15 Resepi PKPB Masakan Berasaskan Cheese Mudah dan Sedap! - sayidahnapisahdotcom 15 Resepi PKPB Masakan Berasaskan Cheese Mudah dan Sedap!
LightBlog

15 Resepi PKPB Masakan Berasaskan Cheese Mudah dan Sedap!

Aneka Resepi PKPB Masakan Berasaskan Cheese Mudah, Cepat dan Sedap! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Harini hari Sabtu + cuti hari raya Deepavali + PKPB/ PKPD/ PKPP duduk rumah saja.. mungkin nak masak istimewa sikit. Resepi 'pkpb' special menu untuk sarapan/ lunch/ dinner/ makan petang/ kudapan.. Masak makanan yang tak selalu atau belum pernah lagi cuba; hanya selalu nampak dan makan di luar saja. Di bawah ini semuanyaaa resipi masakan berasaskan cheese. Siapa yang peminat tegar cheese ataupun suka tambah sedikit 'perasa' cheese dalam masakan, yassss boleh follow resepi sedap ni..


Resepi udang bakar cheese, pisang cheese caramel, roti goreng sosej cheese leleh, jagung cheese leleh viral lemak berkrim, chicken wrap ala KFC, cheese pizza pan (tanpa guna oven), kebab roti cheese, roti nan cheese, murtabak mini cheese, popia carbonara cheese, pisang goreng cheese, macaroni cheese baked, popia ketam cheese, roti canai cheese dan spiral cheese yummy (menu asal dari lasagna).


Without further ado, lets!


15 Resepi PKPB Masakan Berasaskan Cheese Mudah, Cepat dan Sedap!


1. RESEPI UDANG BAKAR CHEESE

resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Bahan-bahan:-

- Udang
- Mentega
- Bawang putih (cincang halus)
- Cili merah (cincang halus)
- Daun bawang (hiris halus)
- Serbuk lada hitam
- Garam
- Mozzarella cheese (diparut)

Cara-caranya:-

1. Cuci udang kemudian belah bahagian belakangnya, susun dalam dulang pembakar dan ketepikan.

- Sementara tu, bolehlah panaskan oven dahulu.

2. Cairkan mentega kemudian gaulkan bersama bawang putih, cili merah, daun bawang, serbuk lada hitam dan sedikit garam.

3. Letakkan bahan campuran ini atas belahan udang tadi, kemudian letak pula mozzarella cheese diatasnya. Akhir sekali tabur sedikit serbuk lada hitam.

4. Bakar pada suhu 150c selama 20 - 25 minit atau mengikut suhu oven masing-masing.

- Saya tak letak kuantiti bahan sebab terpulang kepada masing-masing nak sediakan banyak mana ya.

Credit to: @rajinkedapur

#udangbakarcheese
#masakanseafood
#mozzarellacheese
#rajinkedapur


2. RESEPI PISANG CHEESE CARAMEL

resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Bahan:
Pisang Berangan (pilih yang tak masak sangat lagi) - jenis lain tak berapa sesuai sebab bila grill akan jadi lembikk.

Belah 2 - grilled guna pan ajaib je.. sapu dulu pan dengan butter.

Sambil tu tabur gula perang atas pisang bukan atas pan.

Sos Kastard:

Bahan:
1 Tin Susu cair
1/2 Tin Susu pekat
3 - 4 Sudu Tepung kastard cap Nona
Air- 3 tin *sukat guna tin susu cair ye- boleh ikut selera nak cair or pekat ejas sendiri ye
3 biji telur- kuning telur sahaja

*Masukkan kesemua bahan kedalam periuk, masak dengan api yang kecil. Apabila semua bahan sudah sebati serta mendidih dan menjadi agak likat, tutup api..

Dah siap susun pisang tuang sos tabur dengan cheese dan nok sedap lagi buh aje buah-buahan macam strawberry, blue berries atau kiwi pun ok dan ikut selera tekak masing-masing.

kredit: diana azizan

3. RESEPI ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Bahan-Bahan Yang Diperlukan

1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh
2. Sosej
3. Cheese
4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Cara-Cara Penyediaannya:

- Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti.
- Letakkan cheese dahulu di atas roti
- Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga.
- Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi
- Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau.
- Kemudian celupkan roti pada telur tadi sehingga sama rata.
- Panaskan kuali dan goreng
- Ok, siap

Kredit resepi bertulis : http://maurelaxjer.blogspot.my

4. RESEPI JAGUNG CHEESE LELEH VIRAL LEMAK BERKRIM
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
– 6 tongkol jagung
– 1 tin susu cair
– 2 sudu besar susu pekat (kalau nak manis boleh tambah)
– 2 sudu besar planta
– Garam
– 5 keping keju cheesedale

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk biar mendidih.
2. dah siap boleh hidangkan!

