TANGGUH QADHA PUASA SEHINGGA SAMPAI KE RAMADHAN SETERUSNYA? - sayidahnapisahdotcom TANGGUH QADHA PUASA SEHINGGA SAMPAI KE RAMADHAN SETERUSNYA?
LightBlog

TANGGUH QADHA PUASA SEHINGGA SAMPAI KE RAMADHAN SETERUSNYA?

Baik ngaku.. Siapa yang tak habis lagi puasa ganti Ramadhan yang lepas? Thats why orang tua-tua nasihat jangan tangguh qadha puasa Ramadhan yang lepas lepas sehingga sampai ke Ramadhan yang seterusnya. Nanti payah. Plus, tak baik tangguh-tangguh perkara wajib ni. Because death is anytime. Tapi, kalau kes yang sakit or ada masalah yang tak dapat dielakkan sampai kena tangguh qadha puasa tu.. lain cerita le. 

Haaa di bawah ni ada persoalan berkaitan dengan tangguh qadha puasa sehingga sampai ke ramadhan seterusnya & juga bayaran fidyahnya. Lets check it out~!


TANGGUH QADHA PUASA SEHINGGA SAMPAI KE RAMADHAN SETERUSNYA



SOALAN:

Assalamualaikum...

Nak tanya, boleh kah menangguhkn qada' puasa tahun lepas pada tahun-tahun seterusnya & berapa bayaran fidiyahnya?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Mengqadhakan puasa merentasi tahun sehingga sampai kepada Ramadhan seterusnya tidak dibolehkan. Inilah yang dilakukan oleh generasi sahabat Radhiallahuanhum, mereka akan mengqadhakan puasa sebelum datangnya bulan puasa seterusnya seperti Aisyah dan lain-lain. Dengan sebab itu, asas dalam mazhab kita menyatakan kalau ditangguhkan ke Ramadhan seterusnya, dia hendaklah membayar fidyah sebanyak satu cupak bagi setiap hari di samping dia qadha’.


SOALAN: Adakah digandakan fidyah jika ditangguh bayar fidyah bertahun-tahun?

JAWAPAN:

Pandangan yang masyhur dalam mazhab ialah digandakan juga fidyah manakala dalam pandangan lain menyatakan tidak perlu digandakan.

Pembayaran fidyah dan penggandaan fidyah ini ialah taghliz (pemberatan) dan peringatan terhadap mereka yang memandang enteng terhadap ibadat puasa sehingga buat main-main atau tinggalkan begitu sahaja.

Wallahua’lam.

----Mufti Wilayah Persekutuan, Sahib Al-Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri-----

qadha puasa fidyah
credit image: geniusquotes.org
So, better elakkan tangguh-tangguh ganti puasa Ramadhan sehingga sampai ke Ramadhan seterusnya. Kalau tak boleh nak elak juga, kena bayar fidyah 1 cupak 1 hari yang dia tidak berpuasa di bulan Ramadhan tersebut. Tapi, qadha puasa still buat ye. Jangan bayar fidyah je, tapi tak qadha puasa. Cuma hari qadha puasa tu tak ada lah digandakan. Just ganti berapa hari yang tak berpuasa tu je.

Lagi satu, saya pernah dengar Ustaz sorang ni ceramah.. bayaran fidyah tidak perlu digandakan. So, ikut la mana satu pendapat nak pakai.

Sekian, wallahu'alam :)


Baca juga:

Post a Comment

6 Comments

  1. info yang berguna dekat nak ramadan ni (^_^)

    ReplyDelete
  2. Sebab tu saya biasanya akan ganti siap siap masa bulan syawal tu. Supaya saya tak drag nanti mulalah nak tak larat lah apa lah. Haha.. Thank you for sharing! Sekarang nak bayar fidyah pun, sendiri yang kena uruskan by means that beli berapa banyak beras yang ditetapkan patu cari dan bagi sendiri pada golongan asnaf.

    ReplyDelete
  3. Nah kan.. Nasib baik diingatkan.. Masih ada bberapa hari lagi blm bayar nih. In Shaa Allah lunas sebelum Ramadhan..

    ReplyDelete
  4. betul tu kc.. bayar pun bayar puasa tetap kena puasa..

    ReplyDelete
  5. Memang ramai juga yang buat cam ni. Haha
    .
    Dah dekat ramadhan baru puasa

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p