http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Yeay duit JPA sem akhir dah masuk!

By 9:14:00 AM , , , ,

Yeay duit JPA sem akhir dah masuk!

Semalam kawan jeritt.. "KAKCIKKK! DUIT JPA DAH MASUKK!". Saya terkebil-kebil. Likee seriousslyyy?! Ha?! Duit JPA dah masuk? Yeayy yeay yeayy alhamdulillah. Gembira terlebih sebab memang dah pokai dah ni haha. Dengan lecturer suruh beli buku nyaa, nak fotostat nota nya kan. Memang memerlukan duit sekarang ni. Dan alhamdulillah semalam dah masuk :D
Yeay duit JPA sem akhir dah masuk
Duit JPA untuk student UPM dah dikreditkan :D

Sebenarnya duit JPA tak masuk bank lagi, tapi duit JPA sudah dikreditkan ke pihak UPM. So, maybe 1 atau 2 atau 3 minggu selepas tarikh semalam, duit JPA masuk ke dalam akaun bank Islam. Tapi tahu benda tu pun cukup menggembirakan! Sebab boleh tahu bila duit JPA nak masuk bank.

Ohh ada orang yang nak tahu macam mana nak check duit JPA bila masa dia kredit kan. Kalau saya, saya tak payah check pergi ke mesin Bank Islam tengok dah ada duit ke belum. Yela malas nak menapak ke kafe semata mata nak tengok duit JPA dah masuk ke belum. So, saya check guna apa? Jengjengjengg~

Macam mana nak check duit JPA dah masuk?

Saya check dengan MySelf! Apa itu MySelf? Malaysian Student Engagement Online Feed. Kalau nak ambil maksud full di laman web MySelf sendiri, katanya

MySELF (Malaysian Student Engagement Online Feed) adalah aplikasi atas talian yang disediakan khas kepada pelajar dan pegawai tajaan JPA untuk mengemaskini dan menguruskan maklumat tajaan mereka secara layan diri dengan menggunakan kaedah 'Single Sign-On'.
Yeay duit JPA sem akhir dah masuk
Laman Web Rasmi MySelf

Apa fungsi MySelf ni?

  • Pengemaskinian Maklumat Peribadi & Perhubungan
  • Semakan Jadual Bayaran Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Semakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman/Gantirugi
  • Semakan Bil Tuntutan Pinjaman/Gantirugi
  • Semakan Status Senarai Hitam
  • Lapor Diri Atas Talian
  • Permohonan Penangguhan Kontrak
  • Permohonan Pertukaran Penjamin
  • Permohonan Elaun Tambahan
  • Permohonan Pelanjutan Pengajian

Sesiapa yang belum lagi mendaftar, boleh klik di SINI dan klik pada tempat yang tertulis 'Klik sini untuk mendaftar' (seperti di gambar atas). Haa lepastu daftar lah. Nanti untuk next next nak masuk, log masuk (login) je. Tak perlu daftar-daftar dah. 

Kalau yang dah daftar, tapi lupa laa pulak password aduyaii. Yang e-sila ID, memang la ingat sebab bubuh nombor IC je kat situ. Cuma password yela kadang-kadang mesti lupa. Tapi takpe jangan risau, boleh klik pada 'lupa kata laluan'. Nanti pihak MySelf akan email password baru. Haa password baru tu jangan lupa pula! Hahaha. Tetapi biasanya password baru dia bagi mesti pelik-pelik dan susah sangat nak ingat. So, ada dua cara sama ada catat password tu dekat mana-mana atau tukar password dekat MySelf kita. Kalau saya, saya catat dekat notes handphone saya hehe.

Haa soo senang je apa-apa hal, bukak je MySelf. Nak semak ke nak kemaskini ke nak lapor diri ke nak mohon ke.. segalanya ada di situ. Mudah kan sekarang ni? Tak payah susah-susah. Hanya memerlukan data internet, boleh akses ke MySelf ni. 

Okay itu sahajaaa~ senyum tak hilang lagi tengok duit JPA dah dikreditkan. Kuikuikui.


Entri lain yang berkaitan dengan JPA:

You Might Also Like

25 comments

  1. syukur alhamdulillah. bolehlah tampung apa yang patut. :)

    ReplyDelete
  2. Pergh..masyuk. belanja berhemah dan jangan lupa melabur sikit untuk masa depan.. melabur awal, nak kawen or beli rumah nanti senang.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...lepas tadah tangan syukur..sila lompat bintang 2 kali..hihihihi..

    ReplyDelete
  4. best nye......UKM x dikreditkan lg...huhu

    ReplyDelete
  5. yeayyyy..jom kfc...kc belanjaa..yahoooo...hahaha

    ReplyDelete
  6. waaaah..belanja akk heheheh


    Jemput segmen saya ye
    http://www.azlindaalin.com/2016/02/segmen-bloglists-azlindaalincom-mac-2016.html

    ReplyDelete
  7. Untunglahh awak dapat JPA. Kita apply tak dapat. huhu

    ReplyDelete
  8. Hi nak tanya berapa hari jpa bank in lepas biasiswa dikreditkan ya? #tinggalRM5

    ReplyDelete
  9. Macam mana arh klaw x dpt emel pengesahan tu biarpn kita sda ltk dlm adress emel

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, kena check sentiasa lah akaun bank kita. atau tanya kawan-kawan kot kot dorang ada terima emel.

      Delete
  10. Hai nak tnya selalunya duit jpa masuk awal sem ke hujung sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal-awal. tapi tak terlalu awal. mungkin dalam 1-4 minggu dari start sem macam tu. mungkin lagi lambat.

      Delete
  11. Salam akak nak tanya masa permohonan biasiswa akak berjaya dulu lepastu ada interview pulak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. tak ada interview time akak dulu. tapi sekarang tak tahu macam mana.

      Delete
  12. Nak tanya semua tu jumlah duit yg akan dimasukkan ke akaun peribadi kita ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, nak tny. selalunya utk pljr yg baru dpt biasiswa jpa utk sem ni, elaun akan masuk sem ni atau sem depan?

      Delete
    2. tak sure tapi rasanya sem ni. mungkin lambat sikit. awak terima berita dapat biasiswa minggu ke berapa?

      Delete
  13. Hi..Says pelajar UPM juga.. Nak tanya tentang itu lapor diri selepas tamat pengajian boleh tak? Tak berapa faham selepas tengok steps tu.. Saya akan habis pada bulan Januari 2017, jadi bilakah yang sepatutnya saya isi borang mohon jawatan kat SPA? Sekarang dah boleh mohon ke? Lepas mohon adakah perlu pergi interview juga? Sorry banyak soalan.. memang confused tentang apa yang perlu diselesaikan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak habis pada bulan Januari 2017 tu maksudnya awak dah tamat belajar sekarang atau awak final sem sekarang?

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.