Total Pageviews

macam mana nak pandai addmath? kenapa addmath susah sangat?

by - November 27, 2018
ADDMATH a.k.a MATEMATIK TAMBAHAN adalah antara subjek yang paling ditakuti dan paling tidak disukai oleh para pelajar sekolah Menengah Tingkatan 4 dan 5 hahaha. Mereka kata susah sangat la add math ni. Sampai dorang pelik macam mana laaa saya boleh suka mata pelajaran 'hardcore' matematik tambahan? Macam mana laa saya boleh A+ addmath SPM? Hahaha.

p/s: Semoga semua pelajar SPM 2018 harini dipermudahkan menjawab soalan exam matematik tambahan kertas 1 dan kertas 2; dengan betul dan tepat; dalam masa yang ditetapkan. AAMIIN ~
macam mana nak pandai addmath? kenapa addmath susah sangat?
macam mana nak pandai addmath? kenapa addmath susah sangat?
"tak suka la addmath ni. susah. tak faham"

"kenapa la aku ambil addmath ni. susah betul. stress!"

"kenapa soalan addmath susah?"

"result exam addmath teruk sangat. macam mana nak skor?"

"saya tak pernah lulus addmath kak"

"ada tips untuk lulus addmath tak? anak saya asyik gagal je"

"macam mana akak boleh pandai addmath?"

"teringin nak lulus peperiksaan SPM addmath. akak ada tips apa apa tak?"

"macam mana nak timbulkan rasa minat kat addmath?"

"macam mana nak pandai addmath?"

MACAM MANA NAK PANDAI ADDMATH? is one of the fav question yang orang tanya kepada saya. Tak kisah lah. Budak budak ke, mak ayah pelajar ke, strangers ke, yang dah lama kenal ke.. kebanyakannya suka tanya soalan tu.

Jawapan yang sering saya jawab - buat banyak latihan, faham konsep, belajar teknik cara jawab macam mana, formula and so on.

Tapi.. untuk permulaan sebenarnya ada SATU TIPS PALING PENTING KALAU NAK PANDAI ATAU LULUS ADDMATH.

iaitu.. UBAH MINDSET anda terhadap addmath.

Change your mindset bahawa addmath ni susah.
Change your mindset bahawa addmath ni adalah subjek paling susah di dunia.
Change your mindset bahawa sukar nak target addmath lulus.
Change your mindset bahawa kalau ambil addmath, confirm gagal!
Change your mindset bahawa addmath susah nak skor.

Tukar mindset anda please.. my dear adik adik. Ni belum apa-apa, dah kata addmath susah. Belum apa-apa, dah kata soalan tu susah. Belum apa-apa, dah 'judge' topik addmath tu susah nak faham. Baru baca sekilas je soalan, terus mengeluh. Jumpa soalan susah sikit, terus mengalah. Terus rasa gagal. What?

Oh please dear.. addmath is not that hard. Okay, mungkin ada sesetengah bab addmath memang agak sukar tapi NOT ALL okay! Bab depan-depan ting 4 tu bukannya susah sangat pun. Dua bab akhir tingkatan 4 serius bukan susah gilos pun. And most of the addmath topics in Form 4 adalah lebih senang compared to Form 5.

Awak rasa addmath susah sebab apa?

One of the reason because of your mindset. Bukan nak cakap apa, tapi pelajar yang ambil addmath biasanya mesti kelas depan-depan. Budak sains dan akaun. I mean, pelajar yang pandai. Bukannya student yang dapat result math PT3 gagal. Right? At least paling teruk pun maybe dapat B or C math form 3. Takkan tiba-tiba masuk form 4 form 5 addmath satu pun tak faham? Takkan semua topik susah? Then, takkan nak skor lulus addmath feels impossible?

Lagi satu.. kalau math mod boleh skor kenapa tidak addmath? Ni akak bukan nak marah tau HAHAHAH tapi nak nasihat. Bukan nak menghina apatah lagi memandang rendah. Akak just nak motivate diri adik adik. Back to the topic.. Result matematik moden awak boleh perform tapi kenapa matematik tambahan tak boleh lulus? Padahal, ada je topik yang ada kat math mod, ada juga kat addmath. Tapi bila buat soalan yang lebih kurang sama, soalan addmath sahaja tak boleh nak buat? Soalan math mod boleh je jawab dengan lancar. Padahal soalan lebih kurang je. Bukan twist sangat pun. Tapi kenapa tiba-tiba rasa susah yang addmath tu?

YESSS.. Once again.. because of your mindset. Sebab awak dah block fikiran awak daripada rasa addmath ni senang. Sebab tu bila tengok je soalan addmath zupppp! terus rasa susah.

Okay maybe ada yang memang dah cuba yang terbaik tapi tak dapat skor juga.. Mungkin sebab cikgu anda? Mungkin cikgu tak tunjuk betapa mudahnya addmath ni? Mungkin cara mengajar cikgu tak boleh 'masuk' dengan awak? MUNGKIN. Takpe, cuba belajar dengan kawan-kawan yang pandai. Ataupun tanya personal dengan cikgu. Ataupun kalau berkemampuan, ambil kelas personal tutor addmath (one to one) di luar sekolah. Lebih fokus.

Macam mana pula kalau dapat belajar dengan cikgu addmath yang terbaik sekalipun, tapi final exam addmath tetap gagal? Tiada progress? Trial SPM tak lulus?

Then, please check your mindset. Ianya bukan salah cikgu atau salah sesiapa, tapi salah anda sendiri. Adakah anda buat latihan setiap hari dengan memikirkan bahawa "addmath susah? Addmath susah nak skor? Tak boleh faham soalan addmath langsung?". Jika iye, thats your main problem kenapa setiap kali peperiksaan addmath tak boleh nak lulus.

Setiap hari.. Brainwash diri sendiri dengan kata:

ADDMATH SENANG
ADDMATH SENANG
ADDMATH SENANG
ADDMATH SENANG
ADDMATH SENANG
ADDMATH SENANG
ADDMATH MUDAH
ADDMATH MUDAH
ADDMATH MUDAH
ADDMATH MUDAH
ADDMATH TAK SUSAH
ADDMATH TAK SUSAH
ADDMATH TAK SUSAH
ADDMATH TAK SUSAH
macam mana nak pandai addmath? kenapa addmath susah sangat?
macam mana nak pandai addmath? kenapa addmath susah sangat?
Awak rasa addmath ni susah sebab NAMA SUBJEK TU adalah ADDMATH, betul tak? Cuba letak nama lain selain dari addmath? Mesti rasa senang je masuk ilmu tu.

Tak percaya?

TRUE STORY: Seseorang yang addmath SPM nya gagal tapi bila masuk kolej, ada ambil subjek matematik yang topik & soalan lebih kurang sama macam addmath.. tapi BOLEH SKOR.

Sebab apa? Sebab bila dia ambik subjek math kat kolej tu, dia 'bersihkan' minda dia daripada anasir anasir anggapan bahawa math tu susah (padahal topikmath tu sama je dengan topik addmath). Bila belajar dia tak mindset susah. Even time study rasa susah, dia usaha. Dia rasa okay sebab nama subjek tu bukan addmath. Cuba kalau namanya 'MATEMATIK TAMBAHAN'. Mesti zupp terus rasa susah.

See? Betapa besarnya kuasa mindset? 

Ni duk kata susah susah susah susah susah susah setiap kali hadap addmath. Macam mana ilmu addmath tu nak masuk? Eh geram pula aku hahahaha.

"Eleh.. akak pandai addmath boleh la cakap macam tu. Akak dapat addmath SPM A+ boleh la cakap addmath ni senang je"

Hello dik. Akak pun mula dari zero tau dulu. Akak pun usaha. Akak pun tanya cikgu kalau tak faham. Akak study sampai pukul 4 pagi pada malam sebelum hari exam addmath SPM tau. Akak bukannya genius yang tak perlu study kuat kuat. Akak USAHA sendiri dan MINDSET bahawa addmath ni senang.

Thanks to my two brothers; abangder & alang (SPM addmath mereka pun A+), mereka brainwash saya kata addmath ni senang. Even sebelum saya ambil addmath (time saya form 3), mereka kata "jangan risau, addmath senang je. Easy". "Addmath tak susah, kau boleh skor punya lah". Saya pun oh yeke. Okay okay. Saya pun mindset "addmath senang. lega aku".

So bila masuk form 4, form 5, berbekalkan dengan mindset tu, saya belajar. Tapi tipu lah saya kata saya tak pernah rasa susah addmath tu. Tapi takdelah terus give up. Usaha lah kan?

Actually.. Sekarang ni lagi mudah.. ada phone, ada internet boleh search macam mana nak jawab soalan addmath for every topic. Boleh search teknik mudah jawab addmath, tips addmath semua. Boleh pergi kelas tusyen di sekolah dan luar sekolah (personal tutor).

Akak dulu? Handphone pun takde, internet apatah lagi. Keluarga miskin, tak mampu nak bayar hantar ke kelas tusyen. Kelas tambahan kat sekolah pun tak ada sangat time tu. Belajar sendiri jelah. Tak faham, tanya abang/cikgu/kawan.

Maksudnya.. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Gitchuww haha.
macam mana nak pandai addmath? kenapa addmath susah sangat?
macam mana nak pandai addmath? kenapa addmath susah sangat?
Tapi saya tak kata kalau mindset addmath senang, CONFIRM BOLEH SKOR cemerlang gemilang dan terbilang. Nope.

Itu baru permulaan anda. Lepas dah mindset yang baik baik, yang bagus bagus.. Teruskan la usaha. Teruskan perjuangan. Buat nota kecil, hafal formula, fahamkan konsep, buat banyak latihan (soalan past year SPM and trial), kalau tak faham tanya kawan dan cikgu, kalau dah faham ajar kawan kawan yang tak faham, then minta restu, doa dan tawakkal.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Haiyak!

Goodluck! You can do it! Brainwash kawan sekali tau kata addmath senang hahaha.

macam mana nak pandai addmath? kenapa addmath susah sangat?
macam mana nak pandai addmath SPM? kenapa addmath susah sangat?

You May Also Like

2 comments

  1. Kalau jumpa kc dulu awal2 , maybe addmath kak pip pun skor juga ...

    Betul tu,.mindset kena ubah ..

    ReplyDelete
  2. Addmath? Sebut ja Rasa nak pitam hahaha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p