Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar

Haaa tengah hot sekarang Filem Munafik ni! Mana tak hot nya..Pengarah filem ni ialah pelakon terkenal Syamsul Yusof yang terkenal dengan filem-filem arahan dia yang meletop seperti Khurafat & KL Gangster 2. First time tahu filem ni daripada radio. Dengar trailer dari satu radio ni tapi tak ingat channel radio yang mana. Bila dengar trailer tu macam best je. Lepastu tengok trailer di YouTube. Whoaa menarik. Trailer Filem Munafik membuatkan kita tertanya-tanya apakah keseluruhan cerita dia.

Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar
Filem Munafik - Filem Seram Yang Sebenar

Sinopsis Filem Munafik


Adam (Syamsul Yusof) dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami.

Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.

Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir.

Dalam masa yang sama, Maria (Nabila Huda), salah seorang penduduk di kampung Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius).

Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apa-apa bila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.

Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampungnya. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya.

Dari saat pertama Adam bertemu Maria, misteri sebenar bermula dan persoalan demi persoalan timbul dalam pemikiran mereka. Ada kesinambungan cerita yang cuba diungkai tetapi masih tak jumpa. Episod demi episod gangguan telah menyentak kesedaran Adam. Dia zahirkan satu persatu petanda.

Apa yang sebenarnya melanda dalam kehidupan mereka berdua? Segala jawapan yang bakal terungkai semestinya mengubah seluruh kehidupan dan kekuatan iman Adam buat selama-lamanya.


Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar!
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos
Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com

Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar
Nabila Huda yang membawa watak Maria dengan sangat baik

Sebenarnya saya nak je cerita semuanya sekali dan apa kesudahannya tapi kesian pula pada siapa yang tak tengok lagi kan. Saya tak suka bila orang jadi spoiler pada cerita yang saya tak tengok lagi, jadi saya pun tak suka jadi spoiler pada orang lain juga. Tapi kalau orang suruh saya rate filem Munafik ni, saya bagi 10/10! Saya bagi 5 bintang out of 5! Sarat dengan pengajaran. Sarat dengan ilmu. Sarat dengan peringatan. Sarat dengan jalan cerita yang saspens.

Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar
credit to : galaksi-media.com

Kita akan terfikir-fikir ketika tengok cerita ni..Siapakah dalang di sebalik semua ni? Kenapa Maria kena kacau sampai begitu sekali? Apa kaitan Adam dengan Maria? Mak tiri Maria jahat ke tidak sebenarnya? Pekin tu ke yang hantar benda tak baik kepada Maria? Apa yang ayah Adam cuba nak beritahu kepada Adam sebenarnya? Kenapa penggali kubur, Shah kelihatan sangat mencurigakan? Kenapa ada sesetengah babak yang membuatkan kita rasa Adam jahat? Ke sebenarnya memang Adam jahat? 

Tapi yang lawaknyaa.. saya tak pernah ambik port sangat pun pasal Pak Osman. Tapi rupa-rupanya……

Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar
Maria yang dirasuk jin

Saya bukan jenis yang takut tengok cerita seram. Tapi, ada dua scene yang berjaya membuatkan jantung saya dup dap dup dap dengan lajunya.Pertama, scene bila Syamsul Yusof dan Fizz Fairuz pertama kali datang ke rumah Pak Osman untuk mengubati Maria yang telah dirasuk jin. Serius part ni sangat mendebarkan. Saspens terlebih. Jantung macam nak gugur bila Syamsul dan Fizz berlawan dengan jin tu. Meremang bulu roma. Dah la bilik tu gelap, dengan Maria pakai telekung gelap pula tu. Tak paham den kenapa dia tak bukak lampu bilik tu. Mungkin kalau lampu bukak, hantu tu padamkan lampu tu kot. Yang saya tak faham kenapa telekung dia hitam? Hahaha

Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar
Babak di mana Adam sanggup menggali kubur untuk membawa mayat isterinya ke rumah
credit to : myinfotaip.com

Kedua, scene last. Scene di mana Maria sesat di dalam rumah banglo dan Adam datang menyelamatkan Maria. Masa ni lah kita tahu siapa yang sebenar-benarnya jahat dan siapa yang baik. Kita dapat tahu orang yang bertepatan dengan tajuk filem ni-MUNAFIK. Dapat tahu orang yang telah membuat huru hara di kampung tersebut. Seriuss saya tak sangka dia orangnya. Macam novel Fixi pula bila ending dia ada twist. Dan orang jahat dia unpredictable.

Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar!
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos
Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com

Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar
Rabu lepas tengok wayang Filem Munafik. Harga tiket RM8.50 je

Kenapa saya kata Filem Munafik ni Filem Seram yang sebenar?

1) Berdasarkan true story (kalau tak semua part, ada sesetengah part)
2) Babak last sekali bayangan iblis muncul
3) Seram dengan peringatan demi peringatan dalam cerita ni-akhir zaman, dajjal, orang munafik : pakai topeng, luar nampak baik tapi dalam hati manyakkk busuk
4) Semasa penapisan filem , pihak JAKIM dipanggil sekali untuk menilai cerita tu kerana takut disalah erti oleh rakyat Malaysia jalan ceritanya
5) Cerita Munafik ni seram bukan sebab hantu dia sebab saya tengok hantu yang muncul di dalam filem ni tidak begitu menakutkan, tidak lah muka hodoh ke terjelir lidah ke. Dan juga hantu yang muncul bukan lah selalu muncul pun. Tapi cerita ni seram dengan caranya yang tersendiri. Kena tengok filem ni, baru faham maksud saya yang ni :)

Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar
Babak akhir Filem Munafik yang menyentuh hati

Dan dan dannnnn.. saya telah menitiskan air mata pada lassttttttttttt sekali babak filem ni. Sobsob. Saya tersentuh hati pada babak last sekali tu. Doa yang dilafazkan oleh Adam dalam keadaan melutut pada last scene tu memang sangat meresap ke dalam hati. 

Saya berasa worth it tengok wayang Filem Munafik ni. First time sebenarnya tengok cerita hantu di panggung wayang. Dan saya lega bila first cerita hantu yang saya tengok di wayang ni best dan tidak mengecewakan. Saya berpendapat filem ni akan mengikut jejak Filem Evo yang memungut jutaan penonton dan berada lama di panggung wayang.

Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar
Syamsul Yusof yang dilihat menangis ketika tayangan Filem Munafik 


Selamat menonton dan merasai ke-seram-an yang sebenar!


Entri filem MUNAFIK yang lain : Lirik Lagu OST Filem Munafik-Kalah Dalam Menang