Jawatan Kosong 2020 Penyelia & Pembanci Sambilan | Cara Mohon Kerja PSH - sayidahnapisahdotcom Jawatan Kosong 2020 Penyelia & Pembanci Sambilan | Cara Mohon Kerja PSH
LightBlog

Jawatan Kosong 2020 Penyelia & Pembanci Sambilan | Cara Mohon Kerja PSH

Jawatan Kosong 2020 Penyelia & Pembanci Sambilan | Cara Mohon Kerja PSH Terkini | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Ini bukan jawatan kosong SPA tetapi jawatan kosong kerajaan terkini 2020 yang terbuka pada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan syarat minimum kelayakan pendidikan adalah SPM.

Permohonan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) Penyelia dan Pembanci ini boleh di-apply oleh mereka yang sedang mencari kerja kosong especially pelajar lepasan SPM atau fresh graduates.

Jawatan Penyelia dan Pembanci juga dibuka kepda pemohon yang sedang bekerja dengan syarat mendapat kebenaran majikan termasuklah Penjawat Awam yang sednag berkhimat tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.
jawatan kosong 2020 penyelia dan pembanci
jawatan kosong 2020 penyelia dan pembanci cara mohon terkini
jawatan kosong 2020 penyelia dan pembanci
jawatan kosong 2020 penyelia dan pembanci cara mohon terkini
jawatan kosong 2020 penyelia dan pembanci
jawatan kosong 2020 penyelia dan pembanci cara mohon terkini

Jawatan Kosong 2020 Penyelia & Pembanci | Cara Memohon Kerja PSH

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) Penyelia dan Pembanci yang ditawarkan oleh Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2020; seperti berikut:

PENYELIA
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Diploma/ Setaraf
- tempoh lantikan: 21 September - 31 Oktober 2020
- kadar upah: RM72.00 sehari

PEMBANCI
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf
- tempoh lantikan: 1 - 24 Oktober 2020
- kadar upah: RM54.00 sehari

TARIK TUTUP PERMOHONAN:
Penyelia : 21 Ogos 2020
Pembanci : 1 September 2020

SYARAT LANTIKAN:

1. Kerakyatan - warganegara Malaysia

2. Kelulusan Akademik -
Penyelia: lulus STPM/ Diploma/ kelayakan yang setaraf dengannya
Pembanci: lulus SPM/ kelayakan yang setaraf dengannya

3. Umur - berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

4. Kriteria Tambahan - calon hendaklah familiar dengan kawasan tempatan dan boleh bertutur serta memahami bahasa komuniti setempat

5. Pengangkutan - keutamaan kepada calon yang memiliki lesen memandu dan pengangkutan sendiri khususnya di kawasan luar bandar.

6. Kemahiran - berkemahiran mengandalikan aplikasi telefon pintar.

7. Kemudahan telefon mudah alih - calon mestilah mempunyai smartphone (telefon pintar):

minimum storage 250MB free space,
RAM 2GB,
display resolution 720p,
GPS: AGPS,
connectivity: 3G HSPA 7.2MBit/s,
OS: iOS 12.4.5,
CPU: Apple A9,
Android: Android 7.0 (Nougat),
4 cores 1.4GHz equivalent.
(Keutamaan untuk yang mempunyai data plan).

MOHON SECARA ONLINE DI PORTAL MyCENCUS2020: www.mycencus.gov.my

Secara direct, boleh terus mohon di sini: https://jobs.mycensus.gov.my/sign-up

Hotline MyCencus 2020: 1-800-88-7720
jawatan kosong 2020 penyelia dan pembanci
jawatan kosong 2020 penyelia dan pembanci cara memohon, syarat kelayakan

SOALAN LAZIM (FAQ’S) PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PENYELIA DAN PEMBANCI SAMBILAN

BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020


PROSES PENDAFTARAN (SISTEM)

1. Bagaimanakah permohonan jawatan Penyelia/ Pembanci dilakukan?

Permohonan jawatan boleh dilakukan secara online di portal MyCensus2020 (www.mycensus.gov.my)
permohonan jawatan penyelia dan pembanci
permohonan jawatan kosong 2020 penyelia dan pembanci
jawatan kosong 2020 penyelia dan pembanci
permohonan jawatan kosong 2020 penyelia dan pembanci
2. Bagaimanakah pemohon ingin mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?

Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik pautan LUPA KATA LALUAN untuk menukar KATA LALUAN lama kepada yang baru. KATA LALUAN BARU akan dihantar ke emel yang sah digunakan semasa permohonan.

3. Pemohon telah mendaftar untuk mendapatkan kata laluan pertama tetapi masih belum menerima sebarang emel untuk mengaktifkan pendaftaran.

Sila semak semula emel yang digunakan semasa mendaftar. Sekiranya masih bermasalah, pemohon boleh menghubungi talian Hotline (1-800-88-7720) atau emel helpdesk helpdesk.banci@dosm.gov.my untuk maklumat lanjut.

4. Sekiranya pemohon telah tersilap memasukkan maklumat dan menyedarinya sesudah menghantar permohonan, bolehkah pemohon mengubah maklumat tersebut?

Sistem tidak membenarkan pemohon mengubah maklumat permohonan yang telah dihantar. Pemohon disarankan mengisi maklumat permohonan secara teliti dan menyemaknya sebelum dihantar.

5. Adakah permohonan akan disimpan sekiranya talian internet terputus semasa mengisi atau menghantar permohonan?

Maklumat yang diisi akan disimpan bagi segmen terakhir pengisian permohonan. Pemohon perlu log masuk semula sistem bagi meneruskan pengisian maklumat permohonan selanjutnya.

6. Bolehkah pemohon menyemak status permohonan secara online?

Sistem tidak membenarkan semakan status permohonan secara online tetapi calon yang berjaya akan dihubungi untuk proses temuduga.

MAKLUMAT PERKHIDMATAN PENYELIA / PEMBANCI

1. Adakah pemohon boleh memohon jawatan Penyelia sekiranya mempunyai Sijil Ijazah Sarjana Muda?

Boleh dipertimbangkan, kerana syarat minima bagi Penyelia adalah lulus STPM /Diploma / Kelayakan yang setaraf dengannya.

2. Adakah pemohon boleh memohon kedua-dua jawatan Penyelia dan Pembanci?

Tidak boleh, sistem ini HANYA membenarkan satu permohonan jawatan sahaja.

3. Apakah syarat wajib bagi permohonan jawatan (Penyelia/ Pembanci)?

Syarat wajib memohon adalah pemohon perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan Warganegara Malaysia.

4. Berapakah gaji yang akan dibayar sekiranya saya menjadi Penyelia atau Pembanci?

Penyelia : RM 72.00 (Sehari) sebelum ditolak caruman KWSP
Pembanci : RM 54.00 (Sehari) sebelum ditolak caruman KWSP

5. Berapa lamakah tempoh lantikan Penyelia dan Pembanci Operasi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020?

Tempoh lantikan Penyelia : 21 September – 31 Oktober 2020 (41 Hari).
Tempoh lantikan Pembanci: 1 - 24 Oktober 2020 (24 Hari).

6. Apakah bidang tugas sebagai seorang Penyelia?

Tugas dan Tanggungjawab SEBELUM Banci:

i) Menghadiri latihan Penyelia.
ii) Mengenal pasti sempadan kawasan seliaan dengan mengkaji peta Blok Penghitungan dan Lingkungan Banci.
iii) Mendapatkan dokumen dan alatan banci daripada Penguasa Daerah.
iv) Membuat pengesahan rekod penerimaan dokumen/ alatan banci melalui MyIPCS Modul Census Tracking.
v) Menjalankan latihan kepada Pembanci.
vi) Mengkaji semula peta Blok Penghitungan dengan Pembanci.
vii) Mengedarkan dokumen dan alatan banci kepada Pembanci.
viii)Merekodkan pengedaran dokumen/ alatan banci kepada Pembanci (Dokumen 27).

