Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan - sayidahnapisahdotcom Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan
LightBlog

Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan

Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan

Ada orang kata perempuan yang mulakan first step ni perempuan tak malu, terhegeh-hegeh, gelojoh dan ‘bagai perigi mencari timba’. Yelah biasanya dalam kamus manusia ni – lelaki mesti kena mulakan dulu dalam sesuatu perhubungan. Lelaki yang kena confess dulu, lelaki yang kena meminang, si perempuan kena tunggu si lelaki kata ‘I love you’ baru lah perhubungan yang terjalin boleh di bawa ke fasa yang seterusnya. Dalam masyarakat Melayu terutamanya, segala-galanya lelaki lah perlu buat semua ini. Perempuan kena jaga adab dan sikap malu.

Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan
first step

Tapi ... Mungkin kita lupa pada cerita Siti Safura dan Nabi Musa. Mungkin kita terlepas pandang kisah Siti Khadijah dan Nabi Muhammad S.A.W. Jika kita menelusuri kisah cinta perkahwinan mereka, siapakah yang memulakan dahulu? Siapa yang ambil first step dulu? Siapa yang masuk meminang siapa? Disebabkan terpikat pada sifat amanah dan fizikal yang kuat yang ada pada Nabi Musa, Siti Safura meminta ayahnya, Nabi Syuib untuk mengambil Nabi Musa sebagai pekerjanya. Daripada situ lah, akhirnya.. 10 tahun kemudian seperti yang dijanjikan Nabi Syuib, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safura. Kita tengok pula Siti Khadijah yang sangat berani pergi meminang Nabi Muhammad disebabkan sifat amanah dan bijaksana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad di dalam perniagaan mereka. Walaupun Siti Khadijah berumur 40 tahun manakala Nabi Muhammad berumur lebih muda daripada Siti Khadijah (25 tahun), Siti Khadijah yakin dengan Nabi Muhammad justeru meminang Nabi Muhammad untuk menjadi suaminya.

Cuba bayangkan kalau pada zaman sekarang ni, perempuan tua 40 tahun pergi meminang lelaki muda berumur 25 tahun? Rasa-rasa apakah reaksi masyarakat kita kan? Walhal benda tu tidak langsung memalukan pada zaman Nabi, kenapa kita nak malu pula pada zaman sekarang?

Tapi kalau kita tenung dan tenung dan tenung dengan lebih mendalam lagi terhadap kisah cinta Safura&Nabi Musa dan Siti Khadijah&Rasulullah, Safura terpikat dengan Nabi Musa kerana beliau kuat dan amanah dan Siti Khadijah terpikat dengan Rasulullah kerana Baginda amanah dan bijaksana. Disebabkan sifat-sifat itu lah, mereka yakin bahawa lelaki seperti itu  yang boleh membimbing mereka dengan baik menuju ke Jannah. Bukan kerana tall dark handsome dan juga bukan kerana nafsu semata. Jadi, di situ lah kita boleh ambil pengajarannya.

Si perempuan boleh nak mulakan first step di dalam perhubungan. Tetapi! Tetapi kita kena lihat adakah “betul aku nak pilih dia menjadi suami aku?” Tanya soalan dekat diri sendiri “mampukah dia membimbing aku ke jalan yang benar?” Tanya jugak “eh sebab apa aku suka dia? Sifat dia yang manakah memikat hati aku?” Jika benar kita sebagai orang perempuan nak mulakan first step, analisis dan nilai dulu supaya kita yakin dengan pilihan kita. Jika dah yakin, baru lah mulakan first step.

Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan
tanda-tanda jatuh cinta 


Bukan senang nak si perempuan nak mulakan langkah pertama dalam perhubungan kalau tidak kuat dan kena tebalkan muka. Yelah kalau si perempuan confess dulu dekat lelaki, macam mana kalau lelaki tu  reject? Kalau si perempuan pergi meminang si lelaki, kang si lelaki tolak rombongan meminang, mana nak letak muka si perempuan malu uiii. Tapi kita kena ingat, FIRST STEP di sini tidak hanya bermaksud meminang atau confess sahaja, boleh jadi kau bagi hint dekat si lelaki pun boleh dikira FIRST STEP.

Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan
be yourself


Yang pasti, first step yang si perempuan ambil, kesannya si perempuan kena lah bersedia unuk terima. Jawapan untuk first step itu boleh jadi suka atau duka. Boleh jadi gula atau peria. Boleh jadi cerah atau mendung. Boleh jadi gembira atau sedih. Boleh jadi hati terapung apung di awanan atau jiwa retak pecah seribu sejuta. Si perempuan must prepare for the worst. 

Tak segala yang kita rancang akan mengikut seperti yang kita rancang. Kerana sesungguhnya perancangan Allah lebih baik. Mungkin first step yang diambil oleh kita kepada si lelaki A tidak berjaya kerana sudah terlukis di luh mahfuz si lelaki A bukanlah jodoh kita. Boleh jadi ketika kita mengambil first step pada si lelaki C, si lelaki D yang sebenanrnya untuk kita sedang mengambil first step kepada kita. Mana tahu kan. Jodoh dan pertemuan rahsia Allah.

Kseimpulannya, bak kata Ustaz Don, tidak salah untuk si perempuan mengambil first step dalam perhubungann. Makanya, si perempuan jangan lah duk takut atau duk kalut fikir macam mana lah kalau orang tahu aku yang confess dulu kat laki tu. Macam mana lah kalau orang tahu aku yang pergi minang si mamat tu. Pedulikan kata orang lain. Jika kau benar, buat apa nak takut. Jika betul tindakan kau, buktikan tindakan kau betul. 

Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan
kuat itu apa?


Oh saya tulis entri ni bukan bermaksud saya nak galakkan si perempuan ambil first step dalam perhubungan mereka tetapi saya nak beritahu tak salah jika si perempuan mulakan first step

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kan? Ermmm ermmm ermmm okay tak kena peribahasa ni dengan tajuk. Kbai hahaha.


Post a Comment

9 Comments

  1. alamak, nak kena buat 1st step ke nampaknya ni. T_T

    ReplyDelete
  2. Betul tu x salah wanita memulakan langkah..zaman sekarang kena cepat kan...

    ReplyDelete
  3. erk. hahahaahaha still malu ok. hihihi. thanks share! :D

    ReplyDelete
  4. Betul tu betul. Yelah ada lelaki pemalu sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu setuju ,mcm kite ni pemalu sgt ..sampaikan tgu perempuam yg ngorat kite hehe (padahal tak hensem pun wuuu 😢)

      Delete
  5. baru masuk meminang siapa ni kc? siapa gerangannya

    ReplyDelete
  6. agree...
    btw, awk.. jemput join GA http://belogzeera.blogspot.my/2016/02/giveaway-sugarscarf-bg-zeeralily.html

    ReplyDelete
  7. hm malu la tapi suka dia....takut kita beria dia taknak appreciate pula...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p