KOLEKSI RESEPI WESTERN FOOD/ MASAKAN BARAT - meatball ala IKEA, burger, pizza, pasta - sayidahnapisahdotcom KOLEKSI RESEPI WESTERN FOOD/ MASAKAN BARAT - meatball ala IKEA, burger, pizza, pasta
LightBlog

KOLEKSI RESEPI WESTERN FOOD/ MASAKAN BARAT - meatball ala IKEA, burger, pizza, pasta

KOLEKSI RESEPI MASAKAN BARAT/ WESTERN FOOD - meatball ala IKEA, burger, pizza, etc

resepi western food masakan barat
resepi western food masakan barat mudah dan sedap
1. Resepi Swedish Meatballs Ala IKEA

Bahan-bahan:

Meatballs secukupnya (guna brand Marina) goreng atau boleh juga di bake di dalam oven.
2 (sb) sudubesar butter
2 (sb) sudubesar tepung gandum
1 biji bawang holland, dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
1 cawan fresh milk
1 cawan air
3 sudubesar sos tomato
3 sudubesar sos tiram
2 sudubesar kicap manis
2 sudubesar lada hitam tumbuk (nak lebih hot add 1 sudubesar lagi)
1 kiub pati daging
1 kiub pati ayam
1 sudubesar gula

Cara Penyediaan:

1. Cairkan butter dengan menggunakan api perlahan dan tumis bawang besar hingga layu, tapi jangan sampai garing.
2. Masukkan tepung gandum, kacau rata hingga berubah warna menjadi sedikit brownish. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
3. Masukkan fresh milk, air, sos tomato, sos tiram, kicap manis, lada hitam, kiub ayam dan daging serta gula. Kacau rata hingga mendidih dan jangan biarkan sauce berketul.
4. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit dan kemudian masukkan ke dalam blender dan di blend hingga halus.

Sedia untuk dihidangkan!
resepi meatball ala ikea
resepi western food masakan barat - meatball ala IKEA
Tips: Gravy ini boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru blend dia. Dan gravy ini juga boleh dimakan dengan chicken chop. Cuma tambah hirisan mushroom ya.

Sumber: Danish Harraz via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resipi Muffin Telur

Bahan-Bahan:

5 biji telur gred B
2 keping Cheese – Boleh guna Cheesedale
1/2 batang carrot – dipotong kecil
Sedikit timun – dipotong kecil
Sedikit lada benggala – dipotong kecil
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam

Cara Penyediaan:

1. Potong sayur-sayuran tersebut atau boleh juga disagat.
2. Masukkan sayuran ke dalam acuan muffin.
3. Taburkan sedikit kepingan cheese ke atas sayuran tersebut dan ketepikan sekejap.
4. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga hancur, perasakan dengan sedikit garam dan lada.
5. Tuang telur tadi ke dalam acuan hingga menutupi sayuran tadi (jangan sampai penuh, nanti melimpah)
6. Masukkan ke dalam oven yang telah sedia dipanaskan (suhu 180-200 °C). Bakar selama 20-25 minit dengan api atas bawah.
7. Tunggu hingga sejuk dan hidangkan.
resepi muffin telur
resepi western food masakan barat - muffin telur

3. Resipi Burger Homemade Yang Mudah dan Sihat

BAHAN-BAHAN

Bahan-bahannya yang diperlukan adalah seperti berikut:

2 ketul dada ayam @ daging
2 ketul kentang @ carrot
2 biji telur
1 labu bawang besar
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil hilal @ kiub ayam
1 sudu kecil serbuk soda *
3 sudu kecil tepung gandum *
2 sudu kecil tepung ubi*
resepi burger homemade sedap
resepi western food masakan barat - burger homemade sedap
CARA BUAT BURGER ‘HOMEMADE’: LANGKAH DEMI LANGKAH

Ini langkahnya:

1. KISAR
Kisarkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda*.

2. CAMPURKAN SEMUA BAHAN

Setelah dikisar, pindahkan ke dalam bekas dan gaulkannya dengan sebati.
Kemudian, masukkan bahan-bahan selebihnya yang bertanda *.

3. MASUKKAN DALAM ACUAN

Bentukkan daging burger dengan menggunakan acuan untuk menggoreng telur seperti dalam gambar ini.

Pastikan anda melapik bahagian bawah acuan dengan plastik atau apa-apa yang sesuai.

4. KUKUS

Kukuskan daging burger ini selama 15-20 minit, hingga daging burger tadi mula terbentuk.

5. SEJUKKAN

Seterusnya, sejukkan pula di dalam peti sejuk. Kalau ada buat lebih, boleh simpan di bahagian ‘freezer’ untuk disimpan lebih lama.