Credit: rebecca melessa

5. RESEPI CHICKEN WRAP ALA KFC
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Bahan-bahan

1. Roti tortilla (Mission Wrap)
2. Isi ayam (Bahagian ada & potong kecik)
3. Salad
4. Tomato
5. Lobak (Hiris halus-halus)
6. Timun (Hiris halus-halus)
7. Cheese
8. Mayonis
9. Sos thousand island

Caranya mudah saja!

1. Roti mission Wrap dibakar dalam oven 2-3 minit.
2. Ayam goreng tepung, beli yang kentucky.
3. Sapu rata mayonis atas roti wrap & letak bhn2 tadi ayam, salad, lobak, timun, keju & sos thousand island.
4. Last sekali gulung roti & siap.

Selamat mencuba !

Credit: cik vespa

6. RESEPI CHEESE PIZZA PAN (TANPA OVEN)
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Cheese Pizza Pan...
Mana-mana yang takde oven tu tapi teringin nak makan pizza, boleh lah try macam saya ni..
masakan sendiri lagiii. Sedaaap.!

Bahan bahan:
- 2 cawan tepung
- 1 sb yis
- 1 sb minyak masak
- 1 sb gula
- 1 sk garam
- 1/2 air suam

(sb = sudu besar, sk = sudu kecil)

Topping:
- ikut suka nak letak apa
- 1 biji bawang besar (hiris bulat)
- 1 biji bawang putih (cincang halus)
- sos tomato (kalau nak pedas letak sos cili sikit)
- cheese

Cara cara:
-Bancuh yis dengan air suam, minyak, gula & biarkan sampai berbuih.
-Campur tepung & garam dalam bekas
-Masukan yis yang dah dibancuh tadi & kemudian uli adunan hingga tak melekat di tangan
-Tutup doh 30 minit hingga kembang kemudian tumbuk tumbuk doh
-Canai doh & kemudian masukan dalam pan yang telah disapu minyak
-Letak cheese ditepi doh & gulung
-Cucuk cucuk doh menggunakan garfu kemudian sapukan sos letak bawang, topping & cheese parut
-Tutup pan dan masak dgn api kecik 10-15 minit (hingga masak)
-Siap dah boleh hidangkan

Kredit resepi : Afriena Chamexs

7. RESEPI KEBAB ROTI CHEESE LELEH
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Pantas dan cepat aje siap!

Bahan bahan:
Minced beef sepeket
Serbuk kari - 2 sudu
Serbuk cili - 1 sudu
Bawang merah & putih potong dadu kecik kecik
Garam
Mix herbs - sikit je buat bau bau herbs
Daun sup
Telur 2 biji

Cara:
Tumis bawang merah & putih
Masuk kan minced beef...+ serbuk kari + serbuk cili + mixed herbs + garam....
Masak hingga daging dah masak. tutup api.

Baru masuk daun sup yang dipotong kecil...
Pecahkan telur dan gaul hingga sebati.

Sedia untuk dimasak menggunakan pan yang sesuai.. Gambar disediakan..

Sumber resepi: internet dan diolahkan sikit sikit

Credit: nur farrah salleh

8. RESEPI ROTI NAN CHEESE
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
1 kilo tepung gandum cap rose
1/2 cawan planta
1/2 cawan gula
21/2 cawan air
1 sudu besar yis atau mauripan..
Cheese keping secukupnya..

Cara cara membuatnya..

Masukkan gula ke dalam air kacau biar sebati ketepikan.
Dalam bekas lain masukkan tepung gandum, planta, yis.. gaul sampai sebati...

Pastu tuang air + gula tadi ke dalam tepung sikit sikit.
Dan uli tepung tadi sehingga ianya tak melekat kat tangan tapi jangan keras bancuhan ya..