Tugas dan Tanggungjawab SEMASA Banci:

i) Menyelia dan memantau kerja pembancian dan memastikan semua kawasan pembancian diliputi.
ii) Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Pembanci.
iii) Menyemak dan membuat pengesahan Tempat Kediaman dalam Blok Penghitungan di eDoc Management.
iv) Melaksanakan kawalan kualiti operasi.
v) Menyemak kemajuan pembancian berdasarkan tarikh yang ditetapkan.

Tugas dan Tanggungjawab SELEPAS Banci:

i) Mengumpul dokumen dan alatan banci daripada Pembanci.
ii) Menyemak dokumen yang telah dikembalikan oleh Pembanci.
iii) Menjalankan semakan akhir dokumen dan memastikan semua Tempat Kediaman dan penduduk telah dibanci.
iv) Menjana ringkasan kiraan Lingkungan Banci (e-Doc 23).
v) Memulangkan dokumen yang lengkap dan dokumen yang tidak digunakan kepada Penguasa Daerah.
vi) Membuat pengesahan rekod pemulangan dokumen/ alatan banci melalui sistem MyIPCS Modul Census Tracking.

7. Apakah bidang tugas sebagai seorang Pembanci?

BIDANG TUGAS

1. MENGHADIRI LATIHAN PEMBANCI
a. Memahami semua tugas dan tanggungjawab Pembanci.
b. Sila baca dan fahami kandungan semua panduan arahan.
c. Mendapatkan dokumen dan alatan banci yang secukupnya bagi BP daripada Penyelia pada akhir sesi latihan Pembanci.

2. KERJA SEMASA PEMBANCIAN FASA 2
a. Pastikan Pembanci memulakan pembancian pada hari pertama Pembancian Fasa 2 (7 Oktober 2020).
b. Bertemu Penyelia untuk menyemak kerja serta menyelesaikan masalah mengikut jadual yang ditetapkan.

3. KERJA SELEPAS PEMBANCIAN
a. Semua dokumen telah diisi dengan lengkap.
b. Semua dokumen disusun mengikut tertib susunan di dalam kotak BP.
c. Pastikan bilangan dokumen di dalam kotak BP adalah sama seperti yang dicatatkan di Label Kotak BP (Dokumen 44).
d. Pastikan semua dokumen banci (Dokumen 2 atau 3a dan 3b) perlu diserahkan kepada Penyelia mengikut tarikh akhir penyerahan setiap BP yang telah ditetapkan.

TEMUDUGA

1. Bilakah tarikh panggilan temuduga?

Panggilan temuduga akan dilakukan dalam tempoh di bawah:
Penyelia: 1 – 13 September 2020
Pembanci: 21 – 30 September 2020

2. Dimanakah lokasi tempat melapor diri sekiranya calon melepasi proses temuduga?

Penempatan adalah bergantung kepada Pejabat yang melantik.

3. Adakah pemohon boleh menunda masa atau tarikh temuduga sekiranya berlaku perkara yang tidak boleh dielakkan?

Boleh dipertimbangkan, pemohon perlu menghubungi pejabat yang melantik mengikut kawasan permohonan. Pertimbangan akan diputuskan oleh pejabat yang melantik.

4. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya calon telah lulus temuduga?

Calon dikehendaki melaporkan diri di tempat yang ditetapkan dan akan diberikan surat tawaran lantikan rasmi.

5. Pemohon telah terpadam emel jemputan temuduga, bagaimanakah boleh mendapatkannya semula?

Sila hubungi talian Hotline (1-800-88-7720) atau emel helpdesk helpdesk.banci@dosm.gov.my untuk mendapatkan semula emel tersebut.

6. Apakah dokumen dan salinan dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga?

a. Resume bergambar dan dua (2) gambar berukuran passport;
b. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
c. Sijil Kelulusan Persekolahan: SRP/ PMR/ PT3, SPM/ SPM(V)/ SVM/ SKM dan Sijil Tamat Persekolahan;
d. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan);
e. Diploma dan transkrip/ Surat Pengesahan Kelulusan Tamat Pengajian yang diluluskan oleh Senat daripada pusat-pusat pengajian; dan
f. Lesen Memandu Kelas B2/D/E/E1/E2/F/G/H/I; (jika berkenaan).

