Search This Blog

BR1M 2017 : KRITERIA/SYARAT KELAYAKAN, PERMOHONAN BARU (SECARA ONLINE/BORANG) & CARA KEMASKINI

By 12:38:00 PM , ,

Tudiaaa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2017) yang dinanti-nantikan ramai orang termasuk saya hehe. Saya baru nak memohon untuk kali pertama sebab sebelum ni nak mohon tak boleh. Sebab still student. Sekarang dah tak belajar boleh la mohon hehe. Nak tahu segala maklumat dan info terbaru & penting mengenai BR1M 2017? Lets!

BR1M 2017 : KRITERIA/SYARAT KELAYAKAN, PERMOHONAN BARU (SECARA ONLINE/MANUAL) & CARA KEMASKINI 

BR1M 2017 : KRITERIA/SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN BARU (SECARA ONLINE/MANUAL) & CARA KEMASKINI
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2017) bermula dari 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016
credit image : www.mysumber.com
KATEGORI ISI RUMAH & E-KASIH

(i) RM1,200

Kriteria/Syarat Kelayakan

1. Pendapatan kasar bulanan : RM3,000 dan ke bawah (termasuk warga emas)
2. Warganegara Malaysia (menetap di Malaysia sahaja)
3. Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah / ketua keluarga. Contohnya:

  • berkahwin
  • ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • bujang (janda, duda) yang mempunyai tanggungan
  • warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun ke atas
4. Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan / kemaskini BR1M 2017

Jadual Dan Tarikh Peringkat Pembayaran BR1M 2017

RM400 (Februari)
RM400 (Jun)
RM400 (Ogos)

(ii) RM900


Kriteria/Syarat Kelayakan

1. Pendapatan kasar bulanan : RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)
2. Warganegara Malaysia (menetap di Malaysia sahaja)
3. Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah / ketua keluarga. Contohnya:

  • berkahwin
  • ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • bujang (janda, duda) yang mempunyai tanggungan
  • warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun ke atas
Jadual Dan Tarikh Peringkat Pembayaran BR1M 2017

RM300 (Februari)
RM300 (Jun)
RM300 (Ogos)

KATEGORI INDIVIDU BUJANG 21 TAHUN KE ATAS (RM450)

Kriteria/Syarat Kelayakan

1. Pendapatan kasar bulanan : RM2,000 ke bawah
2. Warganegara Malaysia (menetap di Malaysia sahaja)
3. Individu (bujang)
4. Berumur 21 tahun ke atas
5. Penerima KAD DEBIT PELAJAR tidak layak untuk memohon BR1M 2017 bagi kategori Bujang

Cara Pembayaran Diterima (sekaligus)

RM450 (Februari)

INFO SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK)

1. Kategori Isi Rumah & E-Kasih & Warga Emas layak menerima SKK yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuatkuasa selama 1 tahun.

2. SKK diberikan pada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal di dalam tempoh 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017

Cara Buat Tuntutan SKK BR1M 2017 : klik SINI

PERMOHONAN BARU BR1M 2017

Permohonan Baru merujuk kepada:

  • pemohon yang pertama kali memohon BR1M, atau
  • pemohon yang telah disahkan gagal dalam permohonan sebelum ni
Sekiranya menepati kriteria/syarat kelayakan yang telah ditetapkan boleh mengemukakan permohonan baharu BR1M 2017.

A) Permohonan BR1M 2017 Secara Online (e-BR1M)

(i) Tarikh permohonan BR1M 2017 secara online : 5 Disember 2016 (Isnin) - 31 Disember 2016 (Sabtu)

(ii) Sistem Aplikasi Permohonan Pendaftaran Baru BR1M (e-BR1M) 2017 (mengisi borang secara Online) : klik SINI

(iii) Panduan Pengguna Sistem Aplikasi & Cara Buat Permohonan Baru e-BR1M 2017 : klik SINI

(iv) Semakan Secara Online Status Keputusan Kelulusan Permohonan BR1M 2017 : klik SINI

PERINGATAN!
+ Permohonan secara online hanya boleh dibuat dengan menggunakan KOMPUTER berikutan aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
+ Pemohon dinasihatkan mencetak salinan permohonan & perlu disimpan sebagai rujukan.

