http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Yeayy Lesen Memandu P dah siap buat!

By 8:12:00 PM , ,

Yeayy Lesen Memandu P dah siap buat!

Alhamdulillah siap juga lesen P ni! Setelah berapa lama duk tangguh nak buat tapi tak terbuat-buat. Sebab haritu masa cuti sem 2 bulan lebih ingat nak pergi sendiri ke pejabat JPJ buat lesen memandu P ni dengan abi . Tapiii asyik tangguh je dan tambahan lagi tengah pokai masa tu sebab duit JPA tak masuk lagi hehe. So, naik sem baru ni terus mintak pihak UPM tolong buatkan untuk saya. Senang sikit kerja. Tak payah beratur panjang-panjang kat bahagian JPJ tu. Tak payah bangun awal pagi pergi sana sebab katanya  kat sana kalau lambat datang memang sesak ramai orang. 

Walaupun kena charge RM20 oleh pihak UPM tapi tak apa lah. Sama je kan kalau pergi sendiri dengan minyak kereta dan bayar tol nya lagi. Harga untuk buat lesen memandu P ni RM60. Tak tahu la harga yang dulu berapa tapi harga buat lesen P sekarang RM60. 

Lesen Memandu P dah siap buat
Lesen Memandu P Sayidah Napisah

Prosedur Membuat Lesen P

Senang je. Saya hanya perlu fotostat kad pengenalan (IC), lesen L dan lesen L renew. Lepastu bagi dekat abam yang nak buat lesen P saya ni. Nak bayar RM80 tu lepas dah siap buat pun boleh. Nak bayar sebelum pun boleh. 

Sekejap je buat lesen P dekat pejabat JPJ. Ada orang kata, kalau kita buat pada waktu pagi, petang tu kita dah boleh dapat lesen P. Jadi, keesokan harinya, saya pun terima message kata dah boleh ambil lesen P di ofis mereka. Yeayy siap!

Tarikh Luput Membuat Lesen P

Alhamdulillah lega sangat dah siap. Sebab saya baru dapat tahu, tarikh luput untuk membuat lesen P ialah setahun selepas tarikh lulus ujian JPJ, Pheww nasib baik saya sempat buat sebelum tarikh luput tu. Kalau tak naya je, nak pergi buat lepas tu orang ofis JPJ tu kata "maaf, anda dah tak valid nak buat lesen P. makan anda perlu mengambil ujian JPJ semua." Perghhhh menangis kalau saya kena ambil ujian JPJ semula haha. 

Dah laa sekarang ni makin susah dan strict ujian dia. Ujian litar pun makin bertambah - lauan S& laluan Z. Dengan ada ujian RSM & RPK pula tu. Fuhh cukup laa ambil ujian JPJ seumur hidup. Eh tiga kali sebab tiga kali repeat hahaha. Kbai


Entri MEMANDU yang menarik :

Test JPJ gagal
Lulus repeat JPJ pada kali ketiga
Tips berguna pada hari test JPJ

You Might Also Like

11 comments

  1. Alhamdulillah tahniah tau... :)

    ReplyDelete
  2. hahaha tahniah sayidah napisah . kak yana tengah struggle ntuk dapatkan .. huhu harap2 tak kena repeat . susah gilaaa =(

    ReplyDelete
  3. Tahniahhhh! Lepas niii boleh bawak ena pergi jalan2 ehhhhhh heheheh

    ReplyDelete
  4. laluan S & laluan Z tu bentuk jalan ea? belok tajam camtu ea? :D

    wahhh, hebat la org yg lulus sekarang ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap. laluan Z belok tajam. memang kena pandai kawal clutch ehehhe

      Delete
  5. tahniah sayyidah...but for me pun cukup sekali ambk lesen...dah serik rasanya...first time gagal alhamdulillah 2nd time baru lulus..hikhik.. skrg expert dah...

    ReplyDelete
  6. Memang bagus perubahan yang dibuat oleh JPJ dalam ujian yang dijalankan. Pada yang lulus tahniah, pada yang tak berjaya cuba lagi sampai berjaya.. ;)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. tahniah ye.. by the way, sorry pasal bloglist tu ye.. salah tarikh.. huhu.. follow sini #1044

    ReplyDelete
  8. boleh senyum ea dalam gamba?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.