Jangan lupa malam ni...malam Nisfu Syaaban 2016 - sayidahnapisahdotcom Jangan lupa malam ni...malam Nisfu Syaaban 2016
LightBlog

Jangan lupa malam ni...malam Nisfu Syaaban 2016

Assalamualaikum semuaa! Perghhh blog ni dah 3 hari ke 4 hari tak berupdate. Huwaaa dah berhabuk dah fuh fuh fuh. Busy sangat sampai tak boleh nak cerna otak untuk update selalu kat sini hehe. Tapi kali ni curi masa kejap untuk buat entri malam Nisfu Syaaban 2016 yang sangat barakah ni. Haa sebenarnya saya baru tahu malam ni malam Nisfu Syaaban dari group whatsapp saudara saya hehe. Saya ingat lagi 15 Syaaban yang lepas saya ada buat entri tentang doa Nisfu Syaaban dan terjemahannya. Boleh baca di SINI. Bila saya check hari ni berapa Syaaban, rupa-rupanya tarikh harini 21 Mei 2015 ialah 14 Sya'ban 1437H dalam kalendar Islam Tahun 2016. Oleh itu, malam Nisfu Syaaban 2016 jatuh pada malam ini & Nisfu Syaaban 15 Syaaban jatuh pada esok, 22 Mei 2016. Korang boleh tengok full Kalendar Islam Tahun 2016 di website SINI. Biasanya perkataan Nisfu Syaaban ni mesti kita teringat pada puasa sunat Nisfu Syaaban je kan? Walhal, ada lagi amalan yang boleh dilakukan pada malam Nisfu Syaaban dan pada hari 15 Syaaban.

Antara amalan yang dilakukan pada malam Nisfu Syaaban 2016


Jangan lupa malam ni...malam Nisfu Syaaban 2016
malam Nisfu Syaaban 2016 - malam 21 Mei 2016
Nisfu Syaaban - 22 Mei 2016
Nisfu Syaaban ini bererti pertengahan bulan Islam, bulan Syaaban. nisfu=pertengahan/tengah-tengah. Yang dikatakan malam Nisfu Syaaban ialah pada malam ini. Apa istimewanya malam Nisfu Syaaban ni? Malam Nisfu Syaaban adalah malam tutupnya semua amal kita. Malam di mana buku amalan kita ditutup selama setahun. Banyak amalan yang dianjurkan pada malam Nisfu Syaaban ni, antaranya:

  • solat sunat Nisfu selepas solat Maghrib
  • baca Yasin 3kali, dengan niat tertentu
  • wirid zikir - hasbunallah wa nikmal wakillu nikmal maulaa wa nikmannasirr sebanyak 70 kali
  • puasa pada esoknya iaitu 15 Syaaban (22 Mei 2016)

Bacaan Niat Puasa Sunat Nisfu Syaaban


Apakah niat puasa sunat bulan Syaaban? Boleh lihat di bawah ini.


niat puasa sunat bulan Syaaban
Niat puasa sunat bulan Sya;ban ni boleh baca dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Arab. Dua-dua diterima. 

Dan untuk pengetahuan semua, kita boleh puasa sunat sehingga puasa Nisfu Syaaban ni je. Selepas 15 Syaaban dianjurkan untuk tidak berpuasa kerana hujung-hujung bulan Syaaban (nak dekat masuk bulan Ramadhan) kita tidak perlu untuk berpuasa sunat dah. Tetapii!

Tetapi kalau pada sesiapa yang hendak puasa ganti selepas tarikh 15 Syaaban ni, boleh aje. Dan sangat digalakkan pun sebab puasa ganti ni kan namanya pun WAJIB. So, puasa ganti ni bila-bila hari pun boleh puasa. Walaupun nak puasa ganti pada hari Jumaat sahaja pun boleh. Kan kalau puasa sunat tak boleh puasa hari Jumaat sahaja. Kalau puasa sunat hari Jumaat, mesti kena berpasangan dengan hari Khamis atau hari Sabtu. Tapi kalau puasa ganti, tak payah pair pun tak apa. Nak puasa ganti pada hari Jumaat sahaja pun diterima kerana puasa ganti tu bukan sunat tapi WAJIB dilakukan.


Bacaan Doa Nisfu Syaaban Dan Terjemahannya

Doa Nisfu Syaaban ni boleh dibaca selepas Maghrib atau malam ni lah (malam 21 Mei 2016). Malam di mana buku amalan kita diangkat.

Bacaan Doa Nisfu Syaaban Dan Terjemahannya
bacaan doa nisfu Syaaban

Bacaan Doa Nisfu Syaaban Dan Terjemahannya
terjemahan doa nisfu syaaban 2016

Doa Nisfu Syaaban ni boleh nak baca dalam Bahasa Arab ataupun Melayu. Dua-dua boleh :)


Boleh ke Menyambut Malam Nisfu Syaaban?