B) Permohonan BR1M 2017 Secara Manual (Guna Borang)

(i) Tarikh borang BR1M 2017 diedarkan : 5 Disember 2016 (Isnin)

(ii) Borang boleh didapati melalui :
  • Pejabat Cawangan & Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM)
  • Pejabat Daerah & Pejabat LHDNM di seluruh negera
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di www.hasil.gov.my
Muat turun (download) Borang Permohonan Baru BR1M 2017 : klik SINI

(iii) Jadual pembukaan kaunter BR1M 2017 di semua cawangan LHDNM : klik SINI

(iv) Borang yang telah diisi & dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke cawangan / pusat khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berdekatan sebelum tarikh akhir permohonan ditutup : 31 Disember 2016 (Sabtu).

PERINGATAN!
+ Sila kemukakan permohonan dengan HANYA MENGGUNAKAN SALAH SATU DARIPADA KAEDAH YANG DISEDIAKAN sama ada dengan cara online atau manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi kandungan maklumat pemohon.

Pautan Portal Rasmi e-BR1M : https://ebr1m.hasil.gov.my

BAGAIMANA DENGAN PENERIMA BR1M YANG SEDIA ADA?

Penerima BR1M yang sudah disahkan layak / pernah menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi atau membuat permohonan baru. Tapi, perlu kemaskini maklumat peribadi termasuk ALAMAT, MAKLUMAT ANGGOTA KELUARGA & AKAUN BANK dan maklumat lain yang berkaitan dengan tepat.

Kalau tiada perubahan apa-apa, tak perlu kemaskini. Kerana, tujuan pengemaskinian ini adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran bantuan kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini.

Maklumat & Cara Kemaskini BR1M 2017 : klik SINI

Senarai Bank Yang Terlibat Bagi Pembayaran BR1M 2017: klik SINI

MAKLUMAT LANJUT & SEBARANG PERTANYAAN

Boleh hubungi:
  • LHDNM 1-800-88-2716
  • Kementerian Kewangan 03-8882 4565/4566
  • emel br1m@treasury.gov.my
Atau, boleh berhubung terus ke Cawangan / Pusat Khidmat / UTC LHDNM yang berdekatan.

FAQ : SOALAN YANG SERING DITANYA & JAWAPAN 

Tentang permohonan baru & kemaskini BR1M 2017 : klik SINI
Pengisian maklumat waris BR1M 2017 (SKK) : klik SINI

Terima kasih pada www.mysumber.com untuk maklumat dan info full tentang BR1M 2017 ini! :)

p/s: Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout. RM80 termasuk postage untuk 1 botol. RM150 untuk 2 botol. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINI

Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0172008642 (Sayidah)
BR1M 2017 : KRITERIA/SYARAT KELAYAKAN, PERMOHONAN BARU (SECARA ONLINE/BORANG) & CARA KEMASKINI
BIOBAX COOL THERAPHY
SPRAY DAN SAPU shj di tempat sakit!

You Might Also Like

8 comments

  1. Banyaknya syarat nak dapat bantuan brim ni kan 😅

    Terbalik dengan gst, semua orang kena bayar.

    Bertuah sebenarnya siapa yang tak layak terima brim. Sebab apa?

    Sebab pendapatan dah tinggi. 😍

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
  2. Tarikh kematian mesti diisi juga bagi ibu tunggal yang sudah lama memohon ?

    ReplyDelete
  3. Klu tahun2 yg lpas bujang.. Tiap2 tahun dia dapat brim.. Tp pada tahun 2017 dy sudah berkahwin.. Layak tak dapat duit brim 2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. layak.kemaskini je maklumat BR1M yang lepas.

      Delete
  4. Tahun lepas bujang,tp tahun sudah brkahwin,sudah kmaskini,same jgak suami dh kmaskini..blh ke?atau perlu satu nama saja?

    ReplyDelete
  5. Tahun lepas bujang,tp tahun sudah brkahwin,sudah kmaskini,same jgak suami dh kmaskini..blh ke?atau perlu satu nama saja?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.