BOLEHKAH NIAT PUASA SUNAT DAN PUASA GANTI DIGABUNGKAN? - sayidahnapisahdotcom BOLEHKAH NIAT PUASA SUNAT DAN PUASA GANTI DIGABUNGKAN?
LightBlog

BOLEHKAH NIAT PUASA SUNAT DAN PUASA GANTI DIGABUNGKAN?

BOLEHKAH GABUNG NIAT PUASA GANTI DENGAN PUASA SUNAT?


Hukum niat puasa ganti dan puasa sunat sekaligus
credit : forkom-jerman.org


Hukum niat puasa ganti dan puasa sunat sekaligus.


Soalan : Boleh tak saya niat puasa ganti dengan puasa sunat sekaligus?


Jawapan Ustaz Azhar Idrus


Tiada sebarang nas tentang perkara ini. Tidak ada ayat ataupun hadis yang kata boleh buat gini dan tidak ada sebarang ayat atau hadis yang kata tidak boleh buat gini, iaitu nak meniatkan puasa esok hari puasa ganti dan niat puasa sunat sekaligus. Untuk satu hari dua puasa. Bila tidak ada nas, maka ulama-ulama berijtihad. Biasanya bila ijtihad, akan berlaku keputusan berbeza. Keputusan yang berbeza ini dipanggil mazhab. Jadi, ada dua mazhab ulama dalam kes ni. Pendapat yang paling kuat ialah hendaklah kita mengerjakan suku. Puasa ganti suku, puasa sunat suku. Pendapat yang kedua, ini juga ramai ulama fiqah berpendapat dengan yang kedua ini, iaitu boleh disekalikan. Jadi, kalau kita nak amal, silakan. Kalau nak suku-suku,boleh. Kalau nak ikut pendapat yang kedua pun boleh. Tak payah balah-balah, bodoh namanya.



Jawapan Ustaz Don Daniyal : 


Hukumnya, mengikut kitab ..Boleh digabungkan antara puasa yang fardhu(puasa ganti,nazar,Ramadhan) dengan puasa yang sunat (puasa Isnin Khamis,sunat syawal,Arafah) walaupun ada sebahagian ulama yang mengatakan tidak boleh. Penerangan lanjut oleh Ustaz Don boleh ketahuinya di SINI


Soalan: Kalau boleh niat sekaligus, bagaimana niatnya?


Jawapan : Ulama feqah yang mengatakan boleh. Aku berniat mengerjakan puasa ganti bulan Ramadhan esok hari serta niat puasa syawal.


ganjaran puasa enam syawal
credit : thecaptainsitikus.blogspot.com


Haaa dah terjawab persoalan anda selama ni? Ustaz di Radio Era.fm kata cara nak niat. Mula-mula niat puasa ganti dahulu. Kemudian niat puasa sunat Syawal. Haa gituuu ye cara niatnya.

Saya pernah dengar juga ustaz kata di Radio Ikim.fm suatu masa dahulu. Jika kita hanya niat berpuasa ganti di bulan syawal, automatik puasa Enam kita akan dapat tanpa perlu niat puasa Enam.

Jadi, ikut kita lah nak berpegang pada pendapat yang mana. Yang pasti, kita kena yakin pendapat yang kita pegang tu. 

Sekian, moga mendapat manfaat. Sebarkan ilmu yang berguna ini kepada semua ! :D


lafaz niat puasa ganti
credit : notainsan.blogspot.com



lafaz niat puasa sunat syawal
credit : mynewsvibes.blogspot.com






Post a Comment

5 Comments

  1. Matematik Allah tiada tandingan.. Jom grab..")

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ni.. sangat jelas dah untuk ena tentang hal niat seperti yang diperkatakan dalam entri.. so tak ragu2 dah lepas ni

    ReplyDelete
  3. Nice entry :)

    Jemput singgah http://mamasihatcantik.blogspot.com

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p