Tutup dengan kain tuala basah selama 1/2 jam
Bila doh dah naik, tumbuk-tumbuk buang angin..
Pastu bulat-bulatkan besar masukkan cheese ke dalam tepung dan canai leper...

Biarkan 15 minit..
Panaskan kuali pan masukkan doh tadi dan tutup tudung..guna api perlahan. bila dah nampak masak sapukan planta biar roti tu nampk berkilat....tadaaaa.. dah siap boleh cicah dengan kuah kari atau dengan apa saja yang u all suka...

Selamat mencuba...

Kredit : Rossalina Ahmad‎

9. RESEPI MURTABAK MINI CHEESE COMEY LOTEY
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Pepagi kita sebagai ibu walau macam mana malas ke rajin ke.. kena gak masuk dapur.

Sejak duduk sini memang kena la ada juga buat sarapan. Mana nak cari kedai jual sarapan macam kat Malaysia.

So pagi cuba buat murtabak style sendiri janji ada gak macam murtabak.

Meh nak bagitau bahan untuk membuatnya..

1. Daging kisar
2. Sayur campur
3. Bawang putih
4. Bawang holland
5. Serbuk Lada hitam
6. Serbuk lada sulah
7. Garam
8. Minyak untuk menumis dan goreng (sedikit sahaja)
9. Cheese Cheedar
10. Telur
11. Kulit popia

Caranya pula..

1. Panaskan kuali. Masukan sedikit minyak . Setelah itu masukkan.bawang putih dan bawang holland.
2. Dah agak layu sedikit boleh lah masukkan daging kisar. Daging dah agak masak boleh lah masukkan sayur campur serbuk lada hitam serbuk lada sulah dan juga garam.
3. Gaul kan sebati dah cukup rasa semua bolehlah angkat. Ketepikan bagi sejuk dulu.
4. Pecahkan telur dan satukan bersama inti daging yang telah disediakan awal tadi.
5. Kulit popia kirai kan satu satu senang nak buat nanti.
6. Ambil satu kulit popia letakkan inti tengah dan cheese diatas inti . Boleh lah lipat 4 segi. (Tengok gambar)
7. Buat sehingga habis inti.
8. Boleh lah digoreng dengan minyak yang sedikit.
9. Garing boleh angkat.
10. Siap.

*Balance yang tak goreng boleh frozenkan

Semoga dengan perkongsian ini boleh gak jadikan menu untuk ibu yang ketandusan idea.

#RESEPISELASA
#KELUARGAKUNMING

Credit: syikin halim

10. RESEPI POPIA CARBONARA CHEESE TARIK
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Nah sis share resepi popia carbonara cheese tarik.. aihh panjang bebeno namanya.  haha.

Bahan bahan.. (Sukatan pandai pandai korang la yer haha)

Kulit popia
Isi ayam
Sosej
Cendawan (sis guna dalam tin)
Sos carbonara prego
Serbuk lada hitam
Serbuk Oregano
Sos tiram
Butter
Bawang putih
*Cheese mozarella

Cara cara...

1. Panaskan butter. Tumis bawang putih. Masukan isi ayam. Separuh masak. Masukkan sos carbonara, sosej, cendawan, serbuk lada hitam, oregano, sos tiram. (jangan masukan garam. sebab dah masin).. Kacau. Bagi semua mix.

p/s: NAK TAMBAH CARROT PON BOLEH. TAPI KALI NI SIS TAK BUH PON

Tunggu masak.. Biarkan sejuk seketika.

2. Amik kulit popia. Bentangkan dalam talam. Sudukan inti carbonara tadi. Pastu tabur cheese. Lagi banyak cheese lagi syok nak tarik.. Gulung macam biasa. atau nak buat bentuk segi 3 pon boleh. Atas kreativiti memasing.

3. Dah siap proses menggulung. Boleh la goreng. Nak buat frozen pom boleh. Tapi goreng dulu separuh masak. And then simpan peti ais. Makan panas panas sedapp oii. Main tarik tarik cheese gituu.

SELAMAT MENCUBA SAYANG SAYANG KU..

Resepi Januari 2018. Baru harini rasa nak share sini.

Kredit: fadhilah arelah

11. RESEPI PISANG GORENG CHEESE
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Okey ni Cik Tiha nak update resepi pisang goreng cheese..

