http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Ciri-Ciri Jodoh Yang Serasi - Ustazah Siti Nor Bahyah

By 11:24:00 AM ,

Bila kita dah diijabkabul sebagai suami isteri yang sah, lepastu saksi tu kata "sah!" "Sah!". Ada saksi nakal: "tak sah! Kena ulang lagi" .. sampai 10 kali ulang lafaz akad nikah. Bila sah, apa yang berlaku dekat pengantin perempuan biasanya? Lelaki control macho. Pengantin perempuan macam mana? Ya Allah berjurai-jurai air mata. Air mata tertumpah dan menitis membasahi pipi kerana apa? Bersyukur kepada Allah S.W.T. Sebab? Dah sah, itu lah jodoh kita dan bila dah sah, macam mana kita nak tahu jodoh kita itu serasi dan diredhai oleh Allah S.W.T? Ketahui ciri-ciri jodoh yang serasi di bawah.

7 Ciri-Ciri Jodoh Yang Serasi

Ciri-Ciri Jodoh Yang Serasi - Ustazah Siti Nor Bahyah
Ciri-Ciri Jodoh Yang Serasi - Ustazah Siti Nor Bahyah
1. Kita rasa bahagia dengannya

Kita rasa seronok, rasa sayang, rasa bahagia dengannya.

2. Boleh bertolak ansur

Yang kedua, boleh bertolak ansur walaupun berbeza sikap. Serasi tak semestinya semua sama. "Oh, isteri rajin suami rajin", "isteri suka masak, suami suka masak", "isteri suka makan suami suka makan". Dia tak semestinya sama semua. Tapi dia kena ada ciri yang kedua : boleh bertolak ansur walaupun berbeza sikap. Seorang suka rajin mengemas, seorang suka menyepah. Seorang suka masak, seorang suka kemas dapur. Nampak tak? Itu maknanya serasilah tu sebab Allah nak gandingkan. Memang Allah ganding dah cantik dah. Haa seorang jaga, seorang tidur. Boleh lah yang jaga kejut yang tidur tu bangun tahajud supaya tak terkejut.

3. Rasa tenang

Kalau bakal jodoh call kita dan sebagainya (tapi call tu biar perbualan yang baik-baik, bukan perbualan berunsurkan maksiat) kita rasa tenang. Dan bila dah kahwin pun kita tengok muka dia, tak rasa serabut, kita tak rasa rimas. Haa makcik tu kata "Haa haa ada ada ada". Tu tandanya serasi.

Ciri-Ciri Jodoh Yang Serasi - Ustazah Siti Nor Bahyah
Ciri-Ciri Jodoh Yang Serasi - Ustazah Siti Nor Bahyah
credit foto: favim.com
4. Selalu ada di sisi kita

Dia selalu berada di sisi kita lebih-lebih lagi ketika dalam saat-saat kita memerlukan, dia ada dekat kita. Bila kita sakit, dia ada dekat kita. Jadi maknanya, kita rasa "oh tu serasi " sebab selalu ada dekat kita bila saat-saat kita memerlukan.

"Kau ada di kala aku jatuh
Di setiap bangunku, terus menemaniku
Tanpa rasa jemu.
Kau ada di setiap ketawa
Di kala ku bahagia"

5. Kita rasa selamat

Nak tahu jodoh tu serasi atau pun tidak, kita rasa selamat. Bila berada di sisi dia, kita berasa selamat. Maknanya, isteri bila suami ada dekat rumah, isteri tu rasa selamat. Suami pun sama juga. Tapi kalau suami duduk rumah, isteri rasa seram je, isteri rasa bila suami balik je, rasa macam ada drakula/gorilla kat rumah ke.. rasa tak selamat sebab kena penumbuk dan sebagainya. Maknanya, itu tak serasi.

6. Perkenalan kita dengannya & perkahwinan kita dengannya akan menyebabkan kita semakin dekat dengan Allah

Kita sembahyang bersama, kita baca Al-Quran bersama, kita tahajjud bersama, kita qiamullail bersama, kita berdoa bersama-sama. Suami jadi imam sampai menitis air mata bahagia. Semakin dekat dengan Allah. Itu makna serasi.

Tapi kalau tak serasi, semakin jauh daripada Allah. Masing-masing buat hal masing-masing. Suami keluar pintu depan, si isteri keluar pintu belakang. Tu maknanya tak serasi.

7. Ketawa dan menangis bersama

Sebab itu ada orang kata "ketawa bersama-sama, menangis bersama-sama" sampai ada yang berkata "ku bersumpah harap kita mati pun bersama".



Baca juga:

You Might Also Like

9 comments

  1. Japp nak check dengan siapa yang serasi. Hahahaha !

    ReplyDelete
  2. Japp nak tengok yang mana satu yang serasi. Hahahaha !

    ReplyDelete
  3. for now, saya baca post ni untuk ilmu :D haha takde sape nak ditengok ciri2 ni ada tak T__T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  4. Datang check tahap keserasian,kekekeke..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, Maklumat yg sangat bermanfaat

    Regards
    Budy | Travelling Addict
    www.travellingaddict.com

    ReplyDelete
  6. Saya pun click gak...nak check serasi ke tak. Heheh...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.