**background music: Piano cover BTS songs** Memandangkan saya belum kahwin, saya selalu terfikir soalan-soalan antaranya.. macam mana nak tahu si dia is the one for you?
macam mana nak tahu lelaki tu sesuai dengan kita?
macam mana nak tahu perempuan tu adalah yang terbaik buat awak?
macam mana nak nilai seseorang tu adalah pilihan yang betul?
apa sebab untuk kita tetapkan hati pilih si dia untuk menjadi yang halal buat kita?
Amboiii banyak pula soalan kan. Yela perkahwinan hanya sekali. And just curious je sebenarnya. Kot-kot la ada specification tertentu untuk memilih yang 'the one' ni kan. Kot-kot la ada signs atau tanda yang membuatkan okay she's mine or yeahh indeed he's mine! I just want to know.
macam mana nak tahu si dia is the one for you ?
macam mana nak tahu si dia is the one for you ? |
Saya ada kaji tau. Saya tanya pendapat orang yang sudah berkahwin. Saya tanya ala-ala soalan sama macam tadi. And ni adalah antara jawapan mereka..
1. Si dia lah yang paling handsome/cantik di mata kita
Dalam dunia ni, ramai kan manusia yang handsome yang cantik yang jelita yang sado yang gorgeous yang awesome yang cun melecung yang muka jambu yang flawless yang cantik yang comel. Dan biasanya, kita tertarik pada yang cantik. Eh betul ke? Yeap tarikan utama kita pandang orang tu mungkin physically. Tapi untuk memilih? Untuk memilih pasangan menjadi yang halal? Kita lebih memandang ke dalam hati si dia.
So, eventhough dia tak berapa nak handsome or cantik ATAU di sekeliling dia ada yang lebih hensem or cun.. tapi kita pilih dia. Sebab? Kat mata kita, dia lah yang paling kacak/cantik. When this moment happen, we know that he/she is the one for me.
2. Hubungan kita dan si dia untuk menjadi yang halal dipermudahkan
Biasa dengar tak "kenal dia tak lama pun. sekejap je. kenal beberapa bulan kemudian kami kahwin", Saya selalu dengar kes sebegini rupa haha. Adayang bercinta tahun lamanya tetapi terkandas akhirnya dan kemudian kahwin dengan orang yang lain yang bercinta hanya beberapa bulan. Kerana perjalanan untuk menjadi yang halal itu mudah dan smooth je.
Thats why saya pernah dengar ceramah, kalau kita ada someone special and kita nak kahwini dia.. doa lah banyak banyak "Ya Allah, ringankan (permudahkan) jodoh aku dan XXXX".
3. Si dia tak spend duit carelessly before marriage
Saya biasa terima pesanan dan message sebegini dari mereka yang dah berkahwin especially wanita --> "biasanya lelaki yang susah nak keluarkan duit untuk kita, dia memang bagus or serius dengan kita".
Atau ada married wives cerita.. suami mereka tak ada spend duit banyak-banyak sebelum berkahwin. Nak bagi hadiah pun susah. Nak belanja makan minum apatah lagi.
Tapi mereka kata lelaki macam ni lah yang bagus sebenarnya. Lelaki yang kedekut nak keluar duit kahwin. Mereka tak carelessly spend money pada yang bukan halal dan belum tentu lagi halal. Lelaki jenis ni tahu apa priority mereka. Lelaki macam ni tahu lebih baik simpan untuk the better future OR lebih baik belanja keluarga. Lelaki sebegini is good.
4. Istikharah
Uikkk ingat tak penting ke solat istikharah? Solat istikharah ni lakukan lah bila kita rasa ragu ragu dengan choice kita. Buat la istikharah bila kita tak pasti dan rasa berat untuk meneruskan pernikahan dengan si dia.
Tapi solat istikharah dengan hati dan mata hati yang terbuka ye. Jangan tutupkan ia. InshaaAllah, moga Allah beri petunjuk yang lebih jelas :)
Haaa tu antara EMPAT perkara&jawapan bagi menjawab persoalan dan tanda tanya semua. Semoga dapat lah intipati nya hehe.
4 Comments
Istiqarah adalah #1... Kat mana lagi nak tenangkan hati dlm membuat keputusab jika tidak mengadap-Nya utk diberikan petunjuk & hidayah... ;)
ReplyDeletebetul semua apa yg kc ckp tuu. lgi 1 tgk effort dia juga nak kat kita macam mana. kalau suruh jmpe mak ayh pun alasan bagai gunung. angkat kaki je laaa
ReplyDeletelagi satu, kalau kita tenangggg je tgk dia, insyaAllah he will be the one for you :)
ReplyDeleteTips menarik ni..bukan senang nak memilih..tapi tu lagi baik dari tersalah pilih
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p