Bahan bahan:-
Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar marjerin
1 biji telur

Cairkan mentega.
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
Kacau rata
Tuangkan margerin cair
Kacau sebati
Masukkan pisang
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya

Bahan Sos dan Topping:-
1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ disagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan

Cara-caranya:

Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju..
Kacau rata.
Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi.
Gaul rata.
Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai.
Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan.

Enak di makan ketika masih hangat. Haaaa dah jimat duit korang kat sini tak perlu beli..buat sendiri je...

Kredit: cik tiha

12. RESEPI MACARONI CHEESE BAKED
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Bahan:-

(A) Macaroni
Rebus macaroni bersama sedikit minyak (supaya tidak melekat)

(B) Sos Merah:-
Tumis 3 ulas bawang putih, 2 biji bawang besar, 2 sudu cili kering (resepi asal bawang dipotong dadu)

Masukkan 1 botol sos spaghetti Prego, sos tiram, sos cili, oregano

Masukkan isi ayam, cendawan butang, karot, pepsicum, tomato (potong dadu)

Masukkan macaroni yang telah direbus dan kacau rata

- Tutup api dan isi dalam bekas

(C) Sos Putih:-
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
3 keping sliced cheddar cheese

- Masakkan di atas api dan kacau sehingga sebati dan sedikit pekat
- Kemudian tuang sos putih dalam bekas yang telah diisi macaroni dan kacau sebati di dalamnya.

(D) Topping - Mozarella cheese

Disebabkan lupa nak beli mozarella cheese, saya hanya guna cheedar cheese sebagai topping. Rasa lebih kurang sama cuma takde effect tarik chewy macam mozarella cheese hehe.

Credit: aisya amiruddin

13. RESEPI POPIA KETAM CHEESE
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Semalam dah buat.. Pagi ni buat lagi.. anak anak berebut-rebut.. tak cukup...

Jom try...senang sesangat.. 3 bahan jer:

KULIT POPIA
FILAMEN
CHEESE

Resepi follow gambar yea.

Credit: norhamidah abdul hamid

14. RESEPI ROTI CANAI CHEESE
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Untuk breakfast pagi tadi... roti canai cheese.

550 gram tepung gandum
250 ml air
1 biji telur
60 ml susu pekat
15 gm marjerin

Campur semua bahan.
Masuk dalam tepung.
Uli 10 minit sampai kenyal.
Rehatkan 5 min.
Uli lagi.. perap 3 jam.
Leperkan, tabur cheese.
Bakar atas kuali.
Siap!

Credit: norhamidah abdul hamid

15. RESEPI SPIRAL CHEESE YUMMY
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Bahan bahan yang saya buat ni Dapat banyak..Sebab Saya buat dalam bekas besar dan buat sekali dalam aluminium foil yang kecik kecik ..Kalau nak buat sikit boleh kurangkan kuantiti dari resepi asal..

Sebenarya resepi asal dari lasagna..Cuma saya olah guna spiral supaya lebih mudah..boleh jugak tukar ke makaroni ..bagi saya hanya 2 pasta ni saje yang sesuai dan lebih sesuai selain guna kepingan lasagna

Bahan-bahan:

Sos daging:
2 pack pasta (spiral).. rebus hingga lembut dan toskan
1 pack daging cincang
6 batang sosej - potong bulat
2 biji bawang Holland- potong dadu
5 biji bawang putih- cincang halus
4 sudu besar cili Mesin
4 sudu besar sos cili
3 biji tomato- cincang halus
3 botol sos spagethi kimball
1 tin cendawan hutang- hiris *jika suka tapi saya tak letak
1 sudu besar serbuk lada sulah
Oregano
Garam
Sedikit gula

Sos putih:
2 sudu besar butter
3 sudu besar tepung gandum
600-700 ml susu segar
1/2 sudu besar serbuk lada sulah
100 gram cheese (Saya guna chedar Beqa blok)

Hiasan:
Bebola daging - grill kejap (saya letak dalam air fryer)
Lada benggala - potong dadu
Mozzarella cheese
Oregano

#resepispiralcheeselasagna
#carasaya

Kredit : Jamiah Tulisman

Moga bermanfaat dan selamat mencubaa!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Post a Comment

4 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p