*SAMBUTAN NISFU SYA’BAN (FATWA MUFTI MESIR)*
Mufti Mesir; Syeikh Prof Dr. Ali Juma’ah Muhammad
(Terjemahan; Ustaz Ahmad Adnan Fadzil)
Soalan : ......dan berpuasa besoknya? (Soalan diringkaskan dari soalan asal yang panjang)
Jawapan;
1. Malam Nisfu Sya’ban adalah malam yang diberkati. Kelebihannya disebut oleh banyak hadis yang saling menguatkan antara satu sama lain mengangkat darjahnya kepada hasan dan kuat. Oleh itu, memberi perhatian kepada malam itu dan menghidupkannya merupakan tanda kecintaan kepada agama tanpa diragui lagi. Ini setelah kita mengenepikan hadis-hadis yang dhaif atau maudhuk berkenaan kelebihan malam tersebut.
Di antara hadis-hadis yang ada bagi kelebihan malam tersebut;
A) Hadis dari Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; Suatu malam aku mendapati Rasulullah tiada bersamaku, lalu aku keluar mencari beliau. Aku menemuinya di perkuburan al-Baqi’ sedang mendongak kepalanya ke langit, lalu baginda berkata kepadaku; “Wahai Aisyah, apakah kamu khuatir Allah dan RasulNya akan menganiayai kamu”. Aku menjawab; “Aku tidak rasa begitu, akan tetapi aku mengangka kamu keluar ke rumah isteri kamu yang lain”. Lalu Nabi bersabda; “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah Taala turun ke langit dunia, lalu Dia mengampunkan hambanya lebih ramai dari bilangan bulu kambing milik kabilah Kalb (*Kabilah al-Kalbi; satu kabilah di kalangan orang Arab yang paling banyak membela kambing) (HR Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).
B) Hadis dari Sayyidina Mu’az bin Jabal yang menceritakan; Nabi s.a.w. Bersabda; “Pada malam nisfu Sya’ban, Allah melihat kepada sekelian makhlukNya. Lalu Dia mengampunkan ke semua mereka kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuh dengan saudara seagama” (HR Imam at-Thabrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban).
C) Hadis dari Sayyidina Ali bin Thalib r.a. yang menceritakan; Nabi bersabda; “Bila tiba malam Nisfu Sya’ban, bangunlah menghidupkan malamnya dan berpuasalah pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun pada malam itu ke langit dunia bermula dari saat terbenam matahari dan Allah berkata; Tiadakah orang yang memohon ampun untuk Aku ampuninya. Tiadakah orang yang memohon rezki untuk aku beri rezki kepadanya. Tiadakah yang ditimpa bala, untuk aku beri keselamatan untuknya. Tiadakah orang yang melakukan demikian dan demikian…hinggalah terbit fajar”. (HR Imam Ibnu Majah)

Tidak menjadi halangan untuk membaca Yasin sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib secara beramai-ramai kerana ia masuk dalam pengertian menghidupkan malam tersebut. Dalam perkara zikir, Syariat memberi keluasan kepada umat Islam. Mengkhaskan beberapa tempat tertentu dan masa-masa tertentu untuk beramal soleh secara berterusan merupakan suatu yang masyru’ (disyariatkan) selama pelakunya tidak mengiktiqadkan ia adalah kewajipan Syariat yang berdosa siapa meninggalkannya.
*info dari ayah saudara, Ustazdin Alhaj*

Ucapan Pada Malam Nisfu Syaaban 2016


Pada semua yang mengenali diri ini, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan dan kekhilafan saya, secara sengaja atau tidak sengaja. Saya insan yang lemah dan of course tidak sempurna, jadi jika ada saya mengguriskan hati sesiapa minta maaf ye. 

Dan saya sudah maafkan semua juga :) kosong kosong.

Semoga pada tahun yang baru ni dan pada lembaran buku yang baru ni, kita semua akan lebih diberkati dan dirahmati oleh-Nya. Amin.

Mari lah kita memeriahkan malam Nisfu Syaaban dengan amalan-amalan mulia inshaaAllah!


Baca juga entri hits:

Post a Comment

4 Comments

  1. Subhan Allah..terima kasih perkongsian..alhamdulillah..kita manfaatkan sebaik-baiknya ya..

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg bermanfaat. thanks for sharing this =)

    ReplyDelete
  3. betul ke dianjurkan puasa pada 15 syaaban...? hati2 sebar forward mesej sekalipun mesej panjang berunsur agama... sumber whatsapp bukan rujukan.. tak kira dihantar oleh sesiapa pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh lupa nak beritahu. Info amalan yg dianjurkan pada malam nisfu syaaban(termasuk puasa pada 15 syaaban) tu memang kat whatsapp sy dapat. Yg beritahu tu ialah bapa saudara sy iaitu seorang ustaz :) dan kalau nak dalil2 yg mengatakn puasa 15 syaaban dianjurkan tu pula ada bapa saudara sy tu bagitahu tapi saya tak letak pula di sini. Jika berminat nak tahu, blh pm saya ^-^

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p