7. Bagaimana pemohon hendak mengetahui status permohonan selepas ditemuduga?

Pihak yang melantik akan memaklumkan melalui panggilan telefon berkenaan tarikh dan tempat lapor diri sekiranya anda berjaya.

8. Kenapa pemohon tidak dipanggil temuduga?

Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga seperti:

- Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam sistem.
- Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan serta kriteria kelayakan Penyelia/ Pembanci Projek Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 bagi jawatan dipohon.

TUNTUTAN BAYARAN / IMBUHAN

1. Adakah pemohon boleh membuat tuntutan perjalanan sekiranya perlu bertugas di lapangan?

Boleh, seperti termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011 dan peraturan yang berkuatkuasa.

2. Adakah pemohon boleh membuat sebarang tuntutan elaun lain seperti (Elaun Makan, Elaun Harian atau bayaran sewa hotel sekiranya perlu bekerja di luar pejabat?

Tuan/ Puan layak dipertimbangkan Elaun Menjalankan Tugas Rasmi di Dalam Negeri sekiranya diarahkan oleh Ketua Jabatan seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011 atau mengikut kadar dan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

3. Berapakah kadar bayaran tuntutan perjalanan yang akan diberikan?

Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011, Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian.

4. Adakah pemohon mendapat sebarang kelebihan pinjaman atau keistimewaan lain seperti pekerja tetap?

Tiada.

5. Adakah pemohon akan mendapat sebarang perlindungan seperti insurans?

Tiada. Disarankan mengambil insurans secara berkelompok.

6. Adakah pemohon perlu mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

Pemohon adalah diwajibkan mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

7. Adakah pemohon akan mendapat skim pencen atau KWSP?

Skim Pencen: Tiada
KWSP: Caruman majikan dan caruman sendiri.

KEMUDAHAN INTERNET / TELEFON

1. Bolehkah pemohon memohon jawatan ini sekiranya tidak memiliki telefon pintar?

Anda tidak digalakkan memohon.

2. Sekiranya telefon pemohon tidak mencapai tahap minimum spesifikasi, bolehkah pemohon memohon jawatan ini?

Anda tidak digalakkan memohon.

LAIN-LAIN

1. Adakah pemohon boleh memohon jawatan Penyelia dan Pembanci sekiranya pemohon merupakan pemegang kad pengenalan merah?

TIDAK DIBENARKAN.

2. Perlukah pemohon bekerja di luar waktu pejabat?

Ya, sekiranya diarahkan.

3. Berapakah had umur minimum untuk memohon jawatan ini?

18 tahun, pada tarikh tutup permohonan.

4. Bolehkah pemohon memohon jawatan ini sekiranya tidak memiliki lesen memandu?

Boleh.

5. Adakah pihak majikan akan menyediakan kemudahan pengangkutan/ kenderaan sewaktu bertugas di luar pejabat?

Tiada.

6. Apakah talian hotline untuk bertanyakan soalan berkenaan banci ini?

Talian Hotline (1-800-88-7720).

7. Adakah talian hotline akan akan dikenakan sebarang bayaran?

Tiada caj bayaran yang akan dikenakan.

8. Bilakah tarikh tutup permohonan?

Penyelia : 21 Ogos 2020
Pembanci : 1 September 2020

9. Berapakah tempoh masa bekerja dalam sehari?

Waktu bekerja PSH adalah selama sembilan (9) jam sehari.

10. Adakah terdapat sebarang etika pemakaian yang perlu diikuti sewaktu bekerja di dalam atau luar pejabat?

Calon hendaklah berpakaian formal dan sopan seperti panduan pemakaian yang ditetapkan.

11. Adakah pekerjaan ini boleh dilakukan separuh masa?

Tidak Boleh, Penyelia dan Pembanci bekerja secara sambilan (PSH) akan dibayar gaji harian tertakluk kepada kelayakan yang ditetapkan dalam syarat syarat pengambilan mereka berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011.

permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
permohonan jawatan kosong penyelia dan pembanci 2020
Moga bermanfaat! Jangan lupa sebar-sebarkan pada orang lain yang berkelayakan. Share share ya info jawatan kosong penyelia pembanci ni hehe.

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p