8 Tip Cara Mudah dan Murah Hilangkan Parut Jerawat

by - November 21, 2017
Parut biasanya terbentuk melalui proses penyembuhan luka di bahagian kulit termasuklah parut jerawat. Kulit wajah yang bersih tanpa cela tentunya menjadi idaman bagi setiap wanita. Parut jerawat sememangnya boleh menjejaskan kecantikan wajah seorang wanita. Ambil masa untuk membelai wajah anda bagi memastikan kulit wajah kekal terjaga. Ianya boleh dilakukan sendiri di rumah.


8 Tip Cara Mudah dan Murah Hilangkan Parut Jerawat


1. MINYAK KELAPA

Lebih mujarab jika anda gunakan minyak kelapa dara. Sapukan pada parut dan dibiarkan begitu saja. Amalkan sehingga parut hilang. Jika kulit anda jenis berminyak, elok jangan guna cara ini terutamanya pada muka. Takut nanti semakin banyak jerawat yang tumbuh. Amat sesuai untuk mereka yang berkulit kering.

2. SAPUAN GULA TEBU ORGANIK

Anda boleh buat sendiri sapuan gula ini dengan menggunakan gula tebu organik asli yang boleh dibeli di pasar raya. Campurkan gula tersebut dengan minyak zaitun dara dan lumatkan supaya menjadi seperti losyen. Titik sedikit jus lemon supaya ia basah sedikit. Sapu atau lurut pada parut dan biarkan selama 15 minit kemudian basuh dengan air bersih.

3. JUS UBI KENTANG

Potong nipis ubi kentang. Sapu pada parut dengan jus dan urut dengan kepingan kentang nipis tadi perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit sebelum membasuh dengan air bersih. Buat sekali sehari sudah memadai.

4. TIMUN

8 Tip Cara Mudah dan Murah Hilangkan Parut Jerawat
8 Tip Cara Mudah dan Murah Hilangkan Parut Jerawat - timun
Hiris nipis kepingan timun dan urut pada kawasan parut perlahan-lahan. Amalkan selalu dan lihatlah hasilnya.. Untuk sensasi yang menyegarkan anda boleh menyimpan kepingan timun terlebih dahulu ke dalam peti sejuk sebelum digunakan.

5. SERBUK PENAIK

Ambil tepung penaik, campur dengan sedikit air dan kacau supaya jadi seperti losen. Kemudian, sapukan pada kawasan parut dan urut perlahan-lahan. Biarkan sapuan losen kering pada kulit wajah sebelum dibersihkan dengan air suam. Amalkan dua atau tiga kali seminggu.

6. KAYU MANIS

Tumbuk atau kisar sedikit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Tambahkan dengan sedikit air kemudian sapukan pada bahagian kulit yang berparut. Untuk hasil yang lebih berkesan, tambahkan sedikit bedak sejuk.



7. KACANG HIJAU

Ia mempunyai khasiat tersendiri dalam rawatan kulit wajah. Caranya, kisar kacang hijau sehingga menjadi serbuk. Campurkan dengan sedikit air dan sapukan ke kawasan kulit yang berparut. Amalkan setiap hari untuk melihat hasilnya. Serbuk kacang hijau ini juga boleh dijadikan masker untuk merawat kulit wajah berjerawat.

8. LIDAH BUAYA

8 Tip Cara Mudah dan Murah Hilangkan Parut Jerawat
8 Tip Cara Mudah dan Murah Hilangkan Parut Jerawat - lidah buaya
Ia mempunyai kebaikan tersendiri untuk merawat kulit yang berparut. Anda hanya perlu sapukan lendir daun lidah buaya pada bahagian kulit berparut. Biarkan kering kemudian barulah dibersihkan dengan air biasa.


sumber: Akhbar Sinar Harian | ruangan Tip Cantik

You May Also Like

6 comments

  1. semuanya organik ...
    tapi I is malas. beli krim jerawat, senang, habis cerita. hehe.

    ReplyDelete
  2. ya ampun, geramnya tengok lidah buaya tu. rasa macam nak ambik pakai je

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi sis

    Kejap je dah selasa kan

    Semua ni makanan yang sihat

    ReplyDelete
  4. Pernah try kayu manis tu. Tapi, sebab tak istiqamah. Tak dapatlaa nak tengok hasilnya. Kehkeh

    ReplyDelete
  5. Petua yang mudah.. Rajin dengan tak rajin je..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p