Resepi Kerutuk Ayam Kampung & Kerutuk Daging Kambing - sayidahnapisahdotcom Resepi Kerutuk Ayam Kampung & Kerutuk Daging Kambing
LightBlog

Resepi Kerutuk Ayam Kampung & Kerutuk Daging Kambing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Haa dah masak makanan untuk berbuka puasa ke belum? Hehehe. Harini saya nak share Resepi Kerutuk Ayam Kampung & Kerutuk Daging Kambing yang bukan resepi saya, tetapi resepi dari akhbar Berita Harian dan dari seorang blogger masakan.. Sebenarnya saya jarang sangat dengar masakan kerutuk ni. Tak kisah la kerutuk ayam kampung ke, kerutuk daging kambing ka. Memang unfamiliar bunyi nya di telinga saya. Dan disebabkan tak familiar lah saya nak share dengan semua! yeayy! haha.

Tapi kan mungkin ada sesetengah tu tak familiar dengan ayam masak kerutuk atau daging masak kerutuk. Sebaliknya, mereka lebih familiar atau biasa dengan nama masakan kerutub atau kerutup. Saya pun tak tahu adakah sama atau ada sedikit lain bagi ketiga-tiga nama masakan ini - kerutuk, kerutup dan kerutub.

Tak kisah la mana-mana, yang penting entri saya ni adalah resepi kerutuk ayam kampung & kerutuk daging kambing hehehe. 

Jom ushar macam mana cara membuat masakan kerutuk ayam kampung yang nampak mengancam ni!

Resepi Mudah dan Sedap Kerutuk Ayam Kampung


Resepi Kerutuk Ayam Kampung
Resepi Kerutuk Ayam Kampung
BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam kampung - dibersihkan dan dibelah empat
4 sudu makan rempah kerutuk
10 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 sm (sudu makan) halia - dikisar
1 sudu makan cili kisar
1 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sm lengkuas - diketuk
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan - disimpul
1 biji bawang besar - dibelah dua
2 biji ubi kentang - dibelah empat
3 biji cili hijau
1 liter santan
2 sudu makan kerisik
1 keping manisan
Garam secukup rasa
Sedikit air
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis

Resepi Kerutuk Ayam
Kerutuk Ayam Kampung

CARA MEMASAK KERUTUK AYAM KAMPUNG:


1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar. Kacau seketika.
2. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang diikuti dengan rempah kerutuk dan juga sedikit air. Kacau seketika.
3. Tambahkan lengkuas dan serai. Biar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan sehingga ayam empuk.
4. Tambahkan bahan perasa seperti air asam jawa, manisan dan garam dengan secukupnya. Masukkan juga santan. Kacau sekata dan biarkan ia mendidih.
5. Akhir sekali masukkan ubi kentang, cili hijau, bawang besar dan kerisik. Biarkan kuah menjadi pekat dan naik minyak.

Sedia untuk dihidangkan!

kerutuk
Kerutuk Ayam Kampung
Mungkin ada yang tak gemar ayam atau nak cuba sesuatu yang different, so boleh lah try masak kerutuk daging. Yela kot-kot daging korban tak tahu nak masak apa, boleh la cuba masak kerutuk daging ni. Resepinya saya ambil dari blog Azie Kitchen.


Resepi Kerutuk Daging Kambing
Oleh: Azie Kitchen

kerutuk daging
Resepi Kerutuk Daging Kambing
Bahan-bahan:

Daging kambing
Rempah kerutuk
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Gula Melaka
Garam dan gula
Santan secukupnya
Kerisik kelapa

Cara memasak:

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris dengan rempah kerutuk agak lama hingga garing.  Daging dibasuh dengan tepung gandum bagi mengelakkan bau hamis. 

Masukkan daging dan rempah yang ditumis dan gaul rata.  Letak atas dapur dan masak hingga daging agak empuk sebelum masukkan santan pekat.  Masukkan garam, gula, gula melaka dan akhir sekali kerisik.  Sesuaikan rasa dan kepekatan sebelum diangkat dan dihidangkan panas panas dengan nasi putih atau nasi minyak.

resepi kerutuk daging
Kerutuk Daging Kambing
Ada beberapa info/fakta menarik tau yang saya dapat dari blog Azie Kitchen ni berkaitan dengan kerutuk. Apakah dia? 

Jeng jeng....

1. Kerutuk adalah salah satu lauk yang disediakan semasa kenduri aqiqah rumah kakak kak Azie sempena majlis cucunda sulung mereka. Biasanya daging akan dipotong lebih besar dari biasa.
2. Resepi kerutuk adalah masakan istimewa bagi orang Kelantan terutama di majlis majlis kenduri kendara. 

3. Kalau nak kerutuk yang sedap, hmm rahsianya mesti beli rempah kerutuk dari Kelantan.

4. Kerutuk mesti rasanya agak manis dan kuahnya agak kepekatan. Jadi mesti menggunakan santan pekat dan dimasak agak kering.

5. Warnanya lebih kehitaman, lebih gelap dari gulai kawah.


Haaa terima kasih kak Azie share tips sangat berguna untuk mereka yang berminat untuk masak kerutuk ni hehe.

Itu sahaja, semoga berjaya! Daaaa~ wassalam :)

credit image: aziejaya.blogspot.my.

Baca juga:

Resepi Sambal Udang
Resepi Rendang Daging
Resepi Ikan Talapia Masak Sambal

Post a Comment

0 Comments