apakah perkara yang beri semangat pada blogger untuk terus mengupdate entri? perghh soalan sampai 11 patah perkataan! tu baru soalan, belum jawapan lagi haha. So, blogger(s)? Dah ada jawapan di minda? hehe. Soalan tersebut berbentuk subjektif, maka jawapannya ofcourse lah pelbagai. tiada jawapan yang spesifik. bergantung kepada masing-masing. Tetapi kalau dari sudut perspektif saya, ada beberapa perkara yang beri semangat pada saya untuk keep on updating and maintaining the perfomance of the blog.
apakah perkara yang memberi semangat pada blogger untuk update entri?
1. PASSION
Kekadang takde semangat dari mana-mana pun, semangat datang dari diri sendiri because blogging is my (/our) passion :)
2. GENERATE INCOME
Bila kita tengok dengan blog kita boleh jana pendapatan sampingan/utama, automatik kita rasa berkobar-kobar nak update sokmo, nak tingkatkan trafik blog. Mungkin ada yang tak tahu ohh dengan blog pun boleh dapat duit ye? Yeap. Boleh buat duit dengan blog ni kalau kena dengan gaya; melalui pelbagai medium dan platform such as Google Adsense, Innity, Nuffnang, SushiVid, paid review, job event, affiliate, sewa ruang iklan di blog & lain-lain.
3. UV & PV (trafik blog)
Unique Visitors (UV) & Pageviews (PV) either give you semangat or kekecewaan haha. Tipu la kan kalau PV blog rendah tak down? Tipu la kalau PV blog tak naik naik kita tak rasa sedih kan? Tapi.. tipu juga la kalau kita tak rasa bersemangat bila UV PV meningkat dari semasa ke semasa? Tipu la kalau kita tak rasa happy bila PV menunjukkan angka yang makin cantik kan? More PV means blog kita makin bermanfaat pada orang ramai. Siapa yang tak nak kan.
So.. kalau saya, ada masa bila saya rasa takde semangat nak update entri, saya akan tengok UV & PV blog saya yang lepas lepas (di dashboard dan di Google Analytic). Bila saya tengok UV PV tinggi, saya rasa seronok dan mahukan lebih lagi dari tu. So, sometimes it boost my mood to update entry. But sometimes it doesn't work pun haha.
4. WHEN PEOPLE APPRECIATE OUR ENTRY
Tengok orang like & share entri blog kita di social media, orang puji entri kita best, orang berterima kasih & very thankful dengan info dan maklumat yang kita kongsikan, orang galakkan kita untuk terus menulis, orang suka dengan blog kita, orang rasa bermotivasi bila baca blog kita, orang sentiasa follow update dari blog kita.. all of these things tak pernah tak beri semangat untuk saya (& para blogger) untuk terus meng-update blog.
5. KOMEN DI BLOG
Saya akui saya jenis yang susah nak reply comment di blog unless ianya berbentuk soalan, tetapi tak bermaksud saya tak baca. Saya baca each and every comment because its so precious. Setiap komen di blog saya sangat sangat hargainya & memberi saya semangat untuk terus update entri. When I feel like I have no mood at all to update, I will read the previous comments in my blog. Because it feels like 'yeahh my hard work pays off'.
Ianya umpama kita masak and then semua orang makan masakan kita dengan seleranya dan komen puji sedap secukup rasa. And what we feel? Mesti rasa best dan rasa segala penat lelah peluh time memasak tadi berbaloi. Same with blogger. Bila entri kita orang baca dan orang komen, mesti kita rasa seronok dan feel motivated.
6. TENGOK BLOGGER LAIN UPDATE ENTRI
This is my personal opinion - saya akan rasa lebih bersemangat bila tengok blogger lain update entri (but not most of the time laa). Macam kelakar kan tapi ianya benar dan betul. Thats why kalau saya takde mood nak update, saya akan blogwalking. Sebab bila baca entri-entri blogger lain, semangat nak update tu tiba-tiba datang.
Tapi at the end of the story, diri sendiri sebenarnya menentukan. Diri sendiri yang kena beri semangat kat diri sendiri; not others. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dan yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Usaha, doa, tawakal.
Okay itu sahaja. Daaa~ wassalam! :)
BACA JUGA:
11 Comments
wow (@_@)
ReplyDeleteAda banyak sumber yang boleh beri semangat tapi bila jari tak semangat nak menaip tak de lah enteri boleh tertulis sendiri. Thanks KC
ReplyDeleteyes traffic blog tu membantu kita untuk terus post kat blog.. tapi kenapa view traffic kita tak sama? kita ada lokasi ngan baca apa je..
ReplyDeleteKalau takde passion memang sukar nak update entry blog kan
ReplyDeleteBetul! Kadang kala tak tau nak update apa-apa singgah baca entri blog blogger lain memberikan kita idea nak update dekat blog
ReplyDeleteYang terakhir tu lah yang akak tengah buat sekarang ni haah, biar terbakar semangat.
ReplyDeleteAkak ni paling rajin update entri kihkih
Setuju dengan semua!
ReplyDeleteno 4 dgn no 6 tu mmg akan boost semangat tapi kalau dok sibuk dgn anak2 dan family..mmg terabai jugak blog tu..hehe
ReplyDeleteno.4 dan 5 tu memang pembakar semangat adakalanya tak kesampaian nak update sebab sibuk dengan kerja...
ReplyDeleteBila ada org tulis komen terus rasa gembira n bersyukur. Alhamdulillah....
ReplyDeleteada betulnya juga tu kc
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p