http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Cara-cara merawat demam denggi

By 2:39:00 PM , ,

Cara-cara merawat demam denggi

Saya ingat lagi dulu semasa umi saya kena demam denggi, sedih sangat saya tengok keadaan umi. Lemah badan, tak selera makan, panas badan, tak larat nak jalan, gatal-gatal, muntah-muntah, mata berair dan sakit kepala. Saya yang tak pernah tengok umi macam tu memang nangis laa. Umi punya keadaan bertambah teruk sebab umi juga ada penyakit kencing manis/diabetes. Jadi, tahap gula umi semakin tinggi + platlet darah umi semakin menurun menjadikan keadaan umi sangat azab saya tengok. Nasib baik jus daun betik dan sup ketam menyembuhkan umi dan hanya duduk di wad hospital hanya dua hari sahaja.
Cara-cara merawat demam denggi
credit to www.vitamin4u.com.my
Gejala demam denggi

Memang ubat dari hospital itu penting. Jangan tak makan pula ubat doktor bagi! Tapi untuk rawatan dan penawar sampingan untuk demam denggi, terdapat 4 kaedah yang saya nak kongsikan.

4 Rawatan Demam Denggi

Sup Ketam

ubat demam denggi sup ketam
Sup ketam dan jus daun betik

Boleh buat sendiri atau beli. Tapi kalau beli di kedai mengandungi banyak ajinomoto tak sesuai untuk orang yang ada penyakit diabestes contohnya MSG dan bahan-bahan perencah yang lain yang boleh meningkatkan tahap gula. Kalau orang yang tiada penyakit diabetes atau sewaktu dengannya / memang tiada masa untuk masak sup ketam sendiri / tak larat nak buat sendiri, boleh lah beli di kedai sahaja.

Tapi ada orang kata ada sesetengah badan yang tak boleh menerima jus ketam ni. Sejauh mana kebenarannya wallahua’lam. Tapi masa umi saya demam denggi dulu, mula-mula tu beli dekat kedai. Umi muntah-muntah lepas makan sup ketam. Mungkin sebab badan umi lemah dan tidak selera makan. So, makanan sup ketam tu keluar balik. Keesokannya, kakak saya buat sendiri sup ketam di rumah dan beri kepada umi baru lah umi boleh makan. Tu pun tak lama selepas tu umi muntah-muntah. Tak tahu lah sebab jus ketam tu atau memang perut umi yang tak selesa.

Oh mungkin ada yang nak tahu macam mana cara nak masak sup ketam ni. Kakak saya kata mudah je.

Resepi Sup Ketam

1) Bawang putih sebiji, bawang merah sebiji, dan halia sikit. Semuanya dipotong kasar. *nak potong halus pun boleh

2) Masukkan bahan yang telah dipotong tadi ke dalam periuk.

3) Masukkan air 

3) Masukkan garam secukup rasa

4) Dan akhir sekali masukkan ketam ke dalam periuk.

5) Kacau-kacau hingga dah masak. 

Siap!
Ye. Sangat mudah cara penyediaan sup ketam. Tapi jangan lupa untuk basuh ketam tu betul-betul. Takut kalau tak basuh betul-betul, dia jadi tak bersih justeru tak sesuai untuk orang yang sakit. 

Resepi sup ketam yang saya bagi di atas juga adalah yang basic (asas) sahaja. Yang paling simple tu. Kalau nak campur bahan-bahan lain untuk menyedapkan lagi pun boleh. Nak tambah sayur-sayur ke, kentang ke, fishball ke.. terpulang pada citarasa individu. :)

Cara-cara merawat demam denggi
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos
Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com

Jus Daun Betik

Boleh buat sendiri jus daun betik ini atau beli di kedai - minuman herba pati daun betik-

daun betik merawat demam denggi
minuman herba pati daun betik

Resepi Jus Daun Betik

Bahan-bahan : 2 helai daun betik matang

jus daun betik merawat demam denggi
jus daun betik yang telah siap dibancuh
*abaikan background belakang haha*


Cara-cara membuat jus daun betik

1) Sediakan tempat untuk meneydiakan jus daun betik yang bersih
2) Ambil 2 helai daun betik yang matang dan buang tangkai daun. Basuh daun dengan air bersih yang mengalir.
3) Rendamkan daun dalam bekas berisi air untuk 15 minit
4) Bilas daun dengan air bersih sekali lagi.
5) Tos/keringkan daun untuk menyingkirkan air bilasan
6) Potong daun sehingga menjadi kepingan yang kecil
7) Kisar daun dalam mesin pengisar jus TANPA menambah air. Kemudian, jus daun betik telah siap! 

ATAU

Tumbuk kepingan daun betik TANPA tambah air sehingga halus. Kemudian, tapis untuk asingkan jusnya.

cara mudah merawat demam denggi untuk penyakit diabetes jus daun betik
Langkah penyediaan jus daun betik dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Untuk pengetahuan semua, dua helai daun betik dapat menghasilkan sebanyak 30ml atau dua sudu besar. Jadi, kalau nak buat untuk keluarga atau saudara yang demam denggi, jangan lah buat dua sudu je ye. Buat lah dalam setengah botol kea tau satu botol kalau ada daun betik yang banyak. Makin banyak minum jus daun betik lagi cepat darah platlet akan naik.

Cara-cara merawat demam denggi
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos
Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com

Jus Jambu Merah

Pesakit yang mengalami demam denggi dan juga yang menghidap penyakit diabetes, disarankan untuk meminum jus jambu merah selain daripada jus daun betik. Kerana jus jambu merah telah terbukti keberkesanannya merawat penyakit demam denggi apabila ada orang yang demam denggi boleh sembuh dengan hanya mengamalkan minuman jus jambu merah.

Testimoni merawat penyakit demam denggi
Jus Jambu Batu Merah Muda

Minuman 100 Plus

Minuman 100 Plus juga ramai yang sarankan jika nak sembuhkan demam denggi. Abang saya dulu pun ketika demam denggi, bila amalkan makan sup ketam dan minum 100 Plus ni alhamdulillah pulih setelah beberapa minggu selepas itu. 

Tapi, bagi orang yang berpenyakit kencing manis, tidak disarankan untuk mengambil 100 plus sebagai rawatan kerana terdapat sejumlah gula yang banyak di dalam kandungan 100 Plus.

100 plus merawat demam denggi
100 Plus
credit to www.rakuten.com.sg
…….

Okay itu sahaja 4 rawatan demam denggi yang saya tahu. Empat-empat kaedah ni sesuai untuk semua pesakit demam denggi yang tiada penyakit serius yang lain seperti diabetes. Semoga bermanfaat dan jangan risau adakah cara-cara ini berkesan atau tidak. 

Saya membuat entri ni setelah mengkaji keberkesanannya kepada pesakit yang telah merasai pengalaman mengalami demam denggi. Contohnya, umi dan abang saya dan juga beberapa orang sekeliling saya yang telah memberi feedback yang positif terhadap empat rawatan di atas.


Semoga berjaya dan semoga kita semua dilindungi oleh-Nya amin :)


Entri menarik yang lain :

You Might Also Like

3 comments

  1. de nggi memang bahaya.

    kena cegah sebelum kena.

    dah kena, memang sengsara woo

    ReplyDelete
  2. macam- macam orang bagi tau kan..amik itu ini..sup ketam, jus pucuk betik...harap2 ada la ubat untuk demam denggi...

    ReplyDelete
  3. Pengalaman saya sendiri, platlet darah meningkat dengan cepat selepas minum jus daun betik, jus jambu batu merah dan sup ketam

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.