Diet memang sinonim dengan kemahuan dan juga dalam proses untuk kurus, slim & nak sihat. Tak kisah lah perempuan atau lelaki kan. Tapi.. nak diet pun kena ada ilmu dan pengetahuan tau. Bukannya hanya membabi butaaa tuli sahaja nak ondiet.
10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET ! |
Saya ada terjumpa post di Facebook mengenai 10 kesilapan besar ketika diet; yang ditulis oleh seorang Online Weight Loss Coach, Coach Ina. Menarik untuk dibaca dan saya juga tertarik untuk berkongsi kat sini kerana ianya yang biasa kita dengar selama ni kononnya diet yang betul. Rupa-rupanya teettttt.. tak benar!
10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET !
10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET ! | credit image: FB Coach Ina Fitlife |
Nak kurus tapi tak berjaya? Baca 10 tips ini. Mana tahu korang selalu buat, sebab tu berat tak turun turun. Elakkan mistakes ini ya kalau nak turun berat tu.
1. SKIP HIDANGAN
-- Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Sarapan tu penting tau ! Pilih sarapan yang sihat, tinggi protein dan serat ! Elakkan sarapan yang tinggi kalori, gula dan lemak.
2. MAKAN 3x SEHARI JE ?
-- 3 hidangan sehari TAK cukup untuk mengawal nafsu makan membantu meningkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Rancang meal plan mengikut keperluan kalori seharian. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.
3. MAKAN TAK CUKUP ?
-- Jangan jangan jangan tak makan. Nak turun berat kena makan. Berlapar akan membuatkan metabolisma berkurang dan menjejaskan penurunan berat badan korang tu.
4. NAK KURUS ORANG CAKAP ELAK NASI
-- Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. Memang lah menggemukkan kalau sehari 4 5 pinggan nasi , TETAPI oats, buah, roti pun menggemukkan kalau diambil berlebihan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
5. IKUT ORANG CAKAP & MISS GOOGLE
-- Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini. Asal nak kurus je tanya cik google tak pun ikut orang cakap. Nak diet kena tahu dan faham apa yang korang makan. Turun berat bukan magik !
6. TAK TAHU KEPERLUAN KALORI SEHARIAN
-- Kenal pasti keperluan kalori seharian ( DCR) . Bukan main berlapar je. Bila dah tahu DCR, baru lah senang nak rancang menu makan seharian. Ye tak ?
7. NAK DIET KENA MAKAN SALMON DAN PASTA JEEE
-- Buat lah diet yang sesuai dengan kita yang duduk di Malaysia ni. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Nak makan kari ayam ? Makan je ! Ambil bahagian isi, kurangkan kuah. Ni diet makan sandwich , makan pasta kononnya ORANG CAKAP senang turun berat.
8. DIET SAYA KENA MINUM AIR DAN TAK BOLEH MAKAN NASI
-- Diet yang baik merangkumi kesemua pilihan harian yang sihat dan seimbang. Nasi tu tak salah . Yang salah kalau korang ambil berlebihan.
9. AKU NAK KURUS SEBAB NAK KAWENNN
-- Diet yang sihat bukanlah diet yang ada jangka masa. Ceee google sikit tanya "WHAT IS DIET". Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa bukan short term. Nak sihat berpanjangan, bukan sebab nak nampak cantik di hari perkahwinan je.
10. GELOJOH
-- Naik berat punyalah makan macam macam , nak kurus kalau boleh 1 minggu tu nak turun 20 KG. Penurunan berat adalah proses , bukan LIPOSUCTION .
Haaa sekarang dah tahu mistake mistake yang korang selalu buat ?
Selamat mencuba dan good luck!
by:
Coach Ina
Coach Ina
Online Weight Loss Coach
So.. lepas ni toksah le kita nasihat mereka yang nak diet tu - "jangan makan nasi!", "elakkan makan nasi ketika diet", "nasi tu karbohidrat. takyah makan laa". Instead of that, nasihat lah untuk kurangkan amount nasi. Bukannya tak makan langsung. Yang penting, konsisten dan istiqamah!
Cewahhh saya ni pandai je cakap kann pasal kurangkan nasi. Hakikatnya... lebih dari segenggam nasi saya makan! kahkah. Yelaaa duduk rumah, umi masak sedap-sedap mana tak nya hahaha. Tapi takpee, workout setiap petang haiyakkk!
Okay itu sahaja. Moga ada manfaat dan share-share la ye pada sesiapa yang tengah diet tu hehehe. Daaaa~ wassalam! :)
BACA JUGA:
2 Comments
hihi... macam akak ja. Kena ubah gaya diet nampaknya
ReplyDeleteMakan sikit2 tapi Kerap. Mmg berhasil mama dh cuba
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p