Kena gangguan ketika solat.. sah atau tidak? - sayidahnapisahdotcom Kena gangguan ketika solat.. sah atau tidak?
LightBlog

Kena gangguan ketika solat.. sah atau tidak?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaaa~! Korang pernah tak kena gangguan ketika solat? Gangguan yang saya maksudkan di sini bukanlah gangguan dari budak kecil atau serangga or rasa nak kentut ke, atau dari persekitaran yang bising. Kena gangguan ketika solat yang dimaksudkan adalah gangguan makhluk halus/ benda mistik.


Kena gangguan ketika solat.. sah atau tidak solat ?

Kena gangguan ketika solat.. sah atau tidak solat ?
Kena gangguan ketika solat.. sah atau tidak solat ? | gambar sekadar hiasan
SOALAN:

Sekiranya terdapat gangguan seperti ada sesuatu di dalam kerongkong membuatkan kita berasa gatal atau terbatuk semasa solat dan kita tahu itu disebabkan sihir, sahkah solat?
-Hamba Alllah, Selangor.


Jawapan (Ustaz Kazim Elias - UKE): 

Selagi anda tidak melakukan perkara yang membatalkan solat, maka sahlah solat anda.

--Sumber: akhbar Mingguan Malaysia

Haaa lepastu ada yang blur pulak.. apa ehhh perkara-perkara yang boleh membatalkan solat? Hehehe.
perkara yang membatalkan solat
Perkara yang membatalkan solat
Perkara yang membatalkan solat:
- meninggalkan salah satu rukun
- berkata-kata
- berhadas kecil atau besar
- terkena najis
- terbuka aurat
- ketawa (bersuara)
- berubah niat
- makan atau minum
- murtad
- bergerak tiga kali berturut-turut
- berubah dada daripada arah kiblat.

So, jika buat salah satu daripada 11 perkara ni.. batallah solat kita. Yang part ketawa (bersuara) tu.. "so kalau kita ketawa tak bersuara tak batal la eh?". Kalau terrsenyum or ketawa tak dengar suara, okay lagi kot. Tapi tak payah la gelak sampai tak ingat dunia eventhough tak bersuara kan. Dah tak khusyuk sangat dah tu nampaknya haha. Baik solat semula.

Okay itu sahajaaa.. Moga ada manfaat. Daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:



Post a Comment

5 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p