Bila nak makan, baru keluarkan macam biasa.

6. BAKAR

Selepas disejukkan, anda bolehlah membakarnya seperti biasa di atas kuali leper. Siap untuk dihidangkan mengikut citarasa anda.

- cara buat burger -

HIDANGKAN MENGIKUT CITARASA

Mudah, bukan? Terpulanglah nak bubuh ‘cheese’, salad, tomato, sos dan sebagainya, macam burger yang dibeli di kedai.

Tapi kalau di rumah, bolehlah buat ikut selera masing-masing. Lebih puas hati dan berbaloi!

Untuk lebih sihat, gunakan kiub/ stok ayam yang dibuat sendiri.

4. Resepi LambChop Black Pepper
resepi lamb chop
resepi western food masakan barat - lambchop black pepper
Bahan-bahan untuk perap lamb shoulder (anggaran 7 keping):

● 6 keping lamb shoulder
● Bahan kisar: 5 cm halia,
● 1 cm kunyit hidup,
● 4 ulas bawang putih dan
● 4 ulas bawang merah
● 3 sudu besar madu
● 4 sudu besar Sos tiram
● 4-5 sudu besar lada hitam kisar
● 1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis ,
● 1/2 sudu kecil jintan putih
● 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar,
● Sedikit kicap cair penganti garam

Cara menyediakannya:

1. Masukkan ke semua bahan perap ke dalam bekas.
2. Masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati
3. Perap lamb shoulder selama 2-3 jam atau semalaman.
4. Bakar lamb chop sampai masak. Boleh guna juali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang.

Bahan-bahan sos:

1. Saki baki bahan perapan
2. 2 sudu teh sos tiram
3. 2 sudu teh sos tomato
4. 4 sudu besar lada hitam kisar
5. 2 sudu teh brown sugar

- semuanya di masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih. Sebelum angkat pekatkan black pepper sos dengan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi.

Sedia untuk dihilangkan bersama hiasan yang diingini.
resepi lambchop
resepi western food masakan barat - LAMB CHOP

5. Resepi Seafood Spaghetti Aglio e Olio
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

500 gram spaghetti
1/4 cawan minyak olive
5 ulas bawang putih - hiris nipis
4 biji cili kering - potong kecil
1/2 tsp (maksud: teapoon) red pepper/dried chilli flake
50 ml water + 1 tsp chicken stock
Chopped fresh parsley
Garam
Coarse black pepper

Seafood:
8 scallops
8 mussels
Udang, sotong atau apa apa yang disukai
resepi spaghetti aglio e olio
resepi western food masakan barat - seafood spaghetti aglio e olio
Cara cara:

1. Sediakan bahan bahan yang diperlukan supaya memasak menjadi cepat dan pantas. Scallops dan mussels dilap kering. Bawang putih dihiris nipis dan sediakan chicken stock. Pasta direbus.

2. Panaskan minyak olive, tumis bawang putih dengan api perlahan sambil dikacau kacau sehingga ianya kekuningan. Masukkan cili kering yang dipotong kecil.

3. Masukkan sedikit chicken stock bertujuan untuk memberhentikan bawang putih dari terus garing.

4. Masukkan scallops dalam kuali dan dibalik balikkan. Masukkan pula lain lain seafood. Kalau dikuatiri terlebih masak, boleh dikeluarkan dulu seafood dari kuali dan masukkan semula masa hidangan.

5. Bila seafood hampir masak, masukkan pasta. Pasta hanya direbus 3/4 masak. Angkat dan toskan air. Masukkan pasta dalam kuali. Kacau rata rata. Kalau kering, boleh tambahkan baki chicken stock.

6. Akhir sekali, taburkan red pepper flake, garam dan black pepper.

Untuk menghidang, masukkan pasta dalam pinggan dan tuang sedikit lagi olive oil. Selepas itu hias dengan menyusun seafood dalam pinggan. Kemudian tabur parsley sebagai hiasan.

6. Resepi Pizza Homemade TANPA OVEN Sedap Macam Pizza Hut!
resepi pizza tanpa oven
resepi western food masakan barat - PIZZA homemade tanpa oven
Pizza kuali lagi, kali ni untuk bekal anak pergi sekolah..
100% masak atas api, tak perlu oven..

Resipi untuk 5x pizza:

Tepung gandum 1 kg
Air suam 2 cawan
Mauripan 1 peket
Minyak masak 2 sudu
Gula 1 sudu
Secubit garam

*uli bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit ye. Berpeluh-peluh la jugak haha.

Bahan topping:
Sos pasta tradisional- jenama bebas.
Boleh letak macam-macam topping - Hot dog/ ayam/ cendawan butang/ nanas/ tomato/ cheese/ seafood

Tumis bawang, bila dah wangi.. masuk bahan basah yang lain. Perasakan dengan garam dan lada hitam- ketepikan.

Step by step:

1. Gaul tepung dengan minyak.

2. Tambah air. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit, bila dah tak melekat kat tangan, tutup dengan tuala, rehatkan 1 jam.

*sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1 cawan air tu, tuang mauripan dalam tu, masuk secubit gula.. lepas 2-3 minit, dah muncul buih-buih, baru campur dan uli tepung jadi doh.

Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar.

3. Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih.

4. Bentukkan doh, bila dah elok bulat dan leper, letak atas kuali.

5. Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yang anda buat. Tutup dengan tudung periuk.

6. Kalau suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sebelum isi topping..

7. Kalau suka lembut gebu macam roti, letak topping atas doh mentah, baru masak.. susun siap-siap atas kuali ye.. baru senang sebab tak perlu nak angkat-angkat doh tu.. sebab topping tu berat.. nanti berat dan susah nak letak atas kuali/ pan pulak..

8. Cheese tu ambil masa 3-4 minit untuk cair ye..

*nak cepat.. buat pakai roti nan/ arab..
*resepi doh ni boleh buat donut, roti dan pau..

Kredit resepi ini kepada murni rahmat #MAHN

7. RESEPI Pasta Spiral Goreng Lada Hitam
resepi pasta spiral goreng
resepi western food masakan barat - PASTA spiral goreng lada hitam
Bahan-bahan:

1 peket spaghetti
1 peket daging kisar atau 1 peket daging burger Ramly
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang carrot
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar biji lada hitam - ditumbuk lumat boleh tambah ikut selera sendiri
1 kiub perasa daging - boleh tambah
Garam secukup rasa
Daun bawang atau daun sup secukupnya

* tambah atau kurangkan bahan ikut pada selera sendiri ya. Pastikan jangan letak terlalu banyak lada hitam nanti pasta ni jadi pedas menyengit pula hehehe

CARA MEMASAK:

Kupas semua bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk sampai lumat. Rebus speghetti sampai empuk dan ditos . Bersihkan carrot dan dipotong menjadi kiub-kiub kecil.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi. Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging.

Masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam dan daun bawang/sup yang diracik nipis.

Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api.

8. Resepi Spaghetti Carbonara
resepi spaghetti carbonara
resepi western food masakan barat - SPAGHETTI carbonara
Bahan-bahan diperlukan:

1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
1 tin sos carbonara Prego
Sedikit isi ayam atau daging (ja guna yang kisar punya)
Bawang putih (cincang)
Bawang merah (cincang)
Mushroom butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar
Sedikit daun parsley
Garam secukup rasa
Lada sulah

Cara menyediakan dan memasak:

1. Macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin atau minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
2. Tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak k.
3. Masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
4. Masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
5. Nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
6. Letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya, untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.

9. Resepi Cheezy Wedges Kentang Ala KFC
resepi cheezy wedges kfc
resepi western food masakan barat - CHEEZY WEDGES kentang ala KFC
CARA BUAT WEDGES KENTANG ALA KFC OLEH SALIMAH OLIE

Berikut adalah bahan dan resepi yang diperlukan untuk membuat cheesy wedges ala KFC yang sedap dan lazat.

BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang – Kalau tak nak kupas kulit pun tak mengapa. Tapi, pastikan ianya dibasuh bersih ya.
Mixed herbs
Lada sulah
Garam
Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)

CARA-CARA:

1. Potong Kentang
Pertama sekali, potongkan kentang dalam bentuk wedges.

2. Kukus
Kemudian, kukuskan kentang supaya agak-agak lembut. Lebih kurang dalam 5-7 minit.

3. Gaulkan Mixed Herbs
Selepas dikukus, keluarkan dan letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Ini jenama yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh. Gaulkan biar sebati.

4. Taburkan Tepung Jagung
Seterusnya, taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.

5. Goreng
Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.

Di bawah ini adalah cara membuat sos cheesy homemade:

CARA BUAT SOS CHEESY HOMEMADE

Berikut adalah bahan dan cara membuat sos cheesy homemade yang boleh anda cuba.

BAHAN-BAHAN:

3-4 sudu makan mentega / marjerin
250ml susu segar / susu cair
1 sudu makan tepung gandum yang diayak
1 kiub pati ayam
6 keping keju biasa
Sedikit serbuk lada hitam & lada putih
Sedikit pewarna kuning (optional)

CARA-CARA:

1. Panaskan Bahan
Mula-mula, cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati.

2. Masukkan Kepingan Keju
Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak.

Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.

3. Siap

Pastikan sos tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak dah sesuai, boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.

*Kalau nak lagi mudah, gunakan terus serbuk cheese segera. Cuma ambil 3 sudu besar serbuk ini dan bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga ia menjadi sos.

10. Resepi Mushroom Soup & Garlic Bread Ala Pizza Hut
resepi mushroom soup garlic bread
resepi western food masakan barat - MUSHROOM soup Garlic bread ala Pizza Hut
CARA BUAT MUSHROOM SOUP DAN GARLIC BREAD ALA PIZZA HUT

Menurut Puan Yatie, inilah permintaan anak-anaknya yang demam apabila tak lalu makan nasi. Walaupun nampak simple dan ringkas, tapi tetap menyelerakan.

RESEPI MUSHROOM SOUP ALA PIZZA HUT

Pertama sekali, mari kita lihat cara membuat mushroom soup atau sup cendawan. Bahan-bahannya adalah seperti yang disenaraikan di bawah.

Bahan-bahan:

300ml air
500ml susu segar
1-2 kiub ayam
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar mentega
1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)
sedikit serbuk perasa

Cara-cara:

1. Tuangkan air dan susu ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih, dan kemudian barulah masukkan kiub ayam.
2. Kacau 2-3 minit dan masukkan pula lada hitam dan cendawan butang. Kacau lagi selama lebih kurang 15 minit.
3. Seterusnya, masukkan daun parsley, mentega, dan garam. Kacau lagi dalam 10 minit.
4. Bancuhkan tepung dengan air dan kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapiskan ke dalam periuk.
5. Kacau sebati. Reneh agak lama supaya semua bahan dapat masak dengan elok. Sup akan menjadi pekat. Siap!

RESEPI GARLIC BREAD ALA PIZZA HUT

Baiklah, sup cendawan dah siap. Sekarang, kita buat pula garlic bread untuk dimakan bersamanya.

Bahan-bahan:

Roti Perancis – hiris (Saya guna roti Gardenia)
2 sudu besar mentega
Secubit daun parsley / oregano / mixed herbs
1 ulas bawang putih – bakar sekejap dan tumbuk halus

Cara-cara:

1. Mula-mula, bakar sedikit bawang putih dan tumbukkan halus-halus.
2. Selepas itu, campurkan bawang putih yang telah lumat dengan mentega dan daun parsley.
3. Sapukan pes ini ke atas roti anda.
4. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan. Siap untuk dihidangkan.

11. Resepi Pasta Spiral Goreng Ringkas
resepi pasta goreng
resepi western food masakan barat - PASTA GORENG
BAHAN A:

1 paket pasta spiral
Sedikit mentega dan minyak zaitun
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Sedikit cili kisar atau chili flakes (salah satu)
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar – dihiris dadu
Sedikit sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Nampla
Garam secukup rasa
Sedikit kiub pati ayam (pilihan)

BAHAN B:

Aneka makanan laut ( sotong / udang dll )
3 keping daging burger – dihiris dadu
Bebola ikan
Cendawan shiitake – dipotong kecil

BAHAN C:

Lada benggala
Brokoli
Tomato ceri
Lobak Merah

CARA MEMASAK:

1. Rebus pasta spiral pasta dengan sedikit minyak dan garam. Toskan airnya dan gaul dengan sedikit minyak atau mentega.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau diikuti cili kisar.
3. Masukkan bahan B dan gaul hingga masak. Tambahkan bahan C kecuali tomato ceri.
4. Seterusnya masukkan pasta spiral, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos nampla, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Gaul hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan gaul rata.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan!

12. Resepi Ayam Grill Mushroom Sos
resepi ayam grill mushroom sos
resepi western food masakan barat - AYAM GRILL mushroom sos
Bahan-Bahan (Ayam Grill)
1 ekor ayam (potong 4)
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 cm halia(tumbuk kasar)
Sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
Sedikit olive oil/minyak masak

Cara-caranya:-

1. Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
2. Bahagian dada/isi cucuk-cucuk sedikit dengan garfu/ apa-apa yang tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam. Kalau nak kelar pun boleh juga.
3. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah. saya guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar. Kalau ayam kecil atau yang debond guna setengah jer (agak-agak).
4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
6. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
7. Perap daging paling kurang selama 1 jam. Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam... memang best!
8. Bakar daging sehingga masak. Saya guna pan jerr.. gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus.

RESEPI MUSHROOM SOS

Bahan-Bahan:

Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:-

Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara. Tambah air.
Masukkan kiub ayam. Masuk sedikit jer. Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa. Tutup api.

Sumber: Resepi Sheila Rusly

13. Resepi Baked Cheese Carbonara Meatball
[Carbonara Meatball Cheese Recipe]
resepi meatball cheese carbonara
resepi western food masakan barat - CARBONARA meatball cheese
Bahan-Bahan:
Bebola Daging/ Ayam
1 Tin Sos Carbonara Prego
Setengah cawan susu segar
Sedikit lada hitam
Keju Mozarella
Capsicum & Bawang Holland

Cara Membuat:

1. Bebola daging (nak guna bebola ayam pun boleh) digoreng dulu. Lepas tu goreng pulak capsicum dengan bawang dengan minyak yang sikit ye. Dan lepas tu susun macam ni.

2. Tuang Sos Carbonara. Cara masak sos ni, masukkan setin Sos Carbonara Prego dalam kuali. Masak sampai mendidih, lepas tu masuk susu segar lebih kurang setengah cawan, masuk lada hitam hancur jika suka dan siap. Lepas siap masuk sos tu macam dalam gambar.

3. Letakkan mozarella cheese dekat atas. Nak letak banyak mana pun boleh Lagi banyak lagi sedap hehe.

4. Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah celcius, masak dalam masa lebih kurang 10-15 minit.

Dan taraaa siap dimakan!
resepi carbonara meatball
resepi western food masakan barat - MEATBALL CARBONARA CHEESE

14. Resepi Pasta Seafood

BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta Linguini
500 gm udang
500 gm sotong
1 kilo kupang
1 biji bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
2 tin tomato soup
1 tin kecil tomato puree
1-2 ketul kiub stok ikan bilis
4 helai daun bay kering - dikoyak
1/2 sudu kecil herba thyme
1/2 sudu kecil herba oregano
1/2 sudu kecil herba basil
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun - menumis
Keju parmesan - tabur bila nak makan

* ubah suai resepi mengikut citarasa sendiri

CARA MASAK PASTA:

Masak air dalam periuk untuk merebus spaghetti . Bila air mendidih baru masukkan spaghetti dan sedikit minyak , tujuan dimasukkan minyak supaya spaghetti tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila spaghetti sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu besar butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan digaul rata supaya pasta tak melekat .
resepi pasta seafood
resepi western food masakan barat - PASTA SEAFOOD
CARA MASAK SOS:

Bersihkan sotong dan dipotong kecil kemudian bersihkan udang dan kupang , basuh dan ditos ketepikan dulu . Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing , cukup sekadar bawang layu.

Masukkan semua tomato sup , tomato puree dan kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra . Masukkan bay leaf , herba - thyme/ basil/ oregano serta kiub daging dan kacau sos supaya semua bahan cukup sekata .

Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit boleh la dimasukkan sotong/ udang/ kupang kemudian kacau semua bahan . Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sos . Bila sos dah mesra dan pekat boleh la ditutup api dapur . Kuah bolognese mesti la ada rasa seimbang masam dan manis . Boleh hidang pasta linguini dengan sos seafood ni bersama parutan keju parmesan.


15. RESEPI Spaghetti Bolognese
Oleh MyResipi

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang
Resipi tradisi orang Itali - kegemaran saya sebab rasanya yang 'authentic'!
resepi spaghetti bolognese
resepi western food masakan barat - SPAGHETTI BOLOGNESE
Bahan-bahan diperlukan:

500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning - dicincang halus
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang lobak merah - didadu kecil
2 batang saderi - didadu kecil
1 tin cendawan butang - dihiris (jika suka)
1 kiub stok daging lembu (jika suka)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau tak nak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar mentega
Parutan keju parmesan - untuk menghidang

NOTA : Semua bahan bernota 'jika suka' tidak ada dalam resipi asal Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.

NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml wain. Saya selalu gantikan dengan jus prun kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada, tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara menyediakan dan memasak:

1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun, masukkan butter dan kacau. Bila mentega cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.

4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.

6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
resepi spaghetti bolognese
resepi western food masakan barat - SPAGHETTI BOLOGNESE
NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Perlu diingat, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos tersebut.

Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renehkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.

Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.

NOTA : Orang Itali secara tradisi, mereneh sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma reneh 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasa 'authentic' Itali!

Selamat mencuba!

Selamat memasak! Hehehe.

p/s: semua resipi dan gambar di atas adalah bukan hak milik saya. Kredit to its owner. :)


Post a Comment

3 Comments

  1. Terima kasih sudi share resepi ni. Saya paling suka resepi Resepi Ayam Grill Mushroom Sos . nanti saya akan sharekan kepada kawan kawan saya.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p