Boleh ke pejam mata ketika solat? - sayidahnapisahdotcom Boleh ke pejam mata ketika solat?
LightBlog

Boleh ke pejam mata ketika solat?

Boleh ke pejam mata ketika solat?

Persoalan ni timbul sebab saya jenis yang ketika solat suka kejap pejam mata, kejap celik, kejap pejam mata, kejap celik. Kekadang bukan sengaja pun pejam mata. Terrrrpejam! Lepas terpejam tu, mula la fikiran menerawang entah ke mana, fikir duniawi.. Lepastu bukak mata lepas TERRRpejam tu, macam blank. Eh aku dah baca tashyahud awal ke tadi. Ataupun eh ni rakaat ke berapa ni. Atau eh aku dah rukuk sekali ke dua kali ni. Hahahaha. Teruk beno la manusia ni. So, sebab tu lah macam tergerak nak mencari jawapan bagi persoalan ni. Iyelah rasa bersalah pula pejam mata sebenarnya tujuan untuk khusyuk tapi memang khusyuk betul sampai tersengguk-sengguk haha.

Boleh ke pejam mata ketika solat?
Memejam mata ketika solat

Hukum Pejam Mata Ketika Solat


Ustaz Azhar Idrus

Q: Saya selalu pejam mata ketika sembahyang tanpa sedar. Saya pernah baca yang mana jika kita pejam mata ketika solat maka makruh. Tapi jika kita pejam mata untuk menghayati bacaan dalam solat?

A: Gini, kalau saje-saje pejam mata ketika solat hukumnya makruh. Tapi jika kita pejam dan kalau buka jadi tak khusyuk, maka untuk elakkan tidak khusyuk kita pejam mata – hukumnya harus. Tapi kata ulama, kalau kita pejam mata dapat khusyuk, bukak mata tak dapat khusyuk, maka sunat pejam mata.


Dr. Zaharuddin

Q: Benarkah hukumnya makruh bila solat pejam mata?

A: Ibnu Qayyim kata sebahagian ulama kata makruh atas beberapa sebab.

Yang pertama sebab menyerupai Yahudi sedang beribadat. Orang yahudi beribadat pejam mata.

Yang kedua, kerana bercanggah dengan Hadis Nabi yang Nabi ucapkan : bunuhlah dua binatang yang hitam ketika kamu solat. Iaitu ular dan kala jengking. Jadi ini bermakna Nabi suruh kita alert dengan persekitaran walaupun dalam solat. Jika kita tak alert,maka kita telah bercanggah dengan hadis Nabi.

Yang ketiga, kerana Nabi sendiri solat tidak memejamkan mata (tiada riwayat yang mengatakan Nabi memejam mata ketika solat). Malah ada riwayat yang mengatakan Nabi membuka mata. Sebagai contoh Saidatina Aisyah baru sahaja menukar langsir rumahnya dengan ada bergambar burung. Maka Nabi solat, Nabi pun memandang ke depan lalu lepas solat, Nabi pun berkata kepada Saidatina Aisyah : ‘Alihkan langsir ini. Setiap kali aku solat aku tertengok dia, aku teringat dunia. Aku tak suka ingat dunia ketika solat.’ Ini menunjukkan Nabi solat buka mata.

Yang keempat, Nabi juga pernah mengarahkan orang-orang yang sedang bersolat untuk lawan kalau ada orang yang lalu di hadapan kita dengan menghalakan tangan kita dan tolak dia. Itu menunjukkan kita kena alert supaya orang tidak lalu di hadapan kita. Kalau lalu, tahan. Kalau pejam mata, macam mana nak tahan?

Jadi atas sebab itu lah ulama kata , hukumnya makruh.

Tapi Ibnu Qayyim ada menyatakan kalau ada hajat yang kuat kamu terpaksa pejam mata.. Boleh pejam mata sekejap-sekejap. Contohnya kalau kita solat di hadapan Kaabah yang ada orang bertawaf banyak, yang  macam-mcam perangai kita akan terhilang daripada kekhusyukan.. Kita pejam mata sekejap supaya tak nampak ada pemandangan yang tak elok.. Maka hukumnya diharuskan.

Tapi kaalu solat subuh jangan pejam mata, memang sedap sikit pejam mata ketika solat subuh ni. Bukan khusyuk, khusyuk dia lain.
Hehehehe.
………


Haaa Alhamdulillah tahu dah jawapannya! Jadi, selamat beramal! :D

Entri menarik yang lain :

Post a Comment

2 Comments

  1. Terima kasih...jelas..kadang akak pun terpejam juga..niatnya nak lapangkan fikiran dan fokus...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. bagus perkongsian ni.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p