Week)
2. ORGANIC SEARCH KEYWORD di Google Analytics

Weekly (10 Mei - 16 Mei 2019):

- bagaimana puasa jika mandi wajib haid selepas azan subuh
- bantuan khas hari raya 2019
- batalkah puasa dan solat jika menelan hingus
- BOLEH KE SEDUT HINGUS TIME PUASA
- bonus kakitangan awam 2019
- cara nak cek no tracking skynet
- cara pandai matematik pt3
- doa munajat sebelum berbuka puasa
- drama my dear mr dimple
- kelayakan memohon kerja di bank rakyat
- kuih muih tradisional malaysia
- lagu sesungguhnya aliff satar
- maksud trengkas
- nama nama air balang
- resepi koktel
- resepi kuih raya viral 2019
- resepi sahur mudah 30 hari
- resipi berbuka
- sifat perempuan yang lahir bulan ogos
- solat zuhur pada hari jumaat bagi wanita
- tanda tanda perempuan suka pada kita
keyword blog google analytics
Keyword Entri Blog di Google Analytics
keyword blog google analytic
(cont.) Keyword Entri Blog di Google Analytic

Macam mana nak check keyword entri blog kita?


1. TRAFFIC STATS BLOG

Sign in blog anda (www.blogger.com) > Stats > Traffic sources > Search Keywords

Boleh pilih nak tengok senarai keyword pada masa SEKARANG (now), HARI INI (day), MINGGU INI (week), BULAN INI (month) atau SEPANJANG BLOG KITA WUJUD DI DUNIA INI (all time).

2. GOOGLE ANALYTICS

Sign in Google Analytics anda (analytics.google.com) > Under REPORTS, klik Acquisition > All Traffics > Channels > Organic Search

Saya prefer buka Google Analytics ni direct di browser Google Chrome atau Mozilla ye. Maksud saya.. pergi terus ke website. Jangan buka apps. Sebab saya tak pernah install apps Google Analytics, apatah lagi menggunakannya haha. So, tak tahu macam mana rupa dan susun atur apps tersebut.

Kot-kot ada yang kurang jelas step step nya.. boleh lihat video di bawah ni. Saya ada tunjuk cara-caranya. Mudah sajaa. Don't worry hehe.


Apa beza tengok keyword di stats blogger.com dengan Google Analytics (GA)?

Kalau kat stats blog, kita tak boleh nak tengok keyword pada hari sebelum sebelum ni. Ianya hanya ada now, day, week, month & all time. So, kita tak boleh nak tengok keyword untuk semalam, kelmarin, tahun lepas ataupun 2 tahun yang lepas.

Jika di GA pula, kita boleh pilih specific date yang kita nak tengok. Contohnya, nak tengok list of keywords pada hari kelmarin; hari Rabu. Kita just klik tarikh hari Rabu tersebut iaitu May 15, 2019 - May 15, 2019. Then, akan keluarlah semua keyword organic search on that day.

Kan tadi ada part Google Analytic tu, kita kena klik kat word organic search kan?

Apa benda ORGANIC SEARCH tu sebenarnya?

Okay.. Kita kena tahu dan faham dulu bahawa terdapat EMPAT channel/cara/medium orang boleh jumpa blog kita.

1. Social
2. Organic Search
3. Direct
4. Referral

First of all, organic search..

Organic maksudnya apa? Yeapp. Asli, original, raw. Senang cerita.. ORGANIC SEARCH ni adalah keyword yang orang taip di enjin carian/search engine (such as Google, Yahoo, etc) dan kemudian klik link entri blog kita.

Organic search ni orang yang cari kita, bukannya kita cari mereka. Contohnya, jika orang klik link yang kita share di Facebook, Instagram, Twitter or Pinterest adalah BUKAN organic search. Ianya tergolong dalam SOCIAL.

DIRECT pula orang terus taip URL blog kita. Contohnya, buka browser Google Chrome, terus type www.sayidahnapisah.com di bahagian URL.

On the other hand, jika blogger lain letak link blog kita di blog beliau (contohnya di bloglist), pengunjung yang singgah masuk ke blog beliau klik blog kita.. ianya dinamakan REFERRALKira macam backlink lah senang cerita.

Ada fahamm? Hahaha.

Tapi.. buat apa nak tengok keyword entry blog? What the importance of it? Ada kelebihan apa apa ke?

Tak wajib pun dan tak effect trafik blog kita pun honestly haha. Tapi.. takkan tak curious keyword apa yang orang cari di Google sampai jumpa blog kita? Dalam beratus/beribu views blog kita setiap hari.. takkan tak nak tahu apa bendaa laaaa mereka cari kat blog kita sebenarnya?

But in my opinion, sedikit kepentingan dan kebaikan kita tengok keywords blog adalah:

1. Bila kita tengok keyword, at least kita tahu "oh, mereka suka cerita yang macam ni", "oh, hot topik macam ni dorang suka", "wah benda macam ni pun orang suka cari". Kita boleh tengok orang suka 'tema' or niche entri yang mana. Kita boleh nampak orang lebih cenderung untuk cari certain certain topik.

So that kita boleh banyakkan lagi topik yang sebegitu. Nanti yang untung siapa? Kitaaa juga hehe.

2. Kita boleh juga kaji macam mana penggunaan dan susunan keyword yang netizen search di Google/Yahoo.

So that kita tahu nak letak keyword apa yang sesuai di bahagian 'Search Description' ketika karang entri blog (edit post).

Ianya penting dalam menaikkan entri blog kita ke page utama/ top 10 page Google. (a.k.a teknik SEO)

Contohnya:
search desciption blog
boleh letak keyword yang sesuai di bahagian 'Search Description' entri blog
Okay itu sahaja. Harapnya faham lah ye apa yang saya nak sampaikan kat atas ni hahaha.

Kalau ada yang kureng faham atau nak tanya apa-apa kemusykilan berkaitan dengan keyword blog.. silakan. Just drop the question at the comment section below! Mana yang saya tahu, saya akan jawab :)


Post a Comment

10 Comments

  1. Terbaik la... nanti boleh cuba tanpa keyword~ hehe

    ReplyDelete
  2. uwahhhhhh thnk you. serious Ray baru tahu. satu lg ilmu baru. Alhamdulilahhh

    ReplyDelete
  3. Wahh tips yg sgat membantu.. sy suka baca tips blogging dr KC.. byak belajr dr sini hehe

    ReplyDelete
  4. Mmg seronok tgk keywords apa yg org cari. Hehe. Slalu jgak tgok.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih tau sharing berguna sangat

    ReplyDelete
  6. tak pandai guna GA, data semua kosong. Pening dah so guna Blogger punya je tengok keywords atau data